Cerpen  Oh , Just Married ! . :)
Posted on Monday, 4 June 2012 | 
    
   0 comment(s).
assalamuaalaikum + annyeong chingu ~

tunite , ana want tu share a cerpen for u guys tu read
 . since ana rase mnde sngat berguna untuk kita  suma , apa slahnya ana kongsi2 kan3 ~
okie , silakan baca~

Fifi  tersenyum bangga. Dia suka membaca komen-komen dari kawan-kawannya  tentang gambar-gambar kahwinnya yang baru diupload tiga hari yang lepas.  Fifi baru sahaja berkahwin dan kini mereka berdua merancang untuk  honeymoon selama seminggu. Tak jauh pun, sekadar ke Cameron Highlands  sahaja, ala-ala Nora Elena gitu. Itu pun tiga hari aje kat sana, the  baki cuti tu spend time kat rumah baru mereka.
Album  kahwinnya di Facebook memuatkan 128 gambar perkahwinannya. Sememangnya  semua gambarnya sangat cantik. Dia mengupah salah seorang kawan  lelakinya yang bekerja sebagai part time photographer. Semuanya lawa!  Fifi juga suka untuk browse gambar-gambarnya berkali-kali. Memang trend  zaman sekarang, majlis bertunang dan perkahwinan sudah menjadi satu  kemestian untuk mengambil seorang dua photographer profesional,  merakamkan detik-detik manis dan bersejarah itu untuk kenangan.
"Dear,  amboi kusyuknya ngadap laptop. Dah packing semua barang? Nanti ada aje  yang tertinggal. Nak gi Cameron aje pun, bukan dekat kalau tertinggal  barang," tegur suaminya, Fazrael.
"Eh, ada sikit lagi Fifi nak kemas. My toiletries belum organize lagi."
"Dear, upload gambar apa?" 
"Just  our pictures. Semalam kita dinner kat luar kan." Excited aje muka Fifi  ni. Maklumlah, newly weds yang tengah bahagia dan penuh dengan bola-bola  cinta.
Fazrael  tidak begitu berminat dengan Facebook. Dia maintain Facebook pun sebab  nak keep in touch dengan kawan-kawan lama aje. Nak duduk mengadap macam  ni, upload gambar, surf sana, komen sana sini tu dia tiada masa. Dia  merasakan sangat membuang masa. Lain pula dengan isteri kesayangannya  yang sangat addicted dengan Facebook. 
"I  hope you'll be selective, Dear. Don't simply upload any picture okay?  Dah, please hurry and get your things done," ujar Fazrael sambil  mengusap kepala Fifi. "Jangan buat I jealous dengan lappie you tu  pulak."
"Okay,  okay! Fifi shut down sekarang. Hehe. Sorry Sayang! Jom kita kemas. Ala,  kita ada seminggu nak spend time together kan? 24/7!" Whopss, warning  ke tu? Hehe. Tersengih Fifi dan segera mengklik button shut down. Segera  dia berkemas selepas menerima 'amaran kecil' dari CEO.
Cameron Highlands....
"Wah,  cantiknya. Fifi suka sangat resort ni, Sayang!" Senyuman lebar terukir  di wajah mulus Fifi tatkala dia melangkah masuk ke Studio Suite di  Strawberry Park Resort itu. Cantik dan selesa! 
Sure  mahal ni, getus hati kecil Fifi. Di apartment tu, terdapat satu bilik  tidur with queen bed, ruang makan, sofa, meja tulis, dressing table,  televisyen dan bar mini beserta peti sejuk untuk mereka menyediakan  minuman. Tingkap bilik tidur mereka pula mengadap landskap resort yang  cantik dengan pelbagai tumbuhan dan bunga berwarna-warni. 
"Sayang, best sangat! Lepak bilik aje pun Fifi okay je. Thanks Sayang." 
Fazrael ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Ai, lepak bilik aje?
"Dear,  if nak lepak bilik kat rumah baru kita tu pun boleh. Datang sini kita  kenalah spend time kat luar sama-sama. Kata nak create beautiful  memories." Fazrael tersenyum. Sengaja dia menempah resort yang agak  terpencil tetapi ekslusif yang dikelilingi alam semula jadi gitu.  Special untuk honeymoon dorang berdua. Tak mainlah budget hotel or cheap  inn. Zaman bujang tu dah berlalu. Sekali sekala dia berbelanja lebih,  apa salahnya.  
"On  the way nak datang ke resort ni tadi ada strawberry farm. Kasimanis kot  namanya? Jom kita ke situ dulu petang ni nak?" Bersinar-sinar mata  Fifi, sudah terbayang buah-buah strawberry yang merah dan sedap. Err,  sebenarnya strawberry Malaysia ni banyak yang masam kalau nak diikutkan.  Ehek.
"Sure. Oh yes, now dah pukul 3.30 petang. Jom kita solat berjemaah dulu." 
"Oh  kejap kejap. Fifi nak ambik gambar kita berdua." Dia menarik tangan  Fazrael mendekati tingkap yang terbuka luas. Dengan manja dia bersandar  pada Fazrael dan Fazrael spontan memeluk pinggangnya. 
"Sangatlah  gaya Korea Fifi ni kan." Fazrael tersengih lucu apabila melihat  isterinya menangkap gambar mereka berdua dari pandangan atas. 
"Barulah  nampak ilusi kurus tau!" balas Fifi sambil jari jemarinya laju menekan  keypad handphonenya. Apa lagi, upload Facebook la dengan caption,  "Honeymoon di Cameron Highlands".
Sepanjang  mereka berdua di Cameron Highlands, banyaklah gambar kenangan yang  diambil di mana-mana saja. Kadang-kadang, Fifi akan meminta bantuan dari  orang lain untuk mengambil gambar mereka berdua. Tak pun self capture  pun boleh. Expert sudah. Gembira sungguh Fifi di samping suami  kesayangan. Macam ni rupanya kehidupan selepas berkahwin, happy sangat!  Tambahan pula Fazrael memang jenis caring dan sweet, memandangkan  suaminya lebih tua lima tahun daripadanya. Jadi, Fazrael lebih matang  dan cool dalam mengendalikan situasi berbanding Fifi yang kekadang  excited over dose, atau lebih tepat banyak emosional dari rasional. 
"Aiseh,  nak kena balik dah ke? Cepat betul tiga hari ni kan? Fifi rasa nak  duduk seminggu kat sini. Dah la resort ni sangat best! Paling penting  cantik dan selesa." 
"Lain  kali kita datang sini lagi. Tapi, cuba resort lain pula la. Camne  dengan strawberry semua Fifi dah habis makan? Nak bawa turun karang tak  sedap pula." Lelaki itu pantas mengemas baju-baju dan barang-barang ke  dalam beg sandangnya. Pukul 12 dah kena check out. Orang kaunter siap  call untuk remind check out time. Boleh pulak camtu? Katanya, resort  heavy load minggu ni kerana ada program dari Kementerian Pelajaran  Tinggi.
"Emm,  dah makan tadi...." Fokus Fifi kembali kepada handphone HTC  kesayangannya. Slides gambar-gambar kenangannya bersama Fazrael yang  dirakamnya di Cameron Highlands ditekannya. Suka dia melihat gambar  Fazrael tersenyum tu. 
"Dear, I ada depan mata pun you tetap belek handphone you tu kan." Perli Fazrael sambil menarik muka empat belas.
"Fifi  tengok gambar Sayang la ni. Bukan buat apa pun. Ala Sayanggg...!"  Segera Fifi melompat ke sebelah Fazrael yang masih berkemas.  Barang-barang Fifi masih ada separuh belum bersiap. Lengan Fazrael  dipeluk erat. 
"Ish  Fifi ni, apa yang bestnya tengok gambar I tu. Bukan boleh buat apa pun.  Eh, cepat sikit kemas tu. Kang ada pak guard datang halau. I tak tahu.  Tinggal Fifi aje kat sini." Pipi Fifi yang gebu itu dicubitnya manja.  Gadis itu tersengih manja. Banyak betul arahan yang kena dikeluarkan  baru si Fifi ni nak bergerak. Dah macam mandur aku ni, bisik hati kecil  Fazrael. Tapi Fifi ni lucu kot! 
Ends of Honeymoon....
"Sweet gila aku tengok gambar ko dan hubby ko tu!" ujar Hartina, kawan sepejabat Fifi. 
"Kau  pun kahwinlah cepat. Best tau ada orang ambik berat," balas Fifi sambil  tersenyum bahagia. Putaran imej mereka di Cameron Highlands  bermain-main di kepalanya. 
"Ko  ingat senang nak kahwin? Kalau sesenang cari lelaki macam pilih ikan  kat pasar tu no hal. Ini macam-macam karenah tau. Ish, tapi memang suka  aku tengok korang dua ni. Comel betul." tambah Hartina lagi.
Tiba-tiba,  handphone Fifi berbunyi menandakan SMS diterima. Dia segera melihat  nama si penghantar. Salah seorang dari kawan-kawannya juga tapi tidak  begitu rapatlah.
-Salam  Fifi. Apa khabar? Minta maaf menganggu. Sebenarnya dah lama aku nak  gitau ko, memandangkan ko kawan aku. Kalau boleh, gambar-gambar ko dan  suami yang macam peluk dan kiss tu, tak sesuai upload di Facebook.  Sepatutnya benda-benda ni jadi private antara korang berdua aje.  Walaupun ko dah berkahwin, tak berapa eloklah orang tengok gambar camni,  nanti apa pula dorang fikir. Aku harap ko faham apa yang aku gitau ni  ya. =) - 
Tersentak  Fifi seketika. Entah kenapa dia tidak dapat menerima teguran dari  kawannya yang sorang itu. SMS itu dibiarkan tanpa berbalas. Hatinya  sebal tak pasal. Ala dia ni! Aku dah kahwin, so green light la kalau nak  buat apa pun. Dia tak kahwin lagi apa dia tahu, getus hati kecil Fifi.  Marah. 
"Eh ko kenapa tiba-tiba nampak tensen aje ni?" tegur Hartina.
"Hmm, ada kawan aku sound aku upload gambar-gambar aku dengan Fazrael." jawab Fifi, bengang.
"Apehal pulak dia nak sound ko? Korangkan dah kahwin?" Suara Hartina beremosi tiba-tiba. 
"Jealous  kot. Dia tak kahwin lagi. Dah la malas nak panjangkan. Aku tak reply  pun." Fifi mengetap bibir. Dia tidak menerangkan kandungan sebenar SMS  tu kepada Hartina. Eh, apsal aku geram ni. Lantaklah dia. 
Petang  tu, Fazrael sudah menunggu Fifi di depan entrace bangunan tempat  kerjanya. Kebetulan keretanya tak dapat start pagi tadi, jadi dia  meminta Fazrael untuk menghantar dan mengambilnya pada hari ini.  Perasaan sebalnya masih bersisa dek SMS kawannya yang sorang tu. 
"Dear, camne kerja hari ni? Okay?" tanya Fazrael selepas Fifi bersalaman dan mencium tangannya.
"Okay je." Mendatar suara Fifi. 
"But  why I don't see my sunshine here?" Fazrael tersenyum sambil memandang  isterinya sekilas. Hyundai Sonata hitamnya meluncur perlahan keluar dari  perkarangan pintu masuk utama.
"Tak tahu whether I should tell you this or not." 
"Spill."  Tangan Fifi dicapainya lembut. Dia tahu ada sesuatu yang dipendam oleh  Fifi. Dia sabar menanti luahan rasa daripada isterinya.
Akhirnya,  Fifi menceritakan segala-galanya tentang SMS yang diterima pada  tengahari tadi. Memang makan dalam betul. Dia rasa tidak patut kawannya  cakap dia macam tu sebab dia dah berkahwin. Panjang jugalah bebelan Fifi  tadi. Fazrael sekadar mendengar sambil mengangguk dan sesekali dia  menggenggam jari jemari isterinya. 
"Okay  Dear, you know how much I love you right. Sampai rumah, you wash up  everything. We'll have our dinner first then we'll talk about it. Ni  Fifi tengah hot ni, hopefully the cold shower helps you to cool off a  bit." Pujuk Fazrael. Fifi mencebik sedikit. "Nak masak apa for our  dinner?" 
"I think tenggiri asam pedas and kangkung goreng will do. Cepat aje nak buat." 
After dinner....
"Dear,  feels better now?" Fazrael melabuhkan punggungnya di sebelah Fifi. Dia  meletakkan Samsung Tablet di atas ribanya. Tangannya laju menekan-nekan  touch screen. 
"Okay  dah. Lagi pun benda tu tak penting pun. Malaslah Fifi nak ambik port."  Kepalanya disandarkan pada bahu Fazrael, manja. Buletin Utama di TV 3  dipandang kosong. Tak de input yang masuk pun. Hari ni dia terasa  sedikit penat. Penat beremosi kut. 
"Sayang  nak tunjuk something pada my Dearest." Skrin tablet dihalakan kepada  Fifi. Fifi memegang hujung tablet dengan tangan kanannya. Dia terkejut  apabila melihat gambarnya bersama Fazrael.....dalam blog orang lain! 
"Eh,  apsal gambar kita ada kat sini?" Tablet tadi diambil dari Fazrael.  Setiap perkataan yang tertera dalam blog post itu dibacanya. Ringkas dan  padat, tapi panas dan tajam. "Apa orang ni tulis?? Mana boleh! Jahat  gile guna gambar kita camni!"
Fifi  memandang muka Fazrael. Lelaki itu tidak beriak. Dia sekadar  menguntumkan senyuman biasa, tiada kemesraan di situ. Oppss, adakah aku  bakal kena tembak?! Tapi...tapi kenapa? 
"I  guess this is my fault too for not taking note of what you're doing."  Fazrael mengeluh. "Fifi, listen here. Biar I habiskan dulu apa yang I  nak sampaikan ya. Please." 
"Uh...Fifi  dengar." Dadanya berdebar kencang. Serious cuak gile! Tak pernah dia  tengok Fazrael muka serius camni. Itu pun dia control lagi tu. 
"I  setuju dengan SMS from your friend this evening. 120% betul apa yang  dia cakap. This is what I meant when I told you to be selective in what  you're uploading. Not all pictures can be show off. Betul. These  pictures sepatutnya something yang very private. Masa I tengah peluk  you, kiss you. Moreover, you're wearing tudung Dear." Fazrael mengusap  kepala Fifi. Gadis itu mengetap bibir. "I minta maaf sebab tak monitor  your Facebook. Fifi dah jadi tanggungjawab I sekarang. I minta maaf  sebab tak tegur and tell you that you should not upload gambar-gambar  kita yang sebegitu. Melainkan gambar tu sopan."
"Tapi Sayang, kita kan dah kahwin?" soal Fifi sambil merenung tepat ke mata Fazrael. 
"True.  Kita dah kahwin. Tapi, semua ni adalah rahsia kita Fifi. Orang lain tak  perlu tahu apa yang kita buat pun. Sebagai contoh yang terdekat, gambar  kita tu dah disalah guna oleh blogger tadi. Malukan? The readers  bukannya kenal dan tahu kita dah kahwin. Ini pun one of my friend yang  gitau. He's quite shocked. I pun sekarang tengah cuba nak contact  blogger tu, minta dia delete."
"Then, dia tak de hak nak curi gambar kita! He didn't ask our permission to do so." 
Muka Fifi dan mula mencuka. Fazrael memeluk bahu isterinya erat, tanda memujuk. Cool down please. 
"Facebook  is meant for a public. Right Dear? Hmm personally, tak de isu mencuri  gambar di Facebook kalau kita secara terang-terang dah upload gambar tu  kan? Kalau kita tak nak orang curi barang kita, tak perlulah kita  tayang. Betul tak? Simpan ajelah tak perlu upload. Melainkan kita letak  nota with caps lock, cakap kalau nak gambar ni, mintak permission tuan  album dulu. Dah barang tu free for public, orang ambik ajelah. That's  why my Facebook I letak gambar kita dua kahwin aje. Tujuan I to inform  others that Fifi is my dearest wife." 
Fifi diam. Menunggu kata-kata seterusnya. 
"Mulai  hari ni, I minta Fifi remove semua gambar-gambar kita kat Facebook.  Boleh Dear? Letak gambar kita berdua yang sopan ajelah. Tak payah  banyak-banyak okay? Em, tak letak pun lagi baik sebenarnya. You know how  much I love you kan? Dan I tahu I'm the only one for you. Tak perlu  kita cerita pada orang lain. Okay Dear? Setuju tak?" Fazrael tersengih  sambil mencubit pipi Fifi. Gadis itu mencebik.
"Oh  yes, lagi satu before I forget. Fifi, status Facebook pun jaga-jaga  sikit. Jangan write something yang mengatakan I out station or whatever  shows that you're alone di rumah ni. Dangerous, kalau-kalau ada orang  lain yang berniat jahat, datang kacau Fifi. I sayang sangat Fifi Dear." 
Fifi sekadar mengangguk sambil tersenyum simpul.
"Uh Sayang...." 
"Em?" 
"Fifi  minta maaf. Fifi minta ampun. My fault. Really....jujurnya Fifi happy  sangat kita kahwin. Alhamdulillah. Mungkin sebab excited sangat so Fifi  tak terfikir semua ni. Maafkan Fifi." Fifi memeluk Fazrael. 
"I  pun terlepas pandang. It's okay. Jadikan pengalaman ye. Kita sama-sama  belajar. Salah silap sama-sama tegur." Fazrael diam seketika. "Fifi.  Islam itu indah. Islam mengajar umatnya untuk bersederhana dalam semua  perkara. Walaupun kita dah kahwin, tapi cuba fikir, elok ke kalau kita  bermesraan lebih-lebih di khalayak ramai? Tak manis bukan? Dan ianya  sepatutnya menjadi rahsia antara kita, orang lain tak leh tengok. Hmm, I  guess we need to learn a lot about agama kan? Kena pergi kelas ni."
Fifi  ketawa kecil. Fazrael tersenyum lega melihat isterinya dah ceria  kembali. Nak beri nasihat kat isteri pun kena ada caranya. Oh, inikah  tanggungjawab yang sebenarnya. Marriage is not about honeymoon at all.  Marriage is commitment, responsibility and definitely love. Kebahagiaan  setiap perkahwinan terletak pada seteguh mana kita mengamalkan Islam  dalam membentuk asas perkahwinan itu. 
"Sayang,  Fifi dah delete semua gambar kita. Fifi letak gambar nikah aje. Penuh  kesantunan tau!" Sambil menunjukkan tablet yang terpapar web  Facebooknya.
"Wah cepatnya. Bagus isteri Sayang ni." Puji Fazrael. 
"Em, camne dengan blogger tu?" 
"Sayang akan handle pasal tu. Okay! No more after this ye." 
"Baik!  Janji tak buat lagi. Hehe. Upah please? For being a good girl."  Tersenyum-senyum Fifi memandang muka Fazrael. Blur jap mamat tu, upah  amende ni? Fifi menunjukkan pipinya. 
"Amboi!  Nak upah aje dia ni. Mahal betul upah tu. I nak check dapur tu, bersih  ke tak. If not tak de upah...." Lantas, Fazrael bingkas bangun dan  menuju ke dapur. Fifi terus mengekor Fazrael sambil bergayut di lengan  suaminya. Opsss, terlupa nak basuh periuk ni!
"Kita kemas sama-sama la Sayang!" GULP! My upah!
Sekadar Coretan,
Tuan Auz
2.46 AM
credit tu ;
amacam ?

 
 
  


 Pass spm
 Lappy all white !

 
Header
Other
-  Designer : 
0 Comments:
Post a Comment
Thanks for spending your time to give a comment (: