n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-3909362731410519967', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


http://nurfland.blogspot.com/ Feel free to be my chingu!
twi-ins







Nae Kkumnara.


Rukuk . :)
Posted on Sabtu, 30 Jun 2012 | 7 gwiyeon memo.



Assalamualaikum,

Konnichiwa :2:!


whoaa~ tuday i'll fly :e:back tu ostel laaa :face31:, baru je ary tuh come back tu home , la nih dah kene stay ostel balek . cepatnya masa berlalu:80:~ hmm . . . n then ta lama lagi formatif 2 bakal bertandang bulan nihh , abeshh la ana :face72: ~ i hope i will past ! doakan tauu , hohoho~


ary nihh kita bakal berkongsi lagi :x:yang pastinya bukan berkongsi makanan, hee~

pasal apa pulak ary ni eh :s: ha:r::f: pasal rukuk ! rukun solat tuhh . selama nihh ramai yang maen bedal je rukuk durg , alaa~ yang penting solat katanya . ta tau kahh kita ? kalu rukuk ta sempurna, solat ta sah tauu :q: kalu solat ta sah , rasa2 Allah time ke solat kita tuhh :face14: fikir balek . . .

dah , kalu ta na solat kita ta di terima , meh rajin2kan cket diri tuh baca mnde nihh:l:


Seusai solat zuhur berjemaah di surau sekolah, ustaz menyuruh aku dan seorang lagi rakan 'sejenayah' untuk berdiri. Saf wajibku sememangnya yang paling belakang. Ustaz itu juga selalu bersolat di saf paling belakang sekali. Sebaik sahaja kami berdiri, "Desyum !" Satu libasan rotan bulu ayam higgap di betis kami.

"solat balik. Solat kamu tak sah !" Ustaz itu pun mendedahkan jenayah kami berdua. Memang kami berdua selalu solat lewat ketika bersama imam. Semasa jemaah kumat-kamit membaca al-Fatihah , kami masih bersembang. Sengaja kami menunggu sehingga imam rukuk, barulah kami mengangkat takbir dan rukuk bersama.
"Tapi ikut celah mana pula yang solat kami tak sah? " Aku sekadar memberontak dalam hati. Bukankah kalau sempat rukuk bersama imam, maka rakaat itu dikira bersama imam? Ustaz juga yang memberitahu kami hadis Rasulullah saw yang ini (maksudnya):
"Sesiapa yang sempat rukuk bersama imam, maka dia sempat solat itu"
(Riawayat Muslim)

Rukuk Tak Sempurna, Solat Tak Ke Mana

Seperti biasa, solat berjemaah itu disusuli dengan tazkirah ringkas daripada ustaz. Cuma tajuknya kali ini adalah "Pencuri Solat".
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri solatnya." Sahabat bertanya:" Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang boleh mencuri dalam solatnya?" Rasulullah menjawab :"Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya".
(Riwayat Ahmad)

Ustaz membawakan pula satu peristiwa pada zaman Nabi saw :"Kami solat bersama Nabi. Dalam solat, Baginda melirik kepada seseorang yang tidak sempurna solatnya. Selesai sahaja bersolat, Baginda bersabda maksudnya:"Wahai sekalian Muslimin, tidak dikira solat seseorang yang tidak meluruskanbelakangnya ketika rukuk dan sujud".(Riwayat Ahmad)

Lalu aku simpulkan bahawa ada dua jenis rukuk tidak sempurna. Pertama, rukuk tanpa tamakninah. Kedua, rukuk tanpa meluruskan belakang badan.
Namun isi tazkirah yang paling mengerikan adalah sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesungguhnyaada orang yang solat selama 60 tahun, tetapi solatnyalangsung tidak diterima. Sebabnya, mungkin dia rukuk dengan sempurna, tetapi tidak pada sujudnya. Atau sujudnya sempurna, tetapi rukuknya tidak".
(Riwayat al-Asbahani)

Barulah aku tahumengapa solatku tadi tidak sah. Ya, memang aku sempat rukuk bersama imam, tetapi rukukku tidak sempurna. Aku tidak sempatpun tamakninah dalam rukukku. Rupa-rupanya aku pencuri solat !

Khusyuk Dengan Rukuk

Baginda saw bersabda, maksudnya:
"Ketahuilah, aku melarang kamu membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud. Adapun ketika rukuk, agungkan Tuhan Azzawajalla. Manakala ketika sujud, berdoalah bersungguh-sungguh".
(Riwayat Muslim)



Agungkan Allah dengan menyebut : Subhana robbiyal azimi wabihamdih
maksudnya; "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan dengan segala pujiannya".

Namun, senutan ini mesti dimaknakan dengan penghayatan. Prinsipnya semakin dirasai keagungan Ilahi. Sementelah lagi, kita sebenarnya masih dalam dialog secara langsung dengan Allah. Selepas dialog skrip al-Fatihah, kita rukuk menyembah dan mengagungkan Allah.

Apabila bangkit daripada rukuk, kita ucapkan kalimah : sami' Allah huliman hamidah
maksudnya; "Allah mendengar sesiapa yang memuju-Nya".

Ketika ini, Allah hendak memberitahu bahawa Dia menghargai pujian yang kita persembahkan untuk-Nya semasa al-Fatihah dan juga rukuk. Hakikatnya Allah tidak menagih sebarang pujian daripada makhluk-Nya. Namun, begitulah Allah al-Syukur. Dia membalas sebarang dedikasi daripada hamba-Nya untuk-Nya. Samlah juga ketika Allah berfirman yang bermaksud :"Dia mencintai mereka dan mereka juga mencintai-Nya". (Surah al-Maidah ,5;54)

Lalu kita membalas : robbana lakal ham
maksudnya; "Tuhan kami, hanya buat-Mu sahaja segala pujian."

Begitulah selayaknyakita beradab dengan Allah. Menambahkan lagi syukur dan pujianbuat-Nya. Apalagi apabila Baginda saw memberitahumenerusi hadis, maksudnya: "Sesiapa yang rukuk ataupun sujud, setiap kali itulah diangkatkan satu darjat dan digugurkan satudosa buatnya".
(Riwayat Ahmad)

Dan sejak itu aku tidak pernahs sengaja mengunggu imam rukuk, biarpun dalam solat tarawih.

teks; Ustaz Muhammad Luqman Mokhtar
(B.A Usul Fiqh & Komunikasi , UIA)




hohoho~
:17:ayuh kita sama2 renung2kan dan beramal:119:

wallahualam.