tips diet . :)
Posted on Saturday, 26 May 2012 | 
    
   0 comment(s).
 assalamualaikum + olla !
ary ni ana  na share tips2 diet ! ngam le ngan ana y skarang ni tgh struggle meringankan berat badan , doakan ana spy bjaye eh . aja ~ aja fightin' ! . hahaa ~ XD 
bgy sesape y ade simpan niat cam ana , meh la rajin2 kan diri bce tips ni :3
Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan,  anggaplah penimbang berat itu   sebagai kawan anda, bukannya musuh.  Cuba timbang berat badan anda sekali   di waktu pagi selepas anda mandi  dan sebelum anda mengenakan pakaian.   Dari situ anda akan dapat melihat  bagaimana graf berat badan anda   sepanjang minggu itu dan seterusnya  membandingkan dengan minggu-minggu   seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis  di atas kertas dan letakkan di   tempat-tempat yang anda sering nampak  seperti di monitor komputer, peti   sejuk, di dalam dompet, ataupun di  cermin. Target itu tidaklah   semestinya tentang berat badan, anda juga  boleh menulis target lain   seperti ‘minum air kosong secukupnya!’,  ‘makan buah-buahan!’, atau   ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu  rakan-rakan anda tentang   target anda itu supaya mereka boleh  mengingatkan anda sekiranya anda   terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang  anda ambil setiap hari, anda   dapat monitor makanan yang anda ambil  dengan lebih baik. Bukan sahaja   jenis makanan dan kuantiti, anda juga  perlulah menulis berapa kalori   makanan tersebut supaya anda tahu  jumlah kalori yang anda ambil untuk   hari tersebut mencukupi ataupun  melebihi keperluan anda. Dengan cara   ini, anda juga akan lebih  berhati-hati dalam memilih makanan setiap   hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya  akan mengambil kalori lebih   rendah berbanding mereka yang kurang minum  air. Selain air kosong, anda   juga disarankan minum air yang rendah  kalori seperti teh, air limau, dan   jus buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat membantu anda  meningkatkan metabolisme   seterusnya membantu membakar kalori pada  kadar optimum. Apa yang anda   ambil semasa sarapan juga sangat penting.  Pilihlah makanan yang   mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga  yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul menjaga  makanan yang mereka ambil semasa   makan tengahari dan makan malam dan  tidak menjaga kuantiti snek yang   mereka ambil ketika mereka lapar.  Oleh itu, anda disarankan merancang   snek yang anda ingin ambil dan  mengambil berat akan kuantiti dan kalori   snek tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat semasa anda  makan. Kajian membuktikan   mereka yang makan dengan perlahan dan  tenang, cenderung untuk berasa   kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah  makanan anda perlahan-lahan dan   nikmati makanan yang anda makan itu  dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton televisyen,  di hadapan komputer, atau   semasa membaca surat khabar. Anda akan  terdorong untuk terus menyuap   makanan tanpa anda sedar kuantiti  makanan yang anda telah ambil.   Sebaiknya anda makan di meja makan atau  alihkan komputer anda ke tepi   jika anda perlu makan di meja study  anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang  manis, eloklah anda memilih   pencuci mulut yang rendah kalori seperti  dark chocolate atau yogurt   rendah lemak. Selain itu, anda juga  dicadangkan menyimpan stok   ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh  mengunyahnya apabila anda   terasa lapar di tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat  tidaklah bermaksud anda perlu   menghabiskan masa anda di gim setiap  hari. Mulakan dengan satu push up   pada setiap hari dan jadikan ia  sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti   akan dengan rela hati menambah  bilangan push up dalam sehari seterusnya   melakukan aktiviti-aktiviti  lain setelah melihat perubahan pada badan   anda.
Selamat mencuba! ;)
 
 
  



 Pass spm
 Lappy all white !

 
Header
Other
-  Designer : 
0 Comments:
Post a Comment
Thanks for spending your time to give a comment (: