n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Puasa Ramadhan
Posted on Friday, 20 July 2012 | 0 comment(s).


Assalamualaikum





Pengertian Puasa

Puasa menurut bahasa ialah menahan diri daripada sesuatu.
Manakala dari segi istilah pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa, melalui dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Kaedah Istinbat Hukum

Ulama mengistinbat hukum wajib berpuasa pada bulan Ramadhan berdasarkan lafaz
' falyasmuhu' dalam potongan ayat 148, surah al-Baqarah (faman syahida minkumusy syahro falyasmuhu), lafaz "falyasmuhu" adalah fi'lun mudori' yang disertakan dengan ' lamul amri' yang menunjukkan kepada perintah wajib berpuasa apabila tiba bulan Ramadhan.

Amalan Sunat di Bulan Ramadhan

  • solat tarawih dan witir
  • membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir
  • membanyakkan sedekah
  • qiammullail
  • berbuka dengan tamar dan menyegerakannya
  • bersahur dan melambatkannya
Kelebihan Ramadhan

  • diwajibkan berpuasa
  • diturunkan al-Quran
  • solat tarawih
  • lailatul qadar
  • pahala amalan digandakan
  • syaitan dibelenggu
  • kemenangan dalam peperangan Badar
  • pembukaan Kota Mekah
  • pintu syurga dibuka
  • pintu neraka ditutup

Rukhsah Meninggalkan Puasa

1.Orang yang sakit

  • Jika sakit yang ringan,dan mempunyai harapan untuk sembuh, maka dia berkewajipan mengganti (qada') puasa yang ditinggalkan
  • Jika tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau umur yang terlalu tua dan tidak mampu berpuasa, hendaklah dia mmembayar fidyah sebanyak satu cupak makanan kepada orang miskin bagi setiap puasa yang ditinggalkan menurut pendapat Ibnu Abbas.

2.Perempuan yang hamil dan menyusukan anak

  • Perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika bimbang kesihatan dirinya, diwajibkan qada; dan fidyah mengikut pendapat kebanyakan ulamatermasuk pendapat ulama as-Syafie
  • Perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika bimbang memberi kemudaratankepada janin atau anak yang menyusu, ulama berselisih pendapat tentangnya:
-Ibnu Umar, Ibnu Abbas dan Doktor Yusuf al-Qaradhawi; mereka mewajibkan bayar fidyah sahaja
-Kebanyakan ulama termasuk Imam Syafieberpendapat; mereka diwajibkan qada' sahaja
-Sebahagian ulama yang lain; mereka mewajibkan qada' dan fidyah

3.Orang yang bermusafir
  • Orang yang dalam perjalanan dengan jarak yang dibolehkan qasar sembahyang, diharuskan berbuka puasa jika dia bermusafir sebelum naik fajar. Mereka diwajibkan mengqada' semula puasanyayang ditinggalkan apabila tidak lagi bermusafir.
  • Ini menunjukkan bahawa setiap hukum yang disyariatkan adalah sesuai dengan kemampuan manusia. Allah tidak sekali-kali membuat peraturan diluar kemampuan manusia untuk melaksanakannya. Firman Allah maksudnya; "Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan apa yang dia terdaya.


Hikmah Puasa

  • meningkatkan ketakwaan
  • melahirkan rasa kesyukuran
  • menjaga kesihatan
  • membentuk akhlak mulia
  • melatih diri bersabar diri bersabar dan berdisiplin
  • diampunkan dosa yang lalu










0 Comments:

Post a Comment

Thanks for spending your time to give a comment (: