n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-3909362731410519967', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


http://nurfland.blogspot.com/ Feel free to be my chingu!
twi-ins







Nae Kkumnara.


Iman Fitrah Manusia
Posted on Sabtu, 4 Ogos 2012 | 0 gwiyeon memo.



Assalamualaikum,






Iman : Pengakuan atau ikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati dan dibuktika dengan amalan
zahir.
Fitrah : Sesuatu yang semula jadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk
kepentingan manusia itu sendiri.


Beriman Kepada Allah

Beriman : Mengaku dan berikrar dengan lisan, membenarkan dalam hatiakan kewujudan dan keesaan Allah, dan dibuktikan dengan amalan yang zahir.

Ciri orang yang sempurna Iman ;
  • hati sentiasa tenang dan tenteram
  • sentiasa berusaha melakukan perbuatanyang baik
  • sentiasa membenci untuyk melakukan kemungkaran
  • bersyukur menerima nikmat Allah
  • sabar menerima dugaan Allah
  • iltizam dengan ibadah-ibadah sunnat

Ciri orang yang lemah Iman ;

  • hati sentiasa gelisah
  • tidak merasa perlu untuk membuat kebaikan
  • tidak takut untuk melakukan kejahatan
  • pecah amanah
  • berakhlak buruk
  • khianat

Kepentingan Iman Kepada Manusia

Manusia dijadikan Allah terdiri daripada dua komponen iaitu jasmani dan rohani. Manusia juga dibekalkan dengan akal sebagai alat untuk memenuhi keperluan kedua-duanya. Akal boleh memikirkan cara2 manusia menjalani kehidupan, mencari makanan dan minuman dan membuat alat2 bagi melindungkan diri dari hujan, panas dan cuaca buruk. Akal juga boleh digunakan untuk membuat peraturan2 dalam kehidupan bermasyarakat. Peraturan2 ini bertujuan untuk mencapai hidup yang lebih baik.


Di samping itu manusia juga dibekalkan dengan nafsu. Dorongan nafsu boleh menyebabkan manusia membuat perkara mungkar seperti menipu, bersifat tamak, sanggup bertindak zalim terhadap orang lain dan juga melakukan perkara2 keji yang lain.

Akal boleh mengawal sebahagian sifat2 buruk itu, tetapi ia tidak berupaya untuk menghindarkannya dari terus berlaku. Akal hanya boleh melihat akibat2 yang terbatas. Beriman kepada Allah boleh menjadi bentengdari sifat2 keji dan hina. Ini kerana beriman kepada Allah bermakna percaya kepada kekuasaan Allah untuk memberi pembalasan ke atas perbuatan2 jahat dan memberi ganjaran terhadap perbuatan yang baik.

Oleh itu orang2 yang beriman akan melakukan segala perintah Allah dan akan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Ini termasuklah segala perbuatan yang berkaitan dengan ibadah kepada Allah mahupun perbuatan2 yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia dan makhluk2 yang lain.

Sebab perlu beriman kepada Allah ;

  • fitrah manusia sendiri mahu beriman kepada Allah
  • Allah pencipta alam dan manusia
  • Allah menjanjikan balasan baik
  • agar mendapat keredhaan Allah
  • agar sejahtera hidup di dunia dan di akhirat