n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Syak Dalam Solat
Posted on Saturday, 21 July 2012 | 0 comment(s).


Assalamualaikum




Maksud Khusyuk Dan Syak Dalam Solat


-Khusyuk dalam solat bermaksud melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat, rukun dan adab2 solat dengan sempurna.
-Syak pula ialah keadaan terlalai atau terlupa ketika melakukan solat seperti lupa bilangan rakaat, membaca al-Fatihah dan sebagainya. Perasaan syak atau lupa ini adalah daripada godaan syaitan.

Jenis-jenis Syak
  • syak dalam rukun fi'li-sekiranya seseorang syak dalam rukun fi'li sama ad telah mengerjakan tiga atau empat rakaat, dia wajib membuat keputusan dan meyakinkan dirinya dengan mengambil bilangan yang sedikit dan meneruskan solat supaya cukup empat rakaat. Kemudian disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam. Sekiranya timbul syak sama ada sudah megerjakan sujud yang kedua atau belum, dia dikehendaki untuk membuat keputusan bahawa dia belum melakukannya dan terus sujud sahwi sekali lagi kemudian diikuti dengan sujud sahwi.


  • syak dalam rukun qouli-Syak dalam rukun qouli pula seperti syak membaca fatihah atau belum atau selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir. Jika seseorang syak sama ada telah membaca sesuatu rukun qouli atau belum dan dia masih berada dalam kedudukan rukun tersebut, dia dikehendaki membaca bacaan berkenaan. Dalam hal ini dia tidak perlu melakukan sujud sahwi. Jika seseorang syak sama ada telah melakukan rukun qouli tersebut atau belum, sewaktu dia sedang melakukan rukun yang lain, dia hendaklah mengulang semula rukun tersebut dan disunatkan sujud sahwi.


Sujud Sahwi

-Sujud sahwi ialah sujud dua kali yang dilakukan selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum mmemberi salam. Perintah melakukan sujud sahwi ini terdapat dalam beberapa hadis Rasulullah SAW antaranya:

mafhumnya; Daripada Rafi' bin Khallaj r.a, katanya; Rasulullah saw bersabda: Aku manusia biasa, aku lupa seperti juga kamu lupa. Apabila seseorang lupa dia hendaklah sujud dua kali ketika duduk (duduk dalam tahiyat akhir).

Sujud sahwi wajib disertakan dengan niat jika menunaikan solat secara bersendirian tetapi niat tersebut tidak diwajibkan jika dia adalah seorang makmum. Sekiranya terdapat beberapa syak dan lupa ketika solat, sujud sahwi memadai dilakukan sekali sahaja.


Cara Menjaga Kesempurnaan Solat

  • berwuduk dengan sempurna
  • memakai pakaian yang bersih
melakukan solat dalam suasana yang tenangSenarai Bertitik Tumpu Khas
  • memahami makna bacaan dalam solat
  • menumpukan pandangan ke tempat sujud

Sebab2 Disunatkan Sujud Sahwi

  • meninggalkan sunat ib'ad sepeti tahiyat awal dan qunut
  • terlebih melakukan rukun seperti sujud sebanyak tiga kali
  • tidak sengaja melakukan perbuatan2 yang membatalkan solat seperti bercakap
  • membaca bacaan sunat bukan pada tempatnya seperti membaca tasbih rukuk ketika sujud atau sebaliknya.


Hikmah Sujud Sahwi

  • menjadikan solat lebih sempurna
  • menghilangkan keraguan dan gangguan syaitan
  • penghinaan kepada syaitan










0 Comments:

Post a Comment

Thanks for spending your time to give a comment (: