n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Bintang Kecil . :)
Posted on Saturday 30 June 2012 | 2 comment(s).




Assalamualaikum





annyeong chingu ~eotteokhe jinae ?.







i'm backk:f:!! rindu ana ? bole tahan gak dok ostel 3 weeks , hohoho ~
skuwl kitorng baru je abeshh sukan tahunan slama 3 ary , start isnin ary tuhh. selasa sambung study, pastu rabu and khamis proceed balekk. penat jugak bersukan nihh [macam ada ikut acara]:face56: kih~Kih . . . ana just penat jadik cheers leader je, tapy sorak2 pon tetap ta lepas matahari na bako kulit yang dah gelap nih, hangos terbakar [bertambah la manis hitamku~] . kui~Kui !


lame dah ana ta share2 nan korg , ta mishh ke:s: hihihi~


okie !:face57: tunite ana na share satu kesah yang agak menyayat hati [bagi ana lahh] . meleleh gak air mata yang jernih ni tatkala membaca dis stori , [ aiseymen ! ayat taley blah ]




suda , start baca ! penat taip tauu :face53:~

Setiap pagi Jumaat , seorang imam masjid mukim akan keluar bersama-sama anaknya yang berumur 7 tahun menyusuri jalan kampung untuk menyebarkan risalah bertajuk "Jalan -jalan Syurga " . Pada suatu pagi Jumaat yang indah , cuaca tiba-tiba berubah dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya .

Anak kecil itu membetulkan jubahnya yang masih kering dan berkata : "Ayah! Saya sudah bersedia ."
Ayahnya terbata lalu bertanya:"Bersedia untuk ke mana ?"
"Ayah , bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"
"Anakku! Bukankah keadaan di luar sejuk dan hujan agak lebat ?"
"Ayah, masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun ."Ayahnya menambah :"Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini ."Dengan penuh hormat , anaknya merayu :
"Bolehkah , izinkan saya pergi bersendirian , ayah ?"
Ayahnya ragu-ragu , namun tetap menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya . Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu! "
"Terima kasih ayah ", balas si anak sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya .

Dengan wajah bersianar-sinar , si anak pergi meredah hujan. Dia menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa sahaja yang dilaluinya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu sahaja risalah "Jalan-jalan Syurga" ditangannya. Akhirnya, dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok di sebatang jalan. Dia mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai, lantas dia memberi salam dan menekan loceng rumah tersebut. Dia menunggu sebentar dan ditekannya loceng sekali lagi, namun masih tiada jawapan.

Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di hadapan pintu adalah seorang lelaki lingkungan umur 50an. Mukanya jelas suram dan sedih. "Apa yang pakcik boleh bantu ?"



Anak itu tersenyum manis bagaikan malaikat dari langit."Pakcik , maaf saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah penerimanya ."
Dia senyum lagi dan menundukkan wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih , semoga Tuhan melindungi kamu ,"ujar lelaki tersebut dengan nada yang lembut.

----------* * * * *----------

Minggu berikutnya, sebelum solat Jumaat bermula, seperti biasa imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai ceramah dia bertanya :"Ada sesiapa yang ingin meyatakan sesuatu?" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu "Saya rasa tiada sesiapapun di sini yang mengenali saya. Saya tidak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali kerana pada minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lalu dan saya keseorangan." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada minggu lepas, saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali digalang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa masa untuk saya terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi dan terdengar panggilan salam merdu daripada seorang anak kecil."
"Saya tunggu sebentar, saya fikir orang yang menekan loceng itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi berserta dengan ucapan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi. Belum ada sesiapapun yang menekan locng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan ikatan tali dileher dan terus pergi ke pintu."

"Seumur hidup saya, belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat. Dia berkata :"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin meyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik." Itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar. Saya melihatnya bergerak pergi menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa, saya letakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi."
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang Muslim dan hamba kepada Tuhan yang satu, Dia adalah Allah. Di belakang risalah tertulis alamat tempat ini dan kerana itu saya sampai ke sini. Jika tidak disebabkan bintang kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya berada selama-lamanya di dalam neraka."

Imam segera turun dari mimbar lalu memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar. Dia menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar daripada apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang ini berada di pelukannya. Anak kecilnya bagaikan bintang bersinar yang menunjuki jalan buat orang lain menuju ke Syurga Allah .


oleh ; A. Ubaidillah Alias .



amacam ? ada feel kahh thumb?
semoga bermanfaat buad kita suma ~















2 Comments:

Blogger Unknown said...

membaca artikel tu smpai habis..nice :)

Sat Jun 30, 06:25:00 am  
Blogger Anna Lee said...

gudd , timekasehh . :)

Sat Jun 30, 06:40:00 am  

Post a Comment

Thanks for spending your time to give a comment (: