n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-3909362731410519967', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


http://nurfland.blogspot.com/ Feel free to be my chingu!
twi-ins







Nae Kkumnara.


Akibat Derhaka Kepada Ibunya
Posted on Rabu, 22 Ogos 2012 | 4 gwiyeon memo.



Assalamualaikum,





Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." [Riwayat al-Hakim]



Teringat pada suatu kisah yang benar-benar tejadi salah sebuah daerah di Sabah. Kisah ini tentang seorang anak gadis yang sering melawan kata dan sering menengking ibunya yang telah tua.

Pada suatu ketika, anak gadis ini ingin meminta wang daripada ibunya kerana hendak keluar bersiar-siar ke bandar bersama temannya. Ibu yang tua ini tidak dapat memenuhi permintaan anaknya kerana tidak mempunyai wang.

Anak gadis ini berkeras juga mahukan wang itu lantas memberontak sehingga tergamak menyepak ibunya yang telah tua. Lalu, ibu ini jatuh tersungkur dan tidak bergerak lagi. Anak itu terkejut melihat ibunya kaku lantas meminta pertolongan daripada orang kampung. Malangnya, ibunya telah meninggal dunia.

Lebih menyedihkan lagi apabila hendak dikebumikan, jenazah ibu ini terlalu berat sehingga tidak dapat diturunkan ke liang lahad sehinggalah anak gadis itu sendiri yang turun ke liang lahad untuk menyambut jenazah ibunya, barulah jenazah ibunya dapat di masukkan ke liang.

Tetapi timbul pula satu masalah lain yang mungkin akan menginsafkan kita. Kaki anak gadis itu terlekat berhampiran liang ibunya menyebabkan dia tidak dapat naik semula ke atas. Pelbagai cara telah dilakukan tetapi tidak berjaya.

Mulut anak ini pula tidak lepas dari memohon ampun daripada ibunya. Semua yang ada di situ kebingungan kerana jenazah ibu itu perlu dikambus segera. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menimbus separuh sahaja kubur itu.

Tinggallah anak itu di kubur sambil mulutnya masih meratap-ratap memohon keampunan daripada ibunya. Keluarganya datang membawa makanan tetapi dia tidak boleh hendak makan atau minum. Gadis itu hanya mampu menangis dan meratap sahaja. Laporan polis juga telah dibuat berhubung hal ini sehinggakan media datang membuat liputan tetapi tidak dibenarkan oleh pihak polis kerana ingin menjaga nama baik keluarga tersebut.

Beberapa hari kemudian, setelah melalui pelbagai penderitaan, akhirnya anak gadis itu meninggal. Satu keajaiban telah berlaku, kakinya yang terlekat di tanah, berjaya di tarik semula.


Kisah yang menyayat hati ni, perlu dijadikan iktibar buat kita semua kerana di dunia lagi Allah telah tunjukkan balasan bagi anak yang derhaka kepada ibu dan bapanya. Jika balasan di dunia amat dahsyat, apatah lagi di akhirat kelak yang pastinya lebih perit daripada apa yang kita fikirkan.




wallahualam~