n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Temujanji Pertama.
Posted on Monday 12 May 2014 | 2 comment(s).

                  
     Assalamualaikum .

  aloha ~ Finally, I have made it! Yeahh :D
Berakhir sudah.. pecarian cintaku ~ cupp! Apa kes pulak pasal cinta ni kan? tukar topik tukar topik! Hah! Sila tukar tajuk entry nihh. Actually it should be 'Temuduga pertama'.
Hehe.. jangan marah ya~

Sebenarnya kan,  Ana  selesai dah jalani temuduga ipg hari ni . Alhamdulillah syukur nikmat , kepada Tuhan yang memberi rahmat , ohhh~ ~  sempat lagi menyanyi kan. Kekeke~  Apa pun lega sangat rasanya. Seperti biasa, apabila ana akan menghadiri sesuatu yang penting .. dari dalam perjalanan lagi ana akan istighfar dan selawat banyak banyak dan juga berdoa . Ana ta berapa gementar tadi sebab .. ana kan jenis santai . haha . Ana bergantung dengan istighfar dan selawat jaa, sebab ana boleh hilangkan sedikit rasa gementar dengan cara tuu.

Nasib baik kan .. kali ni temuduga kena kat Tuaran jaa ..(masih area Kota Kinabalu)
  Setibanya di Maktab Perguruan KENT, -perghh ! ayat gramatis- ana dapat tau yang sijil semua kena fotokopi. Hadoii! Dia ta suruh pun kat surat tawaran tuu -.- yang ada, kena suruh bawa sijil dan dokumen yang berkenaan. Nasib baik kat situ ada kedai fotostate. -haha. mustahil la tiada kan- Then, fotokopi sijil banyak banyak sampai lebam mesin photostate tu .. haha ! Lepas tu, kena minta cop dan sign lagi. Cikgu tu minta tolong ana cop sendiri. Amik kauu! ana main cop ja atas salinan sijil sijil tu . Senget benget semuanya, ana ta ambil peduli. Lepas tu cikgu tu tegur sambil bergurau. Baik sangat cikgu tu, ta sempat pula ana tanya nama dia apa. Hihii. Sambil sambil menurunkan tandatangannya, tak tau cikgu ka apa tu.. nih yang sorang lagi. Sambil sain dia baca baca la sijil ana tu. Dia kata lebih kurang camnihh,

"eh, ni sekolah agama ni.. napa tak amik bahasa arab? sayang tau .."
Ana pun cakap lah yang ana tak terer sangat arab nih. Pastu dibelek belek lagi sijil sijil ana tu dan dia kata macam nih,

 " nih hebat ni,masuk sini nanti mesti lagi hebat, kalau menurun, jagaa ~"
ana pun tersengih sengih bila cikgu tu cakap camtu. Ada juga rasa cuak sikit laa. hohoho~

  Lupa la jam berapa kitorang mula temuduga tadi. Agak lambat juga la .. sebab jadual sepatutnya jam 10.30 pagi, tapi rasanya tadi mula jam sebelas lebih kot.. Perhaps? Tapi tadi bersyukur sangat sebab ana tergolong dalam kumpulan D, yang sememangnya ahli nya semua kaum hawa! Fuhh~ nasib baik. Kalau tak mesti rasa kekok masa temuduga tu tadi kan, sebabnya.. ana ta biasa dengan kaum adam. Maafkan saya ya duhai kaum adam sekalian. Kalau kat laman sosial boleh la ana layan chat lelaki ni, sebab ta nampak kan. Bukan face to face pun. Apa yang ana mau malu. Hehe..

Masa tunggu dengan kumpulan ana tu, tiba tiba lalu 'segerombolan' manusia. Hihi .. actually itu kumpulan.. tak tau lah kumpulan apa, yang penting ana cam seorang tu,, berbaju kurung kelabu dan bertudung hitam. It was Anezah! Kawan ana kat sekolah asrama. Ana buat dia sedikit terkejut sebab bila dia limpas ja, ana capai  dan genggam lengan dia. Haha .. siapa yang tak terkejut macam tu? Disebabkan dia pun mau cepat, kitorang ta cakap banyak dah.. jadi ana pun wish 'gudluck' kat dia dan dia wish ana balik. Hmm.. tak tau pula Anezah pun ada apply ipg. Tidak mengapalah, yang penting semoga dia lulus temuduga. Amiinn~
   Lepas tu, kumpulan ana yang terdiri daripada lapan orang ahli, diberi taklimat sikit sebelum masuk bilik temuduga tu. Pasal susunan borang dokumen apa semua and other things.

Ana agak cemas sedikit bila ana perasan ana lupa letak gambar berukuran pasport kat borang ipg tu. Hadoii! careless sungguh si budak santai ya! Fikir punya fikir, then ana dapat satu akal. Haishh! -jangan tiru aksi ini- dekat sijil tamat belajar tu kan ada gambar ana berukuran passport, apa lagi.. ana buka pelan pelan gambar ana tu. Nasib tak koyak.. haha. Pastuhh, ana kepilkan gambar ana bersama borang ipg pakai klip kertas sebab gamnya tak ada. Hohoho! Kau ada ?
 -dun wori be hepi. sijil tamat sekolah tak koyak-

  Sewaktu temuduga. Ia dijalankan secara berkumpulan. Kami duduk atas kerusi dan buat bentuk 'u'. Kitorang di suruh perkenalkan diri masing masing dan kemudian diri salah seorang ahli kat situ. Ana main hantam cakap jaa .. kan kena pakai bahasa inggeris memandangkan itu kursus yang ana minta. Tapi ana bukan hebat pun bahasa tu.. ana cuma minat mau  belajar ja. Hehe .. jadi apa mau jadi, jadi lah. Ana ta kesahh. Santai ja kot~ Agak susah bila dalam kumpulan tu ada yang talkative. Tapi ana cuba juga cari ruang untuk bercakap. Hahaa .. ana cerita sikit pasal pengalaman ana dengan cikgu waktu di sekolah dulu. Ana kata dalam english. Main hantam ja, tak tau grammar betul tidak?

Ana cerita, dulu kat sekolah mengengah, ana selalu gagal matematik. Tapi bila ana tingkatan lima, Sir Wan, guru matematik ana struggle tau.. mau bagi ana kuasai matematik tu. Bukan untuk sekadar lulus, tapi dia perlukan 'A' memandangkan kelas yang dia ajar ni kelas pertama. Mesti la dia mau gred yang tinggi kan. Syukur sebab sekolah asrama kan bilangan pelajar dalam kelas selalunya sikit. Jadi agak senang untuk Sir Wan tumpukan perhatian kepada ana dan kawan kawan lain. Setiap hari Sir akan bagi latihan yang banyak.
 -Jangan mengeluh! Matematik memang memerlukan banyak latihan-
Semakin hampir SPM, semakin struggle Sir Wan tolong kitorang ulang kaji. Kami buat latihan lagi dan lagi. Bahagian topik yang lemah harus dititikberatkan. Alhamdulillah, berkat bantuan ilmu dari Sir Wan dan bantuan rakan rakan, Ana berjaya mendapat gred A untuk Matematik dalam SPM. Dengar ana sebut A tu .. semua da sebut 'woww..' sebab selalu gagal kan.. tetiba dapat A dalam SPM.
Sedikit pengajaran di sini, apa pun yang kita lakukan, kalau dibuat dengan bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil. Betul tidak?

    Jam 12 lebih tuu.mau dekat pukul satu, kitorang da selesai temuduga. Alhamdulillah~ masing masing gembira sebab da habis. Then selfie satu dua gambar ngan kawan baru dan minta id wechat dorang. Then, singgah lunch dekat restoran. Haha.. Sekian saja cerita untuk hari ini.
Harap harap ana dan kawan kawan lulus temuduga ipg nihh. Sebabnya, ana tak mau terbang pergi terengganu.

For you guys information, Ana dapat tawaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin dalam bidang teknologi maklumat (multimedia). Ana tak minat pun.. hmm.. doakan kami masuk ipg ya :D
Sudah laa. Asar pun da masuk.. daa~

*Panjang ka entry nih? Tidak kan? Hihii xD


2 Comments:

Blogger Mie said...

uyyo!!! haha

Wed May 21, 02:01:00 am  
Blogger Cik Itah said...

salam. comel pulak kucing tuu hehe

Thu May 22, 06:22:00 pm  

Post a Comment

Thanks for spending your time to give a comment (: