n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

N A V I G A T I O N ↑ ⇧ ⇡
Halu! Just call me Anna
Feel free to be my chingu!

twi-ins







Nae Kkumnara.


Kongsi kisah seram?
Posted on Jumaat, 13 Jun 2014 | 10 gwiyeon memo.



Assalamualaikum.

  Paro chigeum, i mean. Right now, i am in the car waiting for my sis who was at the post office. Lambat sangat.. haha. Ta sabar dah na bersiar 'cuci mata' ni. Hihi. Korang apa khabar? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat, syafakillah. Jaga diri baik baik tau korang. Hmm, hari nih. Takda apa sangat, ana cuma mau kongsi cerita sementara tunggu ka long yang lama sangat tuu. Cerita apa? Hehe, mesti la cerita yang best sikit iaitu berkaitan 'hantu'. Mungkin ada tokok tambah sikit.
Ta kesah la. kalau ta beshh, jangan marah tau! Wuuu~


Kisah pertama.

Malam itu, A dan B bercadang untuk sambung stay up di bilik study selepas kelas prep (preparation) habis memandangkan keesokan harinya, mereka akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Sedang leka si A menulis di buku notanya, tiba- tiba dia tidak sengaja terlanggar pen di sisi dengan sikunya. Lalu pen itu jatuh ke bawah. A pun terpaksa tunduk ke bawah meja untuk mengambil pen itu. Semasa dia mencapai pen tersebut, A sempat mengerling ke arah kaki Si B. Apa yang dilihat oleh A adalah, kain si B berterbangan ditiup angin tetapi langsung tiada kaki yang dilihatnya. Si A yang terkejut, segera bangun semula dan duduk di tempatnya. Dia kemudian kelam kabut menyusun semua buku bukunya sambil berkata kepada Si B,
" Erm, awak, saya naik dulu lah. Saya dah mengantuk sangat ni."
  "Mengantuk ke ... atau awak dah tau?" balas si B.
Saat itu juga si A jatuh pengsan. Keesokan harinya, dia disedarkan oleh kawan kawannya di bilik study itu.


Kisah kedua.

C sedang mengulang kaji di meja belajarnya kerana dia tidak dapat melelapkan mata malam itu. Dia duduk menghadap ke arah tingkap. Jam menunjukkan tepat pukul tiga pagi. Pelajar puteri lain sedang lena dibuai mimpi. Sedang khusyuk C mengulang kaji pelajarannya, tiba tiba warden lelaki yang menaiki motosikal berhenti di luar tingkap. Dia berpesan kepada si C supaya jangan tidur lewat sangat dan menyuruhnya agar tidur. Saat itu, si C hanya kaku memandang warden lelaki itu. Kemudian, warden itu pun pergi dengan motosikalnya. Si C berasa sangat hairan bercampur rasa takut yang amat sangat segera pergi ke katilnya dan menutup dirinya dengan selimut. Dia terfikir. Bagaimana warden lelaki itu boleh lalu di luar sedangkan bilik yang dihuninya sekarang berada di tingkat tiga. Lagipun di luar tidak ada beranda untuk dijadikan laluan. Ini bererti warden itu tadi ???




Kisah ketiga.

Si D terbangun dari tidurnya kerana dia berasa ingin ke tandas. Dia tidak berani untuk pergi seorang diri lalu dia mengambil keputusan untuk membangunkan si E. Setelah berhasil membangunkan si E, mereka berdua pun pergi ke tandas. Semasa sedang buang air, Si D berkata kepada si E yang berada di luar.
   "E! Awak kat mana?"
   "Saya ada di depan pintu awak ni."
Si D berasa hairan. Dia berfikir bahawa si E menipunya kerana jika benar si E di depan pintu tandasnya, sudah pasti dia boleh nampak kaki si E di lubang bawah pintunya. Si D yang berasa tidak puas hati kemudian bertanya lagi.
   "Awak cakap la betul betul. Jangan la tipu. Tunggulah depan pintu ni!"
   "Ya, saya depan pintu la ni."
   "Ishh jangan la bohong saya!"
Tiba tiba suara si E berubah menjadi agak garau, "Awak dah tau ke?" 
Si D mula berasa ketakutan. Dia segera bersiap setelah itu dia tolak pintu tandas dan kelam kabut berlari ke biliknya. Setibanya di bilik, dia segera ke katilnya dan menutup mukanya dengan bantal peluk kerana ketakutan. Beberapa saat kemudian dia terdengar suara berkata,
  "Katil satu? Dah tidur .. katil dua? dah tidur.. Katil tiga? Pun dah tidur.. Katil empat?"
Jantung si D berdegup kencang. Dia lah katil yang keempat. Dia merasa 'benda' itu semakin dekat dengannya. Dia pun mengambil keputusan untuk membuka mukanya yang ditutup dengan bantal peluk. Lalu dia menggunakan bantal peluk itu untuk memukul 'benda' itu. Tetapi tiada apa yang berlaku malahan dia dicakar di muka oleh 'benda' itu.

*ini kisah benar, sewaktu mak cik kepada kawan ana masih duduk kat asrama.


  Semua cerita kat atas tu kejadiannya kat sekolah asrama ya. Kalau ada yang korang ta paham, tanya lah ana. Sebab ana memang ta pandai bercerita. Mungkin semua cerita ni korang pernah dengar dan mungkin agak tidak masuk akal. But, who cares? Hahaha.. layan ja laa. Santai~

This one is my sis experience. Waktu tu dia masih kecil dan of course ana lagi kecik dari dia. Haha. Masa tu jugak gigi dia baru patah, biasa lah budak budak kan. Masa dia tengok cermin, dia ternampak sesuatu kat cermin tu jadi dia pun ketakutan la. Ana dah lupa da camna jalan cerita. Ini ja yang ana ingat. The second one, ka long sedang sisir rambut depan cermin.
 -kalau taktau apa tu sisir, sikat tau?-
Then dia ternampak lagi benda yang sama. Cepat cepat dia alihkan pandangan dia kepada ummi di sebelah yang sedang lipat kain waktu tu. Sebab takut sangat, dia gitau la ummi apa yang dia nampak . She saw, seorang nenek tua yang hodoh hodoh hodoh sangat rupanya. Ana pun ta tau mau describe camna. Macam nenek lampir kot atau mungkin lagi buruk. I have no idea. Tapi lepas tu ana lupa pula apa respon ummi dekat ka long.
Apa apa pun, kalau korang ta mau terserempak 'benda' tu kat cermin, baca la doa sebelum tengok cermin.


 

Macam ni kaa?

Untung dia penah nampak kan. Ana pun mau jugak~
Kekeke.





10 Ulasan:

Blogger zahrenn na berkata...

wu wuu...cerita hantu!!! hahah

Kha Jun 12, 11:54:00 PTG  
Blogger Nur Syuhaidah berkata...

Seram >< Baru saja berlaku petang tadi. You know what? Adik perempuan saya nampak, ada 'benda' tu tolak pintu tandas. Then dia terus lari ke arah saya. Lepas tu dia suruh saya teman, saya pun cakaplah " Hah,cepatlah, akak teman."

Lastly, dia tarik tangan saya. Terus lari ke depan. Katanya dia tengok ._. Seram.She can saw 'it' but i hope saya tak akan pernah nampak 'benda' tu

Jum Jun 13, 06:44:00 PG  
Blogger Ain Nafisha berkata...

Terkejut tengok gambar hantu dekat bawah cerita C tu haha :D

Jum Jun 13, 05:55:00 PTG  
Blogger Ana Lee berkata...

zahrenn na ; hihi c;
nur syuhaidah ; wahh~ daebak!
ain nafishah ; hehe :D

Jum Jun 13, 09:02:00 PTG  
Blogger syafika ghazali berkata...

huh..nasib baik bace cerita ni waktu siang...kalau mlm tk tau lh...

Jum Jun 13, 10:48:00 PTG  
Blogger aiman mania berkata...

hai..ohayo gozaimas!
aiman tak baca sampai habis..lpas habis kisah 1 terus quit baca,,,kahkahkahkahkah :D
tgok gambar dah seram ..

Sab Jun 14, 07:33:00 PTG  
Blogger white lily berkata...

kalau minta mintalah kan, memang taknak jumpa. sekali kali ngan tandas kat rumah pun takut nak masuk. ahahaha. selalunya nak jumpa pun kat kem je. aieee serammm

Ahd Jun 15, 06:33:00 PG  
Blogger Junkyo No Hikari berkata...

aaaaaahhh geramnya... why must baca time tengah2 pagi nih.. uwaaaaa...
gambar tuh yg buat seram TT^TT

cerita yg ana cita tuh mmg pnah dgar cma lain2 jalan cita dia.. yg sisir rambut tuh first time..

tapi time sis Tingkatan dlu, ibu jadi warden asrama.. kwn2 asrama adalah cerita, dia nampak sorang bdak puan nih sikat rambut kat bilik air pakai berus basuh baju!! dah lah rambut dia panjang.. tak tau lah betul ke dak..

tapi yg ni betul lah kowt. masa tuh siang, hari sekolah, sis crita hantu dkat kwn sis (cerita nih from my kazen-dulu kecik2 kumpul ramai2 sambil bukak crita hantu) XDD dia cerita dulu dekat satu markas tentera nih ada satu peraturan semua makanan kena makan, taleh simpan satu pun makanan.. tapi satu hari tu kebetulan dapat member baru, dia gi simpannya telur rebus dalam loker dia sbb nak makan nanti nanti.. lepas tu kan.. tau apa jadi.. malam tu.. katil dia bergoyag kencang.. tatau kenapa.. dia nak bukak taknak bukak ja mata, pastu bila dia bukak.. sekali wana hitam gelap depan dia tinggi lampai... mata merah tgok dia.. dia jerit panggil semua org kat sebelah dia tapi sorang pun tak nyahut or dengar.. esok tuh org kejut dia (dia demam n pengsan semalam) diia crita apa yg berlaku.. pastu sorang komander nih gi check loker dia dah koyak rabak pastu bau telur busuk.. eeuueee... masa tuh lah komander bukak crita yg kawasan diaorang duduk nih keras n benda yg budak laki tuh kna kacau sbnarnya hantu raya... ergghhh seram kowt... huhuhu.. (yg ni lah crita yg sis crita dkat kwn sis) pastu malam tu kwn sis nak tdur lah kan.. dia duk katil atas pastu diaorang rapatkan katil diaorang bila malam2 (budak asramalah katakan) dia pusing sebelah rambut panjang tutup muka.. (yg rambut panjang tuh tak silap budak yg dgar ura2 gi sikat rambut dkat toilet) nama dirahsiakan XD pastu dia tak jadi pusing mana2 dah.. malam tuh dia takleh nak tdur langsung tringat cerita hantu tuh.. pastu esok pagi dekat sekolah dia marahnya sis.. ada ke patut.. dia cakap semalak lpas dgar crita tuh and dia takut sgt sampai katil dia bergoyang semalam mcm ada benda goyang.. seram.. kalau betul mmg seram ahahaha...

Sel Jun 17, 09:37:00 PG  
Blogger Ana Lee berkata...

Junkyo No Hikari ; wuuu .. cerita hantu menakutkan. interesting! terimakasihh sudi share dengan ana :D

Sel Jun 17, 03:51:00 PTG  
Blogger Junkyo No Hikari berkata...

ahaha XD tapi crita hantu takut2 pun still nak dgar :3
hehehe
welcome XD

Rab Jun 18, 05:13:00 PTG  

Catat Ulasan

Thanks for spending your time to give a comment (: