n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-3909362731410519967', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


http://nurfland.blogspot.com/ Feel free to be my chingu!
twi-ins







Nae Kkumnara.


Lipan oh lipan!
Posted on Jumaat, 13 Mac 2015 | 3 gwiyeon memo.

Image result for cat and centipede


Assalamualaikum.

Erm, first of all nak habaq yang tajuk kat atas tu bukannya bertujuan untuk menyeru lipan eh.
Nih nak cerita pasal lipan baq hangg. Haha

Well nak dijadikan cerita, actually beberapa hari yang lalu ana dok santai di 'pembaringan'. Hahaha
Malam tu ana baring atas lantai sebab panas kot atas katil, ta kena kipas langsung.
 Kipas slow sangat. Rosak.

Tengah baring tu, ana pun kalih la pi sebelah kanan. Tetiba nampak kelibat 'seorang' yang mempunyai sesungut betul betul depan mata ana. Seriously benda tu hampir nak dekat muka ana.
Ana perhatikan benda tu dalam keadaan yang gelap gelita, walaupun ta jelas tapi ana dapat agak yang dia tu lipan  sebab sesungut and kaki dia yang banyak dan panjang. Ewww! Seriously menggelikan. 
Ana pun apa lagi, kelam kabut bangun nak cari benda nak buat senjata untuk bunuh 'dia'. Tapi ana ta jumpa senjata yang 'sesuai'. 

Lepas tu ana teringat, yang ana sepatutnya hidupkan lampu sebab betul betul gelap masa tu dan kalau nak hidupkan lampu  kena melintas area lipan tu berada. Ana takutkan sangat terpijak lipan masa tu. Tapi tetap gagahkan diri jugak untuk hidupkan lampu.

Lepas ja lampu menyala, ana tengok lipan tu dah masuk bawah katil. Laju kot lipan tu. Lepas tu, terfikir nak kejutkan roommate tapi dia tengah tidur nyenyak la pulak. Masa tu ana jenguk bawah katil, lipan dah takdak TT .TT
Punya lah cuak masa tu. dah ta berani nak baring atas lantai. Ana bawak naik atas semua barang atas lantai. Then cepat cepat naik katil.
Malam tu ana tidur dalam ketakutan and berdoa supaya lipan tu tak panjat dinding dan naik atas katil.

Pastu esok pagi, pi kelas macam biasa. Ta sempat gitau roomate sebab dia awal pagi dah pi kelas. So ana bagitau dalam grup whatsapp, pastu bila dapat tau semua pakat pakat nak cari balik lipan tu, sebab bahaya punya pasal. Tapi ta jumpa pun.

Dipendekkan cerita, hari ni ana nak pi mandi so bawak la semua peralatan mandi and baldi semua sekali. Sampai kat bilik mandi, ana pun bukak la dua baldi yang bertindih tu. Dan dan nampak pulak lipan tu dok 'bertapa' dalam baldi tu. Really?

Ya Allah, Tuhan ja tau betapa gelinya ana tengok lipan tu. Then ana beranikan diri angkat baldi tu bawak keluar dari bilik mandi, pastu ana punya la nak cari orang buat nak tolong bunuh lipan tu. Haha, seriously ana dah la geli dekat kaki panjang lipan yang banyak tu, pastu takut bisa dia pulak, then kalau bunuh dia lagi la tak berani sebab menggelikan.
So, ana pun keluar kot kot jumpa orang yang berani. Pastu ana teringat yang roommate dok buat kerja art design berhampiran kat luar tu. Ana pun panggil la dia,
"Sue, lipan.."
dengan muka cuak ana bagitau. Hahaha
Pastu tanpa berlengah lagi, dia pun bawak la geng dia semua buat nak tolong bunuh lipan tuh. Masing masing amik senjata, penyapu la, batang kayu laa hahahaa. Pastu slow slow bagi keluar lipan tu, lipan tu nampak macam dah ta larat ja masa tu. Sebab dia dah ta laju macam malam tu.
Dah bagi keluar lipan tu, geng roommate pun bunuh la lipan pakai senjata masing masing. Ada sorang roommate ana punya classmate, lucu tau cara dia bunuh lipan tuh. Siap ada pose lagi, macam nak bertarung di medan pertarungan. Sakit perut nak gelak haha, apa apa pun terima kasih la kat dia dah susah payah tolong bunuh lipan tu.

And thats it! lipan itu telah menjadi 'arwah', and obviously i am not the murderer haha.

Entah apa lah salah ana, kenapa asyik asyik ana yang terserempak dulu dengan lipan. Mungkin Allah nak bagi ingat yang hidup ni tak lama, bila bila ja nyawa boleh hilang. So itu adalah sebuah peringatan untuk ana supaya sentiasa taubat and ingat kat Allah.

Mungkin sebab ana ni 'nakal' sangat kot. Nakal tang mana pun taktau lahh.
Apa pun, syukur Alhamdulillah Allah masih bagi peluang dekat ana untuk terus hidup dan bertaubat. Hmm.. dah la jodoh pun belum bertemu. Kekeke.. walaupun takdak keinginan sangat tapi tak bole nafikan sunnah. Nanti Nabi tak mengaku ummat TT .TT

Apa ni merapu sampai bab kawin. Diploma pun tak past lagi.
Anyway, plishhh doakan ana dan kawan kawan supaya dapat FOUR FLAT sem pertama nihh. Aamiin.
Semoga urusan kita dipermudahkan di dunia dan akhirat.
Aamiin.