n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Hantu atau Jin?
Posted on Wednesday 4 June 2014 | 11 comment(s).

                  
Assalamualaikum.

Krik krik krik.
 Ok korang takyah tanya kenapa ana mulakan entry ni dengan 'sound effect' macam tu -korang bayangkan ja la bunyi dia macam mana- sebab sekarang ni  memang dah lewat dan malam pun telah larut selarut-larutnya. Ana tengok jam kat lappy ni 'baru' 12.15 am. Jangan tanya kenapa ana tak tidur lagi sebab kalau ana dah tidur mesti la ana tak update entry ni sekarang ni kan atau .. jeng jeng~ ok gurau. Malam ni ana mau jadi 'batgirl' alias 'badgirl' -macam sama ja kan- sebab baru dapat idea untuk buat entry semasa dalam perjalanan ke tandas tadi. Hohoho~ pun bole. Hebat tak cara dapat inspirasi idea tu?
Sebenarnya tadi pergi tandas seorang diri dekat dapur, dan dalam  perjalanan tu, jalan lagi, jalan lagi... ana pun ternampak .. jeng jeng jeng!

Ana ternampak la pintu dapur. Kekeke~ Hmm.. tau, tak saspen pun. Tapi ana tengok kucing tu macam dah takut ja tengok tajuk entry ni.

Ana ni, bila masuk topik hantu iblis ni semua, ana tak la takut sangat sebab takda label PENAKUT pun pada muka ana nihh. Lagipun ana tak pernah nampak 'benda' tu semua. Bila korang bagi pilihan untuk tengok wayang antara tiga; seram, lawak, romantik. Of course ana akan pilih seram dulu. Tapi kalau tengok malam malam seorang diri memang tak berani, lain la kalau ada yang teman. Pastu kalau ada babak kejut mengejut lagi terkejut, biasanya orang pompuan akan teriak sekuat hati tapi ana lain. Ana cuma akan terkejut dalam hati. Tak tipu, jangan kan teriak, suara sepatah pun tak kuar dari mulut.
Pastu, kalau orang ajak bercerita tentang hantu, ana antara orang pertama yang akan terasa sangat excited. Syok tuu! Hehehe.
Dulu kat hostel, selalu pergi tandas sorang sorang tapi kadang memang ada kawan yang akan minta ana temankan dia. Biasalah lumrah manusia, even lelaki pun ada yang penakut tahap 'dewa' perlu berteman bila pergi ke tempat yang sunyi, gelap macam contoh terdekat iaitu 'tandas' le.
Bila seorang diri, selalu jugak terfikir tentang 'benda' tu. Tapi ana tak takut sangat sebab ana percaya Allah selalu ada dekat dengan ana. Lagipun alQuran kan ada, ayat ayat yang selalu kita baca setiap hari boleh menjadi benteng untuk kita selamat dari gangguan makhluk halus. In sya Allah. wallahualam.
 Orang selalu cakap jangan percaya dengan hantu sebab tu semua perkara tahyul. Kalau ana, -clueless- memang la ana percaya dekat jin, sebab Allah yang cipta, kan? Tapi bila jin tu ganggu manusia, itu bole di labelkan 'hantu'. Hahaha, sebab 'perangai macam hantu' kan. Tak faham ka? Erm, camna na cakap eh? Hmm, takpa la. Kalau tak paham tanya ja kat 'chat box' atau pun komen ja la.

Yeahh! Jumpa tadi.


Mana ada hantu di zaman moden ini ! Hantu tak wujud ! Itu semua tahyul ! Khurafat !! Syirik !!! Ini antara ungkapan daripada mereka yang belum pernah mengalami sesuatu yang luar biasa dalam hidupnya. Memang benar, dalam Al Quran dan Hadis, tidak disebut tentang 'hantu'. Tetapi jangan kita nafikan kewujudan Jin dan Syaitan. Perkataan 'hantu' adalah panggilan bagi jelmaan Jin dan Syaitan. Malah, jika Allah membuka 'hijab' yang melindungi pandangan kita, kita akan dapat melihat 'apa' yang selama ini wujud di sekeliling kita, tapi tidak kelihatan pada mata kasar. Sebenarnya, terlalu banyak ilmu Allah yang belum 'tersentuh' oleh manusia biasa. Jika para cerdik pandai dengan angkuh dan sewenangnya mengeluarkan pelbagai hujah, ternyata mereka perlu 'mengalaminya' sendiri - Muhammad Kedah2U
Sumber; http://www.kedah2u.us/



Bila berdepan dengan situasi yang agak 'berbahaya', paling ringkas ana akan baca;

" a'uzu bikalimatil lahittammati min syarri ma kholaq "

Itu adalah antara doa untuk perlindungan diri dan tu jugak la bacaan yang ana selalu amalkan kalau tak ingin diganggu. -tak hingin kot- Kalau mau doa lebih lanjut, korang bole carik buku ni kat pasaran, tajuk dia 'Senjata Penuntut Ilmu' -wah! sempat lagi nak promote- buku tu ustaz sekolah ana yang tulis. Ustaz comel~
Tapi ana tau zaman dah canggih kan. Mesti semua benda korang nak en.Google ja yang buat. Eleh, nanti mana tau takda line? Jadi beli la buku tu~
-angkat dua dua kening berkali kali-

Actually, ana mau jugak tengok 'makhluk halus' ni, sebab tak pernah lagi ada pengalaman. Hihii. Kalau dalam mimpi tu ada la juga. Biasa la kan, mimpi mainan syaitan. 
 Macam jealous jugak dengan orang yang 'sixth sense' ni. Tapi ustaz ana yang lain pula kata, dia kata kat kawan ana la sebab ana takda masa tu. Ustaz kata sebenarnya orang yang ada sixth sense tu tak wujud sebenarnya. Perkara tu boleh terjadi cuma disebabkan dua perkara; 

Pertama, sebab jin tu yang benarkan individu tu untuk tengok. 
Kedua, sebab ada jin dalam badan individu tu. Maksudnya jin tu tumpang badan dia la.

Itu bukan ana yang kata tau, ustaz ya, ustaz yang kata. Wallahualam.

Pengalaman diganggu pun tak pernah ada. Selama tinggal di asrama, banyak jugak dengar cerita. Bermacam-macam jenis. Kalah kuih-muih yang banyak jenis tu. Itu la, ini la, tapi dorang ja yang nampak dan kena kacau. Ana tak pun? -cehh macam nak nak ja kan-
Orang kata juga, kalau mau tengok jin, silakan la baca surah al-Jin tu tujuh kali. Tak pasti kesahihannya. Semuanya ana tau masa duduk dekat asrama. Ana pernah juga cuba baca tujuh kali sebab nak 'try' kan. Dan korang tau apa yang terjadi? ... takda apa pun. Mungkin  perlu jalani banyak kaedah kot. Mesti korang cakap ana ni dah tak betul atau .. aneh binti pelik.
Ana tau ana tau, takyah mau tipu~

'tipu dosa, mati seksa, masuk neraka'

Haha. Teringat pula cikgu Sahar yang comel, guru bahasa Melayu ana dulu. Cikgu akan cakap ayat tu bila dia tanya something kat kitorang. Memang kuat bergurau walaupun dah berusia. Apa apa pun, sayang cikgu!
-Alaa~ touching pulak-

Berkenaan tajuk yang ana bincangkan kali ni. Ni semua bukan apa, malam tadi .. pukul sepuluh lebih gitu,-sekarang dah 1.04 am- ana bersiar siar kat blog orang  then jumpa blog yang entry nya cerita pasal 'benda'. Seram jugak la baca cerita dia. Mau baca jugak kaa? Klik sini le.

Malam ni ana mau throwback something gak. Ana pernah share kat entry ana dulu dulu masa zaman penjajahan 'sekolah'. -gurau- Tapi beshh tau komik online ni, rugi korang tak baca. So, jangan malu malu geng! Sila, sila la tekan tajuk komik ni. Ana dah letak link dia. Tunggu sampai betul betul habis loading tau. Wuuu~ enjoy!


Satu lagi, yang ini ana baca kat majalah waktu tingkatan satu. Tak sangka pula bole jumpa kat internet -memang tak mustahil la kan- Ana dah try buat seperti yang disuruh oleh artikel ni, but as usual there is nothing happen. Klik sini kalau korang mau cuba.

Ana pernah jugak takut takut kan orang especially my siblings and friends.  Memang menjadi la.-oke korang dah bole label ana sebagai budak nakal- Tapi ana bukannya buat lebih lebih, cuma pergi sembunyi then bagi terkejut kat dorang.  Memang lucu bila tengok muka terkejut mereka. Kekeke~ Tapi hati hati, karang ada yang membalas dendam 'kesumat'. Wuu~
Sekarang dah 2.05 am. Ana pun tak berniat untuk menjadi 'burung hantu', nanti semakin banyak pulak spesis dia kan. Dah banyak da kat 'mukabuku' tu. Kekeke~
Dekat sekeliling ni pun memang ada yang tengah memerhati, i know. Nak suruh ana tidur la tu. Hola hola.

Sempat jugak melawat gambar gambar hantu tadi. Banyak juga ana jumpa, tapi ini ja yang berkenan untuk dijadikan tontonan umum. Pinjam gambar ya miss, dah minta izin dah. Kalau nak kacau, jangan kacau ana, kacau la yang sedang membaca ni. Hihihi.

Gurau. Jangan marah.


Nitenite! Have a nightmare~






11 Comments:

Blogger Unknown said...

takut ye gambar yg last tu..meremang bulu roma...dhlah tinggal sorang2 dlm blik...:'(

Wed Jun 04, 09:10:00 pm  
Blogger Aika Ishak said...

Pernah terjadi dekat kita Ana :) Tapi Alhamdulillah Ika selamat. :)

Wed Jun 04, 09:55:00 pm  
Blogger Mie said...

wuwuwu!! haha..teringat sekolah..huhu :')...nice sharing dear..haha :D... aku pernah tu minta kau teman aku pegi tandas..so artikel ni aku agak terasa..wahahha XD...

Wed Jun 04, 10:11:00 pm  
Blogger Anna Lee said...

@Ayqa Evans ; alhamdulillah c:

@syafika ghazali ; hati hati~ hihii.

@zahrenn na ; hahaha :D

Thu Jun 05, 12:00:00 am  
Blogger Al-hafiez Abdul Masid said...

Wah excited cite hantu? Awesome ANa.hahah

Thu Jun 05, 08:32:00 am  
Blogger caylencaster ☁ said...

waaaah yang ni lagi seram nih, kalah i punya pengalaman haha

Thu Jun 05, 10:41:00 am  
Blogger athiqi ariff said...

sy pon pernah nampak hantu...huhu..byk kali jgk..

Thu Jun 05, 05:07:00 pm  
Blogger Ain Nafisha said...

Terkejut tengok gambar last tu ._. haha. Tak pernah lagi nampak hantu, seram pulak mendengarnya huhu.

Fri Jun 06, 04:48:00 am  
Blogger Ain Nafisha said...

Terkejut tengok gambar last tu ._. haha. Tak pernah lagi nampak hantu, seram pulak mendengarnya huhu.

Fri Jun 06, 04:49:00 am  
Blogger Anis Amir said...

Haritu dah baca entry ni tapi waktu tu tengah malam so tak jadi baca sampai habis. Hari ni sambung baca sampai habis ^^ Seram lah gambar last tuh :S huhu

Mon Jun 09, 04:24:00 am  
Blogger firohar said...

thanks...done follow u.. #411..
btw, best citer seram ni..hihi :)

Tue Jun 10, 05:43:00 am  

Post a Comment

Thanks for spending your time to give a comment (: