n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Rukuk . :)
Posted on Saturday 30 June 2012 | 7 comment(s).



Assalamualaikum,

Konnichiwa :2:!


whoaa~ tuday i'll fly :e:back tu ostel laaa :face31:, baru je ary tuh come back tu home , la nih dah kene stay ostel balek . cepatnya masa berlalu:80:~ hmm . . . n then ta lama lagi formatif 2 bakal bertandang bulan nihh , abeshh la ana :face72: ~ i hope i will past ! doakan tauu , hohoho~


ary nihh kita bakal berkongsi lagi :x:yang pastinya bukan berkongsi makanan, hee~

pasal apa pulak ary ni eh :s: ha:r::f: pasal rukuk ! rukun solat tuhh . selama nihh ramai yang maen bedal je rukuk durg , alaa~ yang penting solat katanya . ta tau kahh kita ? kalu rukuk ta sempurna, solat ta sah tauu :q: kalu solat ta sah , rasa2 Allah time ke solat kita tuhh :face14: fikir balek . . .

dah , kalu ta na solat kita ta di terima , meh rajin2kan cket diri tuh baca mnde nihh:l:


Seusai solat zuhur berjemaah di surau sekolah, ustaz menyuruh aku dan seorang lagi rakan 'sejenayah' untuk berdiri. Saf wajibku sememangnya yang paling belakang. Ustaz itu juga selalu bersolat di saf paling belakang sekali. Sebaik sahaja kami berdiri, "Desyum !" Satu libasan rotan bulu ayam higgap di betis kami.

"solat balik. Solat kamu tak sah !" Ustaz itu pun mendedahkan jenayah kami berdua. Memang kami berdua selalu solat lewat ketika bersama imam. Semasa jemaah kumat-kamit membaca al-Fatihah , kami masih bersembang. Sengaja kami menunggu sehingga imam rukuk, barulah kami mengangkat takbir dan rukuk bersama.
"Tapi ikut celah mana pula yang solat kami tak sah? " Aku sekadar memberontak dalam hati. Bukankah kalau sempat rukuk bersama imam, maka rakaat itu dikira bersama imam? Ustaz juga yang memberitahu kami hadis Rasulullah saw yang ini (maksudnya):
"Sesiapa yang sempat rukuk bersama imam, maka dia sempat solat itu"
(Riawayat Muslim)

Rukuk Tak Sempurna, Solat Tak Ke Mana

Seperti biasa, solat berjemaah itu disusuli dengan tazkirah ringkas daripada ustaz. Cuma tajuknya kali ini adalah "Pencuri Solat".
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri solatnya." Sahabat bertanya:" Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang boleh mencuri dalam solatnya?" Rasulullah menjawab :"Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya".
(Riwayat Ahmad)

Ustaz membawakan pula satu peristiwa pada zaman Nabi saw :"Kami solat bersama Nabi. Dalam solat, Baginda melirik kepada seseorang yang tidak sempurna solatnya. Selesai sahaja bersolat, Baginda bersabda maksudnya:"Wahai sekalian Muslimin, tidak dikira solat seseorang yang tidak meluruskanbelakangnya ketika rukuk dan sujud".(Riwayat Ahmad)

Lalu aku simpulkan bahawa ada dua jenis rukuk tidak sempurna. Pertama, rukuk tanpa tamakninah. Kedua, rukuk tanpa meluruskan belakang badan.
Namun isi tazkirah yang paling mengerikan adalah sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesungguhnyaada orang yang solat selama 60 tahun, tetapi solatnyalangsung tidak diterima. Sebabnya, mungkin dia rukuk dengan sempurna, tetapi tidak pada sujudnya. Atau sujudnya sempurna, tetapi rukuknya tidak".
(Riwayat al-Asbahani)

Barulah aku tahumengapa solatku tadi tidak sah. Ya, memang aku sempat rukuk bersama imam, tetapi rukukku tidak sempurna. Aku tidak sempatpun tamakninah dalam rukukku. Rupa-rupanya aku pencuri solat !

Khusyuk Dengan Rukuk

Baginda saw bersabda, maksudnya:
"Ketahuilah, aku melarang kamu membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud. Adapun ketika rukuk, agungkan Tuhan Azzawajalla. Manakala ketika sujud, berdoalah bersungguh-sungguh".
(Riwayat Muslim)



Agungkan Allah dengan menyebut : Subhana robbiyal azimi wabihamdih
maksudnya; "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan dengan segala pujiannya".

Namun, senutan ini mesti dimaknakan dengan penghayatan. Prinsipnya semakin dirasai keagungan Ilahi. Sementelah lagi, kita sebenarnya masih dalam dialog secara langsung dengan Allah. Selepas dialog skrip al-Fatihah, kita rukuk menyembah dan mengagungkan Allah.

Apabila bangkit daripada rukuk, kita ucapkan kalimah : sami' Allah huliman hamidah
maksudnya; "Allah mendengar sesiapa yang memuju-Nya".

Ketika ini, Allah hendak memberitahu bahawa Dia menghargai pujian yang kita persembahkan untuk-Nya semasa al-Fatihah dan juga rukuk. Hakikatnya Allah tidak menagih sebarang pujian daripada makhluk-Nya. Namun, begitulah Allah al-Syukur. Dia membalas sebarang dedikasi daripada hamba-Nya untuk-Nya. Samlah juga ketika Allah berfirman yang bermaksud :"Dia mencintai mereka dan mereka juga mencintai-Nya". (Surah al-Maidah ,5;54)

Lalu kita membalas : robbana lakal ham
maksudnya; "Tuhan kami, hanya buat-Mu sahaja segala pujian."

Begitulah selayaknyakita beradab dengan Allah. Menambahkan lagi syukur dan pujianbuat-Nya. Apalagi apabila Baginda saw memberitahumenerusi hadis, maksudnya: "Sesiapa yang rukuk ataupun sujud, setiap kali itulah diangkatkan satu darjat dan digugurkan satudosa buatnya".
(Riwayat Ahmad)

Dan sejak itu aku tidak pernahs sengaja mengunggu imam rukuk, biarpun dalam solat tarawih.

teks; Ustaz Muhammad Luqman Mokhtar
(B.A Usul Fiqh & Komunikasi , UIA)




hohoho~
:17:ayuh kita sama2 renung2kan dan beramal:119:

wallahualam.














Bintang Kecil . :)
Posted on | 2 comment(s).




Assalamualaikum





annyeong chingu ~eotteokhe jinae ?.







i'm backk:f:!! rindu ana ? bole tahan gak dok ostel 3 weeks , hohoho ~
skuwl kitorng baru je abeshh sukan tahunan slama 3 ary , start isnin ary tuhh. selasa sambung study, pastu rabu and khamis proceed balekk. penat jugak bersukan nihh [macam ada ikut acara]:face56: kih~Kih . . . ana just penat jadik cheers leader je, tapy sorak2 pon tetap ta lepas matahari na bako kulit yang dah gelap nih, hangos terbakar [bertambah la manis hitamku~] . kui~Kui !


lame dah ana ta share2 nan korg , ta mishh ke:s: hihihi~


okie !:face57: tunite ana na share satu kesah yang agak menyayat hati [bagi ana lahh] . meleleh gak air mata yang jernih ni tatkala membaca dis stori , [ aiseymen ! ayat taley blah ]




suda , start baca ! penat taip tauu :face53:~

Setiap pagi Jumaat , seorang imam masjid mukim akan keluar bersama-sama anaknya yang berumur 7 tahun menyusuri jalan kampung untuk menyebarkan risalah bertajuk "Jalan -jalan Syurga " . Pada suatu pagi Jumaat yang indah , cuaca tiba-tiba berubah dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya .

Anak kecil itu membetulkan jubahnya yang masih kering dan berkata : "Ayah! Saya sudah bersedia ."
Ayahnya terbata lalu bertanya:"Bersedia untuk ke mana ?"
"Ayah , bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"
"Anakku! Bukankah keadaan di luar sejuk dan hujan agak lebat ?"
"Ayah, masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun ."Ayahnya menambah :"Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini ."Dengan penuh hormat , anaknya merayu :
"Bolehkah , izinkan saya pergi bersendirian , ayah ?"
Ayahnya ragu-ragu , namun tetap menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya . Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu! "
"Terima kasih ayah ", balas si anak sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya .

Dengan wajah bersianar-sinar , si anak pergi meredah hujan. Dia menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa sahaja yang dilaluinya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu sahaja risalah "Jalan-jalan Syurga" ditangannya. Akhirnya, dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok di sebatang jalan. Dia mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai, lantas dia memberi salam dan menekan loceng rumah tersebut. Dia menunggu sebentar dan ditekannya loceng sekali lagi, namun masih tiada jawapan.

Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di hadapan pintu adalah seorang lelaki lingkungan umur 50an. Mukanya jelas suram dan sedih. "Apa yang pakcik boleh bantu ?"



Anak itu tersenyum manis bagaikan malaikat dari langit."Pakcik , maaf saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah penerimanya ."
Dia senyum lagi dan menundukkan wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih , semoga Tuhan melindungi kamu ,"ujar lelaki tersebut dengan nada yang lembut.

----------* * * * *----------

Minggu berikutnya, sebelum solat Jumaat bermula, seperti biasa imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai ceramah dia bertanya :"Ada sesiapa yang ingin meyatakan sesuatu?" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu "Saya rasa tiada sesiapapun di sini yang mengenali saya. Saya tidak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali kerana pada minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lalu dan saya keseorangan." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada minggu lepas, saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali digalang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa masa untuk saya terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi dan terdengar panggilan salam merdu daripada seorang anak kecil."
"Saya tunggu sebentar, saya fikir orang yang menekan loceng itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi berserta dengan ucapan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi. Belum ada sesiapapun yang menekan locng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan ikatan tali dileher dan terus pergi ke pintu."

"Seumur hidup saya, belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat. Dia berkata :"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin meyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik." Itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar. Saya melihatnya bergerak pergi menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa, saya letakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi."
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang Muslim dan hamba kepada Tuhan yang satu, Dia adalah Allah. Di belakang risalah tertulis alamat tempat ini dan kerana itu saya sampai ke sini. Jika tidak disebabkan bintang kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya berada selama-lamanya di dalam neraka."

Imam segera turun dari mimbar lalu memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar. Dia menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar daripada apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang ini berada di pelukannya. Anak kecilnya bagaikan bintang bersinar yang menunjuki jalan buat orang lain menuju ke Syurga Allah .


oleh ; A. Ubaidillah Alias .



amacam ? ada feel kahh thumb?
semoga bermanfaat buad kita suma ~

















maksud 'wall' aka 'dinding' di facebook . :)
Posted on Saturday 9 June 2012 | 4 comment(s).





Assalamualaikum,


oyasumi @ selamat malam ~


hmmm. . . . , esok da kena pulank ostel . . . eee ~ ta suka2:f: !!! :face13: . buhsan lahh dok kat ostel tuhh , :face32:tade yang menarik lagi tertarik . . , rasa macam na tambah lagi satu taon tuk amik cuti , kih ~kih .





tapi terpaksa gak lahh dok kat ctuu , demi menimba ilmu Allah yang sangat luas , subhanallah:n: ~
lagypon :x: demi mak bapak , apa salahnya skali sekala kita berkorban tuk durg , kan , kan , kan :s:
hohoho ~



okie , :2:suda2 lahh luahan aty ana tuhh . nanty ta smpai pulak motif sebenar ana na tulis entry malam nihh. actually, tunite ana na share lagi sumthin' nan korg nihh . jan heran eh , ana memang suka sangat kongsi2 mnde yang ana rasa akan berguna buad urg len jugak , hee ~ apa urg kata tuhh , sharing is caring ? sharing is loving :w:? apa2 pon bole lahh .

mnde ni ana dapat dari status bestie ana dekat mukabuku tuhh which is . . name panggilan dya ina . . . sebenarnya ana da penah baca benda ni , tapi ary nihh ana dapat baca balek disebabkan bestie ana tuhh. mungkin ada jugak di antara korg yang da baca, tapi tape lahh perhaps ia bole jadi peringatan buad korg and bagus lahh c ina post mnde yang berguna camnihh kat status dya. so , korg pon timekasehh lahh dekat dya jugak. kalu bukan sebab dya, ana ta kan ingat pasal mnde ni , dan ta kan kongsi nan korg suma .:face76:



dah , start baca :r:



PERINGATAN BUAD KITA SUMA

Tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ? Ia memberi makna DINDING. Kenapa 'dinding'? Jap, saya teruskan pertanyaan.

Siapakah yang mewujudkan FB? Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI? Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA. DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya.

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang. Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah. Jika Tidak Pecaya..

Cuba Anda Buka www.google.com dan search "wailing wall of israel". Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat. Renung-renungkan lah..

Postkanlah kata-kata hikmah Quran, Hadis atau Ulama terdahulu tentang Agama Islam. Hindari luahan perasaan diri sendiri atau rumahtangga, jauhi kutukan dan kata-kata mencarut yang bukan anda dapat dosanya malah anda dapat pula bonus d
osa yang orang yang membaca carut post anda.

Gunakan peluang Yahudi/Nasrani merosakkan Umat Islam dengan membangunkan Agama Islam melalui platform mereka. Moga kita tidak termasuk dengan orang-orang yang merugikan.

Wallahu a’lam.

kat bawah ni pulak gambo2 yang ana search dkat encik google image tuhh , maaf lahh ta bnyk sngt , ana ta rajen na download :face56:













suda tengok ? suda baca ? suda fikir ?






p/s ; renung2kan dan slamat beramal ~















tips cara potong kuku ikut sunnah Rasulullah SAW .)
Posted on Thursday 7 June 2012 | 10 comment(s).

maaf gambo ta jelashh . . .


Assalamualaikum + annyeong chingu !




wahh ! tady ana baca komik seram ~ beshh gilerr :11: ! tapi ana tade lhh sampai shout2 tyme baca tuhh . ana kalu bab2 cite2 hantu yang bikin suspen nihh , ta penahh lagi teriak , kalu terkejut dalam aty tu ada lahh jugak . hehee ~ yang penting . . santai jehh ~ komik seram nihh ana jumpa dekat blog Mr. Copy Paste aka Kopi Pasta , kah3x [jan marah eh komik] masa tuhh ana BW kat blog dya . ana baca dua cite jehh , which ar Bongcheon-Dong Ghost & Ok-su Station Ghost . kalu na baca gak, tekan je tajuk dya tuhh .

rasa2 manyak lagy kot cite2 laen , tapi tu je yang ana rajen baca . lagypon tenet nihh ngah lembab macam cik siputt [cik siput pon jan marah jugak], na baca pon loading sangat. lamo na tunggu ~[tapa ana penunggu setia, cewwah ~:face56:]
tapi ! urg yang lemah jantung jan baca tauu, lebih2 lagi pompuan yang dok mengandung . nanti, ta pasal2 gara2 terkejut , dapat anak kembar pulak . . . lols tade lahh , gurauu .
sebenarnya ana malas na post entry ary nihh , tapy ada urg tu dok suh ana update , ana buad je lahh .:face57:





okie dahhh , kembali kepada tajuk yang asal lagy tulen . . .




tuday , since its still afternoon [ohh ma eng~:face72:] ana na share sumthin' lagik nan korg . . . iaitu cara potong kuku ikut sunnah Nabi SAW . lagipon kita di sunatkan tuk slalu membersihkan diri dalam tuntutan islam etu sendiri . kita jugak disunatkan memotong kuku pada hari Jumaat sebelum Solat Jumaat n sebelum Mandi solat Jumaat tauu !



gambar sekadar hiasann . . .kih~kih


so , mula2 start potong kuku jari tangan dulu. mula dari jari telunjuk kanan , pastuh jari tengah, manis, sampai kelingking. then sambung dari jari kelingking belah tangan kiri sambung teros ikut tertib sampai ibu jari tangan kiri , akhir sekali ibu jari tangan kanan .

kalu jari kaki lak , start dari jari kelingking belah kaki kanan sambung terus ikut urutan sampai dya berakhir di jari kelingking belah kaki kiri .



pastuhh siap ! paham ke ? kalu ta paham , buad2 paham je lahh , kah3x . amalkan selalu tau , insyaAllah dpat pahala . :face40:
suda3 , ana pon na dapat pahala ary jumaat gak, na potong kuku sat . okie , chow ~thumb





p/s ; renung2kan n slamat beramal ~












kesian mereka ~ :')
Posted on Wednesday 6 June 2012 | 10 comment(s).



assalamualaikum




kaifa halukum jami'an :s:

mesty korg suma sehad2 je kan . . . kalu ade yang saket tuu , ta reti2 lagi na makan ubat ? suda makan ubat ? jan lupa pulak doa kat Allah tauu , sebab Dia yang buad kita sakit n mesty ada hikmah di sebaliknya nape Dia buad camtuhh . apa yang ana tau , bila kita sakit , dosa2 kecil kita akan di hapuskan , tapi etu pon bergantung dengan apa yang korg buad tyme sakit tuu , wallahualam~~


kalu na tau , ana baru download meituxiuxiu . ana rasa mnde ni nampak macam beshh je , so ana na cuba try le . hehee . . . bila dah abis download tuu , ana bukak lahh , alih2 sumanya tulisan cina . apa lagi , ana pon terus blank2 laa jadi nya :face53:. . kah3x
tapi :x: disebabkan excited sngt + gatal tangan , ana pon nekad na cuba gak , kih~kih:face44:
na tau apa hasilnye ? tengok pic kat bawah ni:l:


sebelum . . .

selepas . . .

amacam ada macam datuk ct kahh ? kih~kih:face75:

hahaa ~ tade laa , ana saja je maen edit2 , na try2 meituxiuxiu nihh cket , ramai jugak yang dah tau mende nihh . kalu ada sape2 berminat na download jugak , meh la tekan cni . bnyk lagi yang bole di buad dalam meituxiuxiu ni , bagi sape2 yang rajin belek2 mnde nih, tambah2 lagi korg pakar language cina , mesty bole expert punya lahh bila menggunakannya ~


okie3 , back tu da title ' kesian mereka ' , MEREKA ? . . . huh , sape tuhh ?
hmm . . . sebenarnya 'mereka' tu merujuk kepada anak kucing:78: . ana saja je letak tajuk camtu , na bagi nmpak sedih ckett [sedih la sngt ] . actually , bebaru nihh ummi [my mum] ada jumpa 2 ekor anak kucing siam waktu na buang sampah dekat tempat tong sampah besar area tmpat ana stay . waktu tu ummi nmpak anak kucing tu dekat ctu , mungkin sebab kesian dekat kucing tu , ummi pon bawak la pulang . na tengok rupa dorg ? nih kat bawah :face52:





wa:q: tajamnye jelingan , cik adek ~ marah kot sbab ana amik gamba dya





anak kucing ni malu2 :face71: na tengok camera , so ta nmpak jelas le bila ana capture



comey ta anak kucing tu . . . kaler bulu da hampir sama , tapi pattern je berbeza . dorg da siap bagi nama kat 'mereka' nih , kalu ta silap ana 'boboiboy' nan 'gopal' , siap pakai nama katun lagi tuhh , lols ~:face64:


hmm , sampai aty bekas tuan dya buang dekat dengan tong sampah , dorg tade salah apa2 pon:118: . etu kira okie lagi lahh , jangan sampai buang kat dalam tong sampah suda . na kata anak kucing tu ada penyakit , ana tengok dorg 0kie2 je pon , sihat walafiat~ , nmpak cergas lagi lari sana cni . kalu ye pon ta na anak kucing tu , apa salahnya bagi kat jiran2 tetangga yang nak ? mustahil tade yang na amik . . . sebab sebenarnya ummi pon tana ada kucing banyak2 kat ruma , coz dorg suka buang najis merata2 . jadik , bila kucing betina ana suda beranak , ummi akan bagi anak2 dya dengan jiran2 yang nak . ana apa lagi , sedih laa:face59: . . . kucing ana kena bagi kat urg len . andwae:r: . . tapi di sebabkan ana paham napa ummi buad camtuhh , so ana redha je :face36: . . .

so , sape2 yang dah tana kucing tu , bagi je kat jiran korg , kwan2 ke , . . . susa2 jual je lahh dekat zoo , terpelihara apa~ kah3x .:91:



thumbfuhh ! terbaekkk~