n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Kucing itu Comel!
Posted on Friday 6 June 2014 | 7 comment(s).



 Assalamualaikum.

Nomnomnom~ eh eh, maaf maaf. Syok sangat makan ni. Tapi jangan risau, bismillah ana ta lupa punya. Hmm, tengok ana dah semakin bam bam. Suda la duduk kat rumah ja. atoyai~
Aduh! sakit pula gigi ni. Dah la gigi dah kurang satu, nanti kalau gigi kat depan ni patah. Hah! Jangan jeloshh ana pakai gigi emas. hik hik hik.

Erm, lepas ni.. ta pasti lagi bila ana dapat update entry baru untuk blog ni. So so, malam ni ana mau tulis pasal kucing! My favourite one. Dalam english kita panggil cat, jepun lak 'neko' dan korea; koyangi. Wuu~ kucing comel kot. Siapa tak setuju kena tembak pakai M16! Ada berani? Haha.

Ana pun tak tau la kenapa ana sangat sayang kat makhluk Allah yang satu ni berbanding binatang lain. Tapi pada pendapat ana, kalau kucing ni kan; dia macam paham perasaan kita. Kadang kita cakap dorang menyahut. Bukan la ana na kata bila kita panggil, contoh; "Gemul~" takda lah pula kucing ana sahut "apa?" Mesti la dia jawab pakai bahasa turun temurun dia tu. "Miau~" katanya. Kekeke.

Ana suka tenung mata dorang lama lama. Kesian pulak kadang tu ana rasa.
Dulu kan, dulu la dulu~ waktu zaman bebudak, ana selalu nangis bila kucing ana mati. TT .TT Sedih sangat. Macam ditinggalkan sang kekasih gitu.-eceh. boifie pun ta penah ada- Tapi ana takda la sampai meraung semua tu. Just.. air mata  ni keluar jaa. Memang ta bole tahan la. Dah mau keluar, takkan ana na letak papan tanda 'BERHENTI' pulak.

But now dah tak 'cengeng' dah. But still, i felt sad whenever my cats gone.
Apa apa pun, sayang kucing semua walaupun cuma kucing terbiar kat siring jalan tu. Selalu, ana teringin sangat mau kutip semua kucing tu then pelihara kat rumah. Tapi ana mana lah mampu kan. So sad bila mengenangkan nasib ini. -drama jap- Sabar korang sabar! Tunggu ana jadi JUTAWAN. Hahaha. Ok itu angan angan. But nothing impossible when He said, 'Kun fayakun'.
Right right right?

Back to the point, apa pointnya? Entahh~

Hihi. Kan ana tengah cerita  pasal kucing ni, dan baru ja tadi ana dapat tau yang Rasulullah pun ada bela kucing gak dan baginda sayang sangat kat kucing yang bernama Mueeza tu. Ana ingatkan, Abu Hurairah ja yang minat ngan kucing ni. Apa apa pun terima kasih sangat ngan Hafiz; kawan blogger baru, sebab share ilmu dengan ana. Tahniah! Hahaha.
Jadi lepas tau tu, ana cuba la minta tolong ngan pakcik google dan alhamdulillah dia sudi tolong ana. Kredit kepada Mr. Google, ana jumpa blog yang menceritakan tentang sedikit sebanyak kisah Mueeza kesayangan Rasulullah ni. Antara kisahnya,

Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.


Itulah ceritanya. Ada satu hal lagi. Sebagai penggemar kucing ni, mesti la ana akan selalu main dengan kucing kan, peluk peluk kucing dan kadang tu tidur ngan kucing. Dulu bila nampak ana main kucing parents ok ja. Tapi sekarang lain pula katanya. 

"Kucing tu kotor! Kita mana tau apa dia buat dekat luar."

Yaa.. itu antara dialognya ya. Takyah banyak banyak. Satu cukup. Ok? 
Sebenarnya ana tau kucing ni tak najis. Lain la, kalau dah terang terangan ada lumpur kat badan dia. Kalau gitu, rajin rajin kan la diri mandi kan kucing tu. Bagi dia pakai sabun carrie junior, gerenti dia suka mandi. Hahaha~
Tapi agak susa jugak mau jelas kat parents. Entah terima entah tidak penjelasan ana tu. Meh ana share yang lebih mendalam sebab dulu kat asrama tak detail sangat.



Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.


Mesti korang ada dengar cerita pasal Si Hero. Alaa.. kucing yang kena potong kaki depan tu, sebab mencuri kat satu restoran ni. Kisah dia baru baru ni ada masuk tv. Hebat jugak si Hero ni, sebab umur dia masih panjang. Kalau na tau lagi lanjut kisah dia, korang try la google. Hihi. Apa apa pun, Hero comel!
-ok takda kaitan-

Apa yang penting, kita tak bole aniaya binatang.


Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

 والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Credit to; Syafiqolbu

Jadi, INGAT!

http://media.tumblr.com/65eada011c2c29ddc20f3c26f1bab571/tumblr_inline_mq6dpkq51N1qz4rgp.gif






7 Comments:

Blogger Al-hafiez Abdul Masid said...

Wah. Ada nama kita dekat situ laa.hahah. Kucing hafiz pun suka mandi jugak. Adik hafiz yang rajin mandikan kucing ni.hehe.Apapun, kucing sememangnya makhluk yang comel dan manja. My favourite pet ever!:DD

Fri Jun 06, 08:11:00 am  
Blogger MisakiPureBlood said...

uwaaaaaa... sis pun dah hilang gigi taw dak :D gigi garham satu hukhukhuk sedih nih.. TT^TT

owh.. nice info.. baru taw yg nama kucing tu Muezza, I've never know the name before maa :) beautifu name :3

suka kucin tapi tak minat sgt dia mereseh sbb takut dia nak cakar pastu tadak benda nak bagi kat dia tambah gi tuan punya badan ni tak pnah bela binatang and tatau nak manjakan manusia or binatang TT^TT

a'ah pernah dgar kisah si Hero.. kesian dekat dia.. huhu TT^TT kejam gila org yg buat camtu.. hilang sifat kemanusiaan.. dgn haiwan pun sanggup nak buat cemtu...

nice sharing :)


Fri Jun 06, 03:49:00 pm  
Blogger Mie said...

uyyo..hahha wiwit..haha

Fri Jun 06, 05:20:00 pm  
Blogger Iola said...

hee suka kucing..teringin nak bila..tapi belum sedia lagi dengan komitmen..cewah..huu..tahu nak main je..tapi tak tahu urus yang lain lain tu

Fri Jun 06, 06:12:00 pm  
Blogger Aika Ishak said...

Kucing paling comel and manje dlm dunia nih hehehe

Fri Jun 06, 09:30:00 pm  
Anonymous Anonymous said...

kucing salah satu haiwan yg sgt comel, tp sy takut kucing..huhuhu

Fri Jun 06, 10:21:00 pm  
Blogger Unknown said...

comel kn??? kat rumah sy pernah ada 20 ekor kucing...sekarang dah tinggal 5 ekor je... ada yang hilang.. ada y mati... ada jgak yang membawa diri ke rumah org lain.. (sebab kat rumah jrg ada org... hehe)
kami dah tak da adk kecik... kucing2 y ada ne je jd penghibur.... siap bwk tidu lagii,,, ***saja nak crita panjang2... hehe***

Sat Jun 07, 02:27:00 am  

Post a Comment

Thanks for spending your time to give a comment (: