n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


So relieve ~
Posted on Saturday 27 September 2014 | 7 comment(s).



Assalamualaikum.

Berakhir sudah.. pencarian cintaku ~
*nyanyi sat !

Huwaaa.. leganyaa. 
Akhirnya dapat jugak ana update entry. Taktau apa sebab tetiba mozilla buat hal. Bila buka dashboard ana.. link dah ada, tapi takda apa apa kuar dekat bawah. 
Erm, susah na explain.. yang penting blank.. tak bole bukak dashboard.
 Jadi tulis entry baru pun ta bole. So sad ~

Sekarang nih, ana tulis entry pakai google chrome.
Syukur la dapat juga.
Selama dua hari mengidam nak update blog. Sungguh terseksa ya ~
Ha ha ha -__-

Cara ana release tention sebab ta bole update entry, ana ...
DRAWING ~

Takmau tekanan! Kita mau santai ~
mau apa ?

Santai..

*kekeke

Hari tu lagi ana mau bagi tunjuk hadiah yang ana dapat dari giveaway second kak Tinie.

Jangggg !



Neomu neomu kawaiiii ~
*ops! Korea campur Jepun suda..

Apa apa pun, terima kasih kak tinie. Hadiah akak comel sangat. Ana hargaiii xD
Ana akan simpan baik baik sampai ana tua,
*in shaa Allah..

Baiiii .






Seventh Liebster Award.
Posted on Friday 26 September 2014 | 7 comment(s).


Assalamualaikum.

Awal awal pagi lagi ana kena tag oleh akak nanad. Terimakasih akak ~

Jom jawab soalan !

 Soalan & Jawapan ;
1- Quotes kegemaran anda?
- 'Dont let your dreams be dreams alone when u can turn it into a real.' -mine.

2- Tagline? *ayat yang selalu guna? contoh: ada aku kesah?*
- 'Santai..'

3- Lagu yang membuatkan anda tersenyum?
- Lagu yang happening ~ *takda yang bole ana spesifikasikan..

4- Kata-kata membuatkan anda down/ terasa hati?
- Tak ingat ~

5- Pakai produk muka jenama apa? ok tak?
- Erm.. krim, kalau ada ana pakai la. Hahaha.. asyik tukar tukar ja.. tapi ana suka pakai sabun beras. Wangiii ~

6- kata kata yang ingin anda sampaikan kepada EX girlfriend/Boyfriend?
- Erm.. takda pengalaman nih. Kalau dibayangkan .. i'll say, "Semoga bahagia bersama si dia" *hahaha.. ayat cliche kahh ?

7- Laptop or Handpone?
- Dua dua.. tapi mungkin untuk lebih emergency, kena lah pilih handphone.

8- Jubah or Baju kurung?
- Baju kurung.. sebab ana rasa lebih bebas dan selesa. Kekeke ~

9- Kopi or Susu?
- Dua dua kesukaan nabi. Tapi ana suka susuuuu ~

10- Wechat or Whatsapps?
- Yang nih .. whatsapps lagi cantik. Tapi ana prefer mana yang lagi banyak kegunaan..

11- Apa yang anda fikir tentang soalan-soalan dari Nadyya ni?
- hahaha.. kena fikir duaploh kali nak jawab . Kekeke .. gurauu ~
Best soalan akak.. 'mencabar' minda sungguh !

 *maaf ta ikut peraturan.

Annyeong. Smile ~






Sixth Liebster Award. (sukarela jawab)
Posted on Thursday 25 September 2014 | 4 comment(s).


Assalamualaikum.

Junkyo no Hikari : Anyway, I nominate all of you who read this award. You can answer in my comment box or make an entry like me to answer it. Its ok, you don't need to answer if you don't want :3
Jadi, ana dengan rela hatinya ingin menjawab soalan yonggg xD

QUESTION & ANSWER :

1. What blood category are you? A, B, AB or O? 
- B.

2. Do you believe a person personality sometime depend on what blood category you are?
- Erm.. taktau pulak. Ana ta penah dengar ~

3. Take a look at this and if most of character list in your blood group is true or false or half/half tell me

B type info: http://whatsmybloodtype.org/type_b.html
- yang nih.. bahagian ana ta berapa na paham sangat penyakit tu.. sebab setakat ni, ana belum ada penyakit yang macam tu lagi. Tapi nanti ana kaji pasal penyakit tu semua. *tunggu bila rajinn ~
Makanan pula.. semua nya ana bole makan macam biasa.


A, B, AB and O personalities check it here:

# http://whatsmybloodtype.org/character.html
- yang ni betul sangat ! 100%

# http://psychologia.co/blood-type-personality/
- erm, yang nih pulak.. ana ta berapa na paham sangat inggeris dia. ha ha ha -.-'


4. Do you easily cry whenever you watch anime? movie? or drama?
- yeshh ~

5. If not, can you tell me what is your method to prevent from being sensitive over trivial matter like that?
- takyah feeling sangat bila menonton.

6. Do you believe that Earth have dragon and dinasour?
- Erm, ana mungkin percaya yang dinosour tu.. sebab ana rasa dulu semua binatang besar besar macam dinosour tapi dorang semakin mengecil.. hahaha .
Wallahualam laa ~

7. Choose between rain, star, beach, sea, forest, city. Which one you like the most?
- Star !

8. If I ask you to slap me on my face in return I will slap you back, will you do it?
- Tidak. Hahaha.

9. What kind of person are you? Dependent or independent?
-independent.

10. Did you easily to fall in love with someone?
-  tidak ..

 11. Did you have experience stalker someone you've crush with?
- hahaha .. ada pun artis jaa. Kekeke ~

Hehehe. Dah jawab.. maaf la yong kalau jawapan ana agak kurang memuaskan. Hehehe.

Have a nice day !




Cerita Semalam..
Posted on Wednesday 24 September 2014 | 7 comment(s).




Assalamualaikum.

Huwaaa ~ dapat jugak update malam nih.
Betapa.. betapa nikmatnyaa ! Hehehe xD

Ana mau cerita pasal semalam punyaa ..
Bangun bangun subuh, ana dah dapat rasa yang ana demam, sebab kepala sakit.. badan panas.. pastu selesema, ta selesa ~

Turun bawah, buat kerja macam biasa tolong bungkus nasi lemak, menjual dan sebagainyaa..
Ana ada 'announce' jugak yang ana ni sakit pastu parent kata pi makan ubat tapi ana ta makan.. bukan sebab ana ta suka ubat. Tapi, ana suka ambil mudah ja kalau sakit sakit nih.. malas nak makan ubat. Nanti pandai pulih sendiri jugak.
Santai..

Tetiba kena ikut parents pergi berurusan dekat luar. Parents kena pegi imigresen.. ana ngan ummi pulak kena tukar alamat dekat ic for some reasons.
Jadi.. ini kali keempat ana buat ic.

Sepanjang seharian ana berjalan.. ta rasa sangat tengah sakit. Mungkin sebab asyik bergerak ke hulu ke hilir ja kan.. perhaps.

Pastu, awal awal pagi lagi ana makan ais krim. Hahaha.. dah lah demam sebab asyik minum sejuk.
Mungkin ummi lupa atau ta amik kisah sangat.. and that make me feel more delighted. Yeahh ! Makan aiskrim lagi.. lagipun masa keluar tu, ana langsung tak mention pasal demam. Takut nanti ummi ta bagi makan ais krim. Kui kui ~

Agak lama juga berurusan tu.. ana siap buat ic dekat UTC pukul 6.30 petang. Well .. dua jam ja kan tunggu ic mau siap.

Sebenarnya lepas buat ic kena terus pulang and beli barang sikit, tapi ana buat permintaan nak pegi Kaison dekat Center Point.. nak beli 'barang' .
Yeshh ! Permintaan ana ditunaikan.

Kat Kaison banyak sangat barang barang Kawaii (comel) dan murah murah sebab tu ana suka pegi situ. Cuci mata ~
 Kalau tak Kaison dekat CP, ana akan pegi One Borneo punya Kaison.
Semalam, Ana beli earphone and keychain tedi bear,

pastu excited sangat bila jumpa sketch book nihh !


'Nice to meet you.'

*Lepas ni bole main lukis lukis banyak banyak lagi. Tebal tuhh !

Siap beli barang, ana jumpa aiskrim lagii ~
mintak tolong ummi belikan xD

Sampai rumah. Baru nak rasa demam tu balik.. *apa kejadahnyaa
Tapi ana ta banyak bunyi.
Ana buat ja rutin harian ana iaitu.. uli tepung !
*untuk dibuat donat keesokan harinya ~

Sekarang nih, masi lagi demam dan selesema.. dan masi ta makan makan ubat lagi.
Hik hik hik >.<

Ana kan kuattt ! No worries ~

Sayonaraa ~
 




Dont miss me :P
Posted on Sunday 21 September 2014 | 8 comment(s).





Assalamualaikum.

Kombanwa minna !
(Selamat petang semua)

Tajuk entry kemain lagi.
*Macam lah ada orang yang nak rindu kat kita. Hohoho.

Maaf lah kalau ana ta sempat atau ta dapat melawat ke blog blog kalian semuanya ya.
Oleh kerana ada masalah yang ta dapat dielak.

Bukan niat ku ~

Cewwah! Haha.. siapa yang taknak blogwalking?
Ofcourse i want !

Tapi masalah line sangat sangat.
Jadi maaf kalau ana lambat update apa semua.
Lambat balas mesej korang kaa. Hehehe ~

Jika diberi kesempatan sekali lagii ..
*drama kejapp .

Gonna miss u guys TT .TT

Haha.. macam nak pergi jauh ja.

Nak blogwalking ~ nak blogwalking ~

Uhibbu antum
I love U
Wo ai ni
Saranghaeyo
Aishiteru
Saya sayang Awak
Ehem ehem .. harap harap harap nanti ana dapat blogwalking ke blog korang semua dengan selamat dan secepat mungkin.
Wait for me !

Fly to you ~






Lagu budak Sabah.
Posted on Thursday 18 September 2014 | 10 comment(s).


Assalamualaikum. 


Salam Saiyyidul ayyam.
Wah first time ana upload video kat blog lahh. tapi loading sangat ~
 *sempat tidur sekejap.Ha ha ha.




Semalam ana baru dapat tau pasal lagu nih dari kalong. Masa dia dengan mica nyanyi lagu tuh, ana blank. Lagu apa pula nihh. Tapi bila ana tengok sendiri video nih, i know.. dorang budak sabah. Mica ingat indon.

Helo? Takkan ta bole beza slank indon dengan Sabah?

Tengok rupa.. bole teka sama ada mereka berdua berbangsa kadazan dusun or murut ?

Sebenarnya lagu ni dah lama dimainkan di radio Sabah FM, tapi ana taktau sebab ana layan Hot FM. Kekeke ~

Lagi satu, ana taktau nama dua orang nih.
Korang boleh la cari video ni dekat youtube kalau rajin.

Nih lirik dia. Tapi tak pasti betul ka tidak ana taip nih.
Waktu kamu masih sekolah rendah
belum kau kenal apa erti bercinta

*yang aku tau cuma bermain saja
maklumlah baru darjah lima..

Tiba masanya kamu sekolah menengah
dengan tiba tiba kau telah jatuh cinta

*dengan seorang gadis yang berkaca mata
comel orangnya dan jelita..

Bila kau tanya siapakah namanya
relax dia berkata bahwa Sharon namanya

*aduh manisnya cantik sangat orangnya
membuatku tergila-gila..

*tapi kawanku bilang
dia jahat dan sangat nakal

Tapi kawan kau bilang
dia jahat dan sangat nakal

Tapi kau tidak peduli
dengan kawan baikmu sendiri

*daripada kukecewa lebih baik aku mengkhianati

Jika kau tak direstui

*jika ku tak direstui

Oleh ibu bapamu sendiri

*aku sanggup melawan demi si kicik yang aku cintai

Jikalau kamu dibenci

*jikalau aku dibenci

Oleh masyarakat di sekeliling

*ku tidak akan peduli baik pergi jaga hal sendiri


Pendapat ana mengenai lagu ni.
Best! Ana sangat sangat suka muzik dia.. tapi ada masalah dekat lirik dia.
Banyak sangat nilai yang tak baik. Haha.. nilai murni? satu jaa.. iaitu mempertahankan cintanya.
Ya kahh ?

Suara yang bertopi agak sedap untuk didengar ya.

Pastu, ana tengok dorang main gitar.. jeles jeleshhh.. sangattt ~


Keseluruhannya, sekarang ana sedang dengar lagu nih balik balik. For a million times. Tengok lah nanti.. for sure i will abandon it in a few days from now. For a couple of years. Hahaha.. over!

Salam Muhibbah.
Daa ~





The Versatile Blogger Award. (Second & Third)
Posted on | 6 comment(s).



Assalamualaikum.

 The Morning is Glory.
Okay ayat kat atas sekadar frasa.. entah, saja saja nak tulis.
*just because ~

Ehem ehem kali nih ana kena tag pulak untuk The Versatile blogger Awards kali ketiga rasanya.. oleh Eilya Maisara. Thank you thank you ! Second time oleh Aiman Arif, tapi ana ta buat sebab .. baru ja buat untuk award yang pertama sekali masa tu. Jadi idea pun kering kontang la jawabnya.

So, ana nak bagi gabung kedua dua tag tersebut dalam entry award nihh.

Rules / Syarat :
1. Thanks the person who nominated you / Ucapkan terima kasih kepada orang yang mencalonkan anda
2. Provide a link to the person's blog / Sediakan pautan ke blog orang tersebut
3. Write 7 facts about yourself / Tulis 7 fakta tentang diri anda

Tapi kali nih ana akan berusaha sedaya upaya untuk sediakan tujuh fakta lain dari sebelumnya tentang ana.

Tujuh Fakta tentang ana :

F - Sangat sensitif. I mean cepat menangis. Ta kisah la pasal apa.. mata masuk habuk kaa, sesi muhasabah diri .. ataupun tengan tengok wayang atau drama emosi. Hehehe.
*Bila rindu Nabi..

A - Pernah dapat surat cinta masa sekolah rendah tapi takda siapa yang tahu kecuali Allah, Ana dan dia. Rugilah.. tak dapat baca balik surat surat dia sebab semua ana dah buang bagi 'menghapuskan bukti yang kukuh'! 
*Kalau ta, boleh dah snap masuk sini. Kekeke ~

R - Well well .. selalu jadi ayam tambatan dalam sekolah rendah. Wakil pertandingan bercerita sejak tahun dua sampai tahun enam.. tapi ta pernah pun menyandang apa apa anugerah. Hihi.
*Kecuali bila bertanding dalam sekolah sendiri. Bhahahaa ~

H - Aktif sangat masa sekolah rendah sampai jadi tokoh murid masa darjah tiga dan darjah enam. Tapi bila naik sekolah menengah, amat amat teramatlah pasif!

A - Nakal. ANTARAnya, masa tadika lawan dengan budak lelaki sampai dia menangis. Pastuh dia siap mengadu kat mak dia tapi mak dia senyum dekat dia, senyum dekat ana.
*Ana ta pasti kenapa.. tapi think positif, mungkin sebab lawak kot lelaki kalah lawan dengan pompuan. Ehem ehem..

Kedua lak, masa smk.. prep malam dekat kelas tingkatan satu. Tetiba nampak lipas.. then tangkap. Nampak kawan pompuan, ana suh dia bukak tangan ana, bila bukak tuh, terus lipas terbang depan mata dia. Habis teriak budak tu.. sampai kasut sebelah dia tertanggal dari kaki jatuh ke tingkat bawah. Dia nangis. Ana yang bersalah ni pun segera turun bawah amik kan kasut dia. Naik atas, mintak maaf dua puluh kali. *gurau, taklah sampai duaploh. Tapi nasib dia ta amik hati sangat.
Okay fine. Ana tau ana jahattt ~

N - Banyak dah barang harta karun milik ana .. yang ana beli pakai duit sendiri. I mean, duit belanja yang ana kumpul sejak azali.. pastuh bila dah cukup, beli barang keinginan ana. Contoh ; kamera, walkman, handphone (beli pakai duit gaji pertama kali bekerja) .. dan banyak lagii ~

A - Last but not least, pertama kali ada telefon bimbit sendiri masa umur lapan belas tahun. 12 Januari 2014, Ahad. Kegunaan utama handphone ana, jadi hotspot dan untuk online.
*Sebelum tu, jahil sangat pasal handphone.. apa tu bluetooth? Gigi biru?



Ada lagi apa apa award? Lai lai lai ~

No worries. 
Dont worry be happy. Smile as long as you can :D






The Liebster Award. (fifth)
Posted on Wednesday 17 September 2014 | 11 comment(s).



Assalamualaikum. 


Liebster Award! Lagi dan lagii ~ Kekeke.
Mani gumawoyo yonggg gojesss sebab sudi tag ana. Cheongmal kamsahaeyo !
Liebster Award tagged by Misaki PureBlood. 

LA Rules.
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer the 11 questions asked
  • Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential (I nominate new follower) Ahahaha..
  • Create 11 of your own questions for them to answer
  • Notify your nominate


Question from Yong ~

1.What should I call you? Are you younger than me or not? (I'm 22)
-  Panggil ana jaa. Kita lagi muda dari yong kann .. hot eighteen . Bhahaha ~

2. Do you mind if all of my post full with anime, manga, game, kpop, jpop, tpop? Why?
- Tidak. Sebab ana suka baca jugak topik topik tu ~

3. If you could choose between this animal (bunny, dog, cat, owl, panda, tiger, dragon, fox, snake, spider, pygmy marmoset, turtle, tortoise, llama, koala, dolphin, dinosaur, pygmy goat) as your pet. Which pet you gonna choose? (Pick 2 and state the reason)
- cat and turtle. Sebab kucing haiwan kesayangan Nabi, manakala penyu... ana nak tunggu penyu tu berubah jadi ninja turtle. Kekeke ~

4. If you see someone being bullied/harassed by someone big and scary, will you help? If not, state the reason why?
- Buli yang macam mana nih? Kalau setakat nak suruh amik kan barang itu ini, ana ta kisah. Kalau yang teruk sangat sampai guna tangan kaki. I should act quickly !

5. What did you think about current temperature in Malaysia right now? If its hot, can you tell me what you always do to reduce the heat?
- Ehem ehem.. hmm, setakat nih kat sabah ta panas sangat. Biasa ja. Tapi kalau dah blackout.. apa lagi, amik kipas tangan la ~

6. What kind of laptop/pc you use right now? Can you tell me, what kind of laptop you want to use someday?
- Lappy ACER. Tak memilih sangat.. asalkan boleh online ~

7. If you could choose between summer, autumn, winter, spring. Which season you love and state the reason.
- wahhh .. ini beshh ! Winter la .. sebab kat Sabah ta pernah lagi turun salji. Nak try pegang saljiii ~
*Tapi tak tahan sejukk  >.<

8.  Situation: One day, you find someone who is so bright that make your heart pounding so hard. What will you do?
    a) Just ignore the feeling, you don't want to cheat behind your lover
    b) Follow him/her like a stalker
    c) Find his/her identity
    d) Bump with him/her and ask for his/her name and phone so you can treat drink as an apology
    e) Go straight to him/her and say: "I like you!"
    f) Continuously your eyes follow him/her until he/she is gone
    g) Slap him and say: "I hate you! You make me fall in love with you" and then RUN!!!
    h) If he/she is your friend acquaintance, you ask your friend to introduce "yourself" to him/her
    i) Keep hiding your feeling and still fall in love with him/her without he/she knowing that fact
    j) You make his girlfriend / her boyfriend breakup with him/her so you can get a chance

- hahaha. Bahaya nihh .. ada macam crush tak nih? Mungkin ana akan buat... C dan I
* Wahh .. huruf tu macam huruf pertama dan huruf akhir ChunjI laa .

9. What if you find a cute baby in front of your house. Considering that you're single and still stay with your own family what will you do?
- Ehh .. single tu kira umur berapa? Erm, yang penting kena lapor pada pihak berkuasa dulu.

10. What is your favourite song when you're sad and when you're happy?
- Alahaii .. sedih gembira ana.. ana layan ja semua lagu. Differrent kind of song. Hehe.

11.  Did you think my question is so unreasonable and crazy and make you nervous like in exam? Tell me why?
- Haha. Taklah .. excited jawab !


Dah habis jawab soalan yong. Sekarang ana ingin menganugerahkan award seterusnya kepada..

Manusia bertuah :


*Cheosonghaeyo ~

Soalan ana :

1. Nama panggilan apa. Umur berapa? Asal kat mana?
2. Kalau korang berkebolehan untuk melukis, apa perkara yang paling korang nak lukis.
3. Bila sakit hati, apa yang akan korang buat?
4. Bagaimana penampilan korang bila keluar dari rumah. Contoh hangout dengan family or friends.
5. Selalunya bila hujan, korang akan buat apa?
6. Nombor kegemaran korang? Sebab kenapa suka nombor tu?
7. Bayangkan. Apa tindakan korang bila nampak di depan mata, pasangan anda sedang curang. 
8. Sejak umur berapa korang ada telefon bimbit sendiri.
 9. Apabila korang sedang bosan, apa yang korang akan buat?
10. Apa benda yang paling korang ketagih dalam kehidupan seharian. Anything?
11. Dalam hubungan persahabatan, apa yang paling penting?


Sila jawab dengan senyuman tapi dahi berkerut.

Peace No War !






Segmen "Teka Nama Princess of Disney"
Posted on | 1 comment(s).



Assalamualaikum.

Jom support blogger nihh . Akak Balqis !


Jawapan :

 1. Megara - Hurcles
2. Queen Elsa - Frozen 
3. Rapunzel - Tangled
 4. Ariel - The Little Mermaid 
5. Tiana - The Princess and the Frog 
6. Aurora - Sleeping Beauty 
7. Snow White - Snow White and The Seven Dwarfs 
8. Belle - Beauty and the Beast 
9. Cinderella - Cinderella 
10. Merida - Brave 
11. Jasmine - Aladdin


Peace !





The Liebster Award by Budak (fourth)
Posted on Monday 15 September 2014 | 3 comment(s).




Assalamualaikum.

Joheun Cheonyok imnida.

Haha. Terima kasih kepada akak BUDAK sebab sudi tag ana untuk Liebster Award akak. Orang pertama pulak tu, terharu ana . Kekeke ~

Ok jom jawab soalan RARE dari akak BUDAK !

SOALAN :

1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
- Sudah tentu ianya Harimau Malaya sebab ana ta minat pasukan dari luar negara. Banyak gak crush ana antara pemain pemain dia tuu .. Ranking pertama! Farizal Marlias ~
 Feeling tau bila tengok Harimau Malaya berlawan. Kadang menangis terharu kalau dorang menang. Hihihi ~

2. Lagu Patriotik kesukaan anda.
- KeranaMu Malaysia. Best tau bila nyanyi lagu nii ! Semangat Ana !

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat dalam negeri tersebut.
- Sabah. Banyak kot daerah .. banyak jugak yang ana taktau dan ta pernah lagi pergi. Hahaha.

4. Asam pedas berasal dari negeri mana?
- Wahh .. yang pastinya dari semenanjung! Erm.. Johor ? Hee ~

5. Dalam banyak banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
- Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Bhahaha.. buang tebiat ~

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
- Basahhh.

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
- Ta paham sangat pun. Mungkin...
Benda tu di luar kemampuan kita, minta bantuan dari orang yang lebih mahir?

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
- Korea? Sebab huruf K?

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
- Lupaa .. yang penting jantina dia LELAKI.

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
- Ta best pun sebenarnya. Tapi ana berusaha untuk mempertahankan bahawa blog ana best! sebab berwarna BIRU. Pastu banyak kucing! Kekeke ~

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
- Hahaha. Banyak fikir jugak .. terhibur dengan soalan akak, i mean its quiet fun and interesting!


SOALAN TAMBAHAN :

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas.
- Akak cool ! Hebatt ! Bole sediakan soalan yang sangat RARE ~

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
- Tak langsung. 100% otak, akal dan minda sendirii.


Okehhh ! Dah habis jawab. Jyeahhh !
*kurang dari 30 minit dapat jawab dua Liebster Award.

Mani Gumawoyo unni ~
(Thanks a lot sis)


Peace No War.





The Liebster Award (Third)
Posted on Sunday 14 September 2014 | 1 comment(s).


 

Assalamualaikum.

Kombanwa minna.

Wahh .. hari ni dah dua orang tag ana Liebster Award. Aigoo ~
Hahaha. Daebak !

Mula mula sekali ana kena jawab Liebster Award ketiga ana yang diberikan oleh akak farah. Terima kasih akak.. sudi tag ana :D

Soalan :

1. Why do you blog?
- Sebab suka suka .. untuk keseronokkan sendiri.

2. What do you think some one should blog about?
- Tentang perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri dan pembaca yang lain.

3. and why?
- Supaya membawa kebaikan kepada semua orang.

4. if you a designer, you would design ?
- clothes.

5. If you have a dream job that would be?
- Superstar !

6. and why?
- Sebenarnya superstar yang ana maksudkan bukan lah yang selebriti.. artis tu. I mean.. bintang. Yang dari jauhnya nampak berkelipan, tetapi dekat hakikatnya cuma batu biasa. Ana mau.. walaupun ana seorang manusia biasa, tapi ana harap dapat membawa manfaat kepada orang sekeliling ana. Maaf la kalau korang ta paham, ana ta pandai na elaborate. Kekeke ~

7. Your fav colour?
- BLUE ! Indeed.

8. What best describe you if some one wants to know you as a friend?
- Pada mulanya perkenalan mungkin agak malu sedikit, tapi akhirnya sangat peramah. I love having friends ! Choahae ~

9. What is your life motto?
- Live my Dreams !

10. If you had to pick between sky, beaches or forest which one would you pick?
- Ana jawab random ja la. Pada mulanya nak pilih beach.. tapi ubah la, kepada forest.

11. and why ?
- Maaf la kalau jawapan agak mengarut. Sebab.. ada banyak pokok, boleh bagi ana oksigen, ada tumbuhan yang bole dimakan, ada haiwan banyak. Ada sungai .. Aigoo ~ apa punya jawapan la kan.. Maaf akak.


Maaf lagi dan lagi .. sebab tak tag siapa siapa ~
Anyway, All the beshh for akak Farah.

Lepas ni nak jawab soalan Liebster akak BUDAK pulak .


Choun haru ponaeseyo !
(Have a nice day)






Aiyayayaya ~
Posted on | 6 comment(s).



Assalamualaikum.


'Hey! Mamacita! Naega aiyayayaya ~'

Hahaha. 
Part yang ni beshh, sebab dia laju sikit

'Janinhage kkaejyeobeorin kkumi aiyayayaya'
(a dream that has been brutally broken aaaahhhh)

Achimmm!
Erm, itu bukan bersin style alaf baru ya.. Hehe.
Achim maksudnya 'morning'. Adalah lebih afdhal kiranya jika ana menggunakan,

'Joheun Achim'

Bagi yang ta paham apa ana mengarut kat atas tu, ta payah na pikir sangat.. takkan masuk soalan exam punyaa.

Baru baru nih ana ada blogwalking dan terjumpa la blogger yang update pasal Suju. Lagu baru 'Mamacita'.
First blog dari Cik Awatif, second blog... lupa lak.

Well.. ana BUKAN la KPOPPERS. 
Sebab .. kalau ana, semua benda ana suka ikut mood dan bermusim. ana suka semua lagu, lagu nasyid, lagu maher zain, lagu indon, lagu english, lagu melayu, lagu jepun, lagu korea, lagi hindustan, thailand .. 
aigoo~ banyak banyak.

Jadi ana ta suka cakap kalau ana minat lagu tu, sebab semuanya cuma suka suka jaa. Everything's just for fun.

Tapi yang ta minat kpop tu, cukup sampai rangkap ni ja korang baca, takda paksaan dalam membaca ~

Hohoho. Oh my Superman! Rindunya dekat mereka walaupun ana bukan lah peminat tegar.. tapi nama kumpulan dorang yang selalu menjadi halwa telinga masa duduk hostel dulu.
Waktu form one, form two.. akak senior selalu sibuk sebut sebut nama kumpulan 'Super junior' niih..
Ana yang taktau apa apa .. buat kerja sendiri jaa.

Masa tu tingkatan dua, ana masih belum tau lagi apa benda KPOP tu,
cuma ana pernah nampak music video GEE dekat tv. Tapi taktau pulak itulah antara artis kpop.

Tapi bila kenal sikit dengan kumpulan nih, ana tertarik dengan  kim HEECHUL.
Dia selalunya ta banyak part menyanyi..
paling banyak ana rasa satu rangkap, kekeke. 
Kalau menari pulak.. ana rasa dia cool gitu, sebab.. camna nak cakap eh? 
Dia menari tak menari sangat .. kiranya ada gaya yang tersendiri la. Hehe.
Dia selalunya dikaitkan dengan watak perempuan. Kadang pakai rambut palsu, bergaya macam pompuan. Memang sesuai.. nampak cantik. Kakaka ~
Dalam music video Mamacita pulak .. watak heechul jadi bartender. Cool gituu ~

Part dia satu ayat ja dalam lagu Mamacita,
'Jikiji motal yaksok haennayo?'
(Why did u make a promise that cant be kept?)

Anyway MV dorang kali ni agak lucu bagi ana. Ha ha ha.




Annyeonghi kyeseyo.





Gelang getah.
Posted on Friday 12 September 2014 | 12 comment(s).




Assalamualaikum.


Oyasumi minna !

Malam ni, ana na cerita yang baru baru nih.. adik perempuan ana ada beli ..
*apa nak panggil benda nih eh?
Bahan bahan satu set untuk buat gelang getah ni.
Sebenarnya benda ni dah lama wujud.. cuma ana ja yang masih jakun dengan kewujudan makhluk bernama 'gelang getah' ni.

First time nampak..

Waktu tu mica tengah buat gelang tu pakai bahan bahan yang dah tersedia ada masa dia beli benda tu, ana pun datang lah dengan niat nak mengganggu projek dia tu. Kekeke ~

Tapi takda lah nak kacau sangat.

Sampai ja dekat dia, ana perhati sekejap barang barang yang ada. Ana  nampak kertas arahan cara nak buat gelang tu,
 Fulamak! Dalam tulisan korea laa.
Ana .. boleh la baca tulisan tu sambil tersekat sekat sikit. Satu perkataan ja yang ana paham kat situ, 'taum'. Kalau ta silap maksudnya 'next'.

Hehehe. Perkataan lain langsung ta paham.

Lepas ana mintak buat dengan dia.. kira order dia laa. Pilih warna getah, biru dan putih..
Then ana blah, tengok cara buat dia agak complicated la, malas nak mendalami ilmu pembuatan gelang tu..  *not in the mood to do so ~

Kira kira kurang setengah jam camtu, mica datang ke bilik untuk hantar pesanan ana tadi, Hihi.
Dah siap dah! Comel! Biru putih biru ~

*kita snap atas lappy, biar menyerlah kebiruannya ~

Pastu ana update dekat wechat..
nak bagitau kawan kawan.. adik kita baik hati buatkan gelang getah 
*buang tebiat ~
Jangan risau friendlist ana memang semua yang ana kenal dalam nyata jadi dorang tau perangai ana yang kuat main. Hohoho.

Tapi one of my chingu (friends) hantar gambar dekat wechat ana.

*klik gambar supaya jelas.

Ohh.. ana baru tau.

Jadi, untuk tanda penghargaan ana update moment tanda berterimakasih kepada kawan ana yang dah bersusah payah kongsi maklumat pada ana.

Thanks to her ~
saranghae chingu ya!

The End.

Hahaha .. gurau gurau malam. Tapi cerita nih bukan la fiction semata mata.
Mungkin ada jugak yang belum sedia maklum dengan perkara nih, jadi sila berpada pada ya ~

Malam selamat.





Nae Omu Rice !
Posted on Monday 8 September 2014 | 15 comment(s).




Assalamualaikum.

Joheun ohu imnida!

Tadi pagi, ana tengok balik drama Rooftop Prince sekejap kat lappy. Tetiba sampai babak Park Ha masak Omu Rice.. nampak macam sedap la pulak. Lagipun ana rasa bosan.. dan mood nak memasak tu datang tanpa diundang.

So! I decide to make Omu Rice for my lunch today. Hehe ..
Ana google la bahan dan cara masak dia.

Tapi ana tak ikut sangat bahan dia. Kita masak ikut citarasa sendiri. Kekeke ~

Bahan bahan ana ;

-Marjerin
-Daging ayam
-Bawang besar
-Cili merah
-Lobak merah
-Nasi
-Telur
-Sos Cili
-Garam secukup rasa

 
Ayam tu bole tukar kepada daging lain.. tapi jangan yang makanan laut punya.
Kan telur tak bole makan serentak dengan makanan laut.

Ayam, bawang, cili, lobak .. semua ana potong kecil kecil. Supaya senang nanti.

Pastu masak masak masak ~


Dan jadilah Omu Rice yang ta berapa nak jadi sangat!





But still.. igeon omu raiseu, cheongmal mashisseoyo ~
Makan Omu Rice dengan air limau campur madu buat sendiri punya.
And now i am so full.

Erm, ana rasa Omu Rice ni macam Nasi goreng Pattaya. Tapi mungkin ada kelainan pada dua jenis nasi goreng nih. Omu Rice sebenarnya berasal daripada Jepun.


Lalala .. nak tau detail lagi pasal Omu Rice? Korang google la sendiri.
 Kekeke ~


Annyeonghi Kyeseyo xD





The Libster Award (Firstly)
Posted on | 2 comment(s).




Assalamualaikum.

Malammm ~

Malam nih nak bayar hutang yang lama tertunggak dengan Cik Zahrina,
dek kerana 'kekurangan kerajinan' yang ada pada diri ana nihh.
Nanti kang dia dendam ngan ana.. *gurau gurau~

Maaf la ina sayanggg.

Takpa la.. ana jawab ja soalan yang dah berkurun lama ditinggalkan.


1. nama timangan (nama manja)
- Kat rumah kena panggil NANA. Tapi ana prefer ANA..
friends and cousins called me Ana.

2. warna kegemaran
- Sudah pasti ianya BIRU !

3. makanan kegemaran
- Aiskrim dan kek ~

4. suka tengok wayang apa?
- yang seram dan lawak .

5. pernah ada crush? jika ada ceritakan bagaimana anda menemui crush anda.
- Ada .. sama sekolah, sama rumah sukan.
Ana crush dengan dia sebab dia minat BIRU.. takda sebab lain.
Mula crush.. bila ana 'ter' perasan barang dia kebanyakan warna biru.

6. jika seseorang itu terlanggar anda..apakah yang anda akan lakukan?
- Minta maaf cepat cepat!

7. pernahkah anda menyelamatkan haiwan daripada sebarang malapetaka...jika ada haiwan apakah itu?
- Banyak kali.. jadi tak ingat ~ antaranya kucing..

8. ceritakan tentang saat termanis yang anda paling ingati
- erm .. banyak laa .. apa yaa .. antaranya.. stay dekat PULAKOP (Pusat Latihan Koperasi) untuk belajar struggle sebelum spm, beshhh sangat.. makanan dia sedap sedap.. enjoy stay situu ~

9. pernah stress? stress kerana apa?
- stress sebab orang sekeliling yang stress .. ha ha ha . I am SANTAI ~
 no stress stress..

10. komen sikit pasal blog kite..Thank You..hehe
- Blog mu cantik.. i like the colour, the design. Keep it up! Haha xD










Annyeonghi kyeseyo chingu ~

Peace and Smile !





The Liebster Award.
Posted on Sunday 7 September 2014 | 10 comment(s).


 

 Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo yeorobun!

Ana dapat tau tadi.. bila ana tengok chatbox, ana di tag oleh blogger Sham Stallion untuk Liebster Award. Actually, ini kali kedua.. sebab kali pertama, ana ditag oleh budak sorang nih, Cik Zahrina 
-she's my friend in real actually-
Tapi ana ta buat sebab.. u know what is the meaning of 'lazy' right? Kekeke ~
Lagi pun ana ta paham sangat Liebster Award nihh.
But since i was tagged for this award.. for the second time.. so, its not my intention to dissappoint the person who tag me. Yet i have to notice with others feeling. i guess ..

So, thanks a lot to Sham Stallion. Cheongmal kamsahamnida!

Ada syarat untuk award nihh,
Mention the person who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 questions asked.
Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
Create 11 of your own questions for them to answer.
Notify your nominate

First of all, let me answer the questions given..

1. Berapa lama korang terjebak dalam dunia blogging?
-Sejak awal bulan Januari tahun 2012.. rasanya dah dua tahun lebih ?

2. Kenapa korang memilih untuk blogging?
-Sebab.. boleh kongsi maklumat, ilmu, pendapat dengan orang lain.. dan mungkin boleh kurangkan tekanan dengan menulis blog.

3. Korang dah LIKE Facebook Fans Page aku?
-Eh, dah buat ka? Apa nama? .. on the way nak LIKE ~

4. Bila masanya korang akan duduk mengadap blog korang?
-Bila masanya tibaaa.. erm, bila ada mood.

5. Apa hobi masa lapang korang?
-Banyak! Bagi satu ja la.. my hobby is drawing, sketching..

6.Kenapa korang pilih hobi tu?
-because i have more confidence on it.. and ofcourse whenever i draw, i feel cheerful.

7.Apa benda paling gila yang pernah korang buat?
 -Gila? Tak gila mana pun bagi ana.. tapi mungkin bagi sesetengah orang lain. Ana tak makan nasi untuk setengah tahun. Buat masa ni, itu ja yang ana ingat..

8. Tempat yang paling korang ingin pergi?
-Ini .. tempat? Ramai orang akan jawab Makkah kan?
  
9. Kenapa korang nak sangat pergi situ?
-Because i have to. *uhuk, uhuk .. jawapan agak..
10.Apa pendapat ikhlas korang pasal blog kecik aku ni?
-Best sebab banyak ilmu maklumat dan perkongsian.

11.Boleh tak tolong promote blog kecik aku kat kawan-kawan korang? Hahaha!!
-Sure! Munje opseoyo ~
*no problem.. dah penah buat pun..

Dah habis jawab soalan, sekarang ana bagi SOALAN untuk calon Liebster Award yang seterusnya. Korang jawab soalan ni ya .. tapi, tiada paksaan~

1.Kenangan manis sepanjang berada di dunia BLOGGING.
2.Apa topik yang korang paling gemar semasa menulis blog?
3.Apa keistimewaan yang ada pada diri korang?
4.Topik yang korang paling tidak gemar baca pada sesuatu blog?
5.Design blog yang korang suka apabila masuk dalam mana mana blog.
6.Masalah yang korang sering alami apabila berkunjung ke blog orang lain. Berikan penyelesaian kepada masalah tu kalau boleh..
7.Nyatakan satu barang milik korang yang paling disayang.
8.Jenis lelaki atau perempuan idaman korang? *Sajaa ..
9.Apa perkara yang paling korang suka yang boleh buat korang jadi teruja?
10.Boleh tolong betulkan grammar ana? Kalau ada yang korang rasa macam tak betul jaa masa baca entry ana.. tegurlah, ana ta kisah .. tapi korang mesti betul betul betul!
11.Pendapat tentang Ana Lee dan blognya dari segi design dan entry.

 *Maaf soalan agak merepek.
...dan calon Libster Award yang seterusnya! Jeng jeng jengg!
*maaf kalau ana menyusahkan sebab korang tersenarai dalam award ni .. tak buat pun takpa (;

Junkyo Hikari
 Siti Aisya Ibrahim

Tahniah! Jangan marah.. Smile ~

Peace no War!





Lagu.
Posted on Saturday 6 September 2014 | 7 comment(s).




Assalamualaikum.

Awal awal subuh lagi dah hujan. Semalam pun .. tapi beshh!
Sejuk~

Awal pagi lagi, jom kita update entry! Kekeke.



 Ana suka dengar lagu. Bagi kebanyakan orang, ramai yang suka dengar lagu kegemaran dorang untuk mendapatkan ketenangan. Taktau la lagu jenis yang macam mana.. lain orang lain citarasa kan?

Selalunya.. ana akan layan lagu daripada ost drama drama. Any kind of drama. Bila ana da tertarik dengan lagu tu ana akan,

Kalau ana suka sesebuah lagu, ana akan download lagu tu. Then dengar berulang ulang kali sampai bosan. Mesti ada jugak yang buat macam tu kan?

Pastu nyanyi sama ikut lagu tu. Ana nyanyi sendiri sendiri ja la. Takda la sampai jiran sebelah dengar. -Aurat tu aurat- Hihii.

Kadang ada juga lagu yang bole buat bulu roma kita meremang kan? Ada kan? kan kan?

Memang hebat la lagu yang bole menaikkan bulu roma nihh. Ha ha ha.

Tapi ana memang cepat bosan dengan sesuatu, tak kira apa barang, lagu, orang.. thats why ana ta bole buat benda yang sama, jumpa orang yang sama.. kerap kali.
It is complicated to explain. Kekeke ~

Bila da bosan dengan lagu tu. Langsung taknak bukak da lepas tu. -kejam-
Mungkin setahun kemudian, baru la bole dengar balik. Hehehe.


Melampau kan.


Antara semua lagu lagu yang ana dengar, ada jugak yang boleh menaikkan semangat ana. Contoh bila ana ada 'misi' tertentu, bila ana malas nak buat misi tu. Ana dengar lagu tertentu untuk menaikkan semangat balik.

'Semangat~ Semangat ~ datang lahhh'



Berguna jugak lagu lagu ni kan..

Okehh .. lepas ni ta bole over satu lagu jaa . Nanti bosannn ~



Kekadang berangan nak jadi Superstar!
*Hushhh..










Anyway...

Selamat Pagiii!
 Jangan lupa gosok gigi :D









SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka
Posted on Friday 5 September 2014 | 6 comment(s).



Assalamualaikum. 


Nih.. ana nak join segmen akak budak.
Kita mau support ini kakak!

Kekeke~


Akak BUDAK, ana kategori 'adik' yaa ..

Ana mau tag !













Jannnng!

All the beshh akak xD


















Tidak disangka.
Posted on Thursday 4 September 2014 | 9 comment(s).




Assalamualaikum.


Petang kalian ~

Semalam ana baru beli penimbang berat badan..
yang lama dah dirosakkan oleh lil bro yang 'agak' nakal.

Bila ana timbang berat semalam.. omo omo omo!

-translate- 

istighfar banyak banyak.. berat yang ana ta sangka. Tapi tak jugaa .. 
*dah agak dah.. -dalam hati-

Nampak 'bahagia' sangat ana ni kan .. yalaa, kalau tidak, masakan bole gain weight banyak.
Bahagianya makan banyak..

Ha ha ha.

Ish ish ish .. beratnya. Berat sebenar dirahsiakan.
Ana mesti turunkan balik!

Taknak obesss !

Apa yang penting tak boleh obesiti. Kena jaga kesihatan kita.
Alangkah indahnya kalau dapat exercise dengan bebas..

Fighting for myself ~

***


Nak cerita pasal benda lain..

Ana ada jumpa seorang blogger yang kembali aktif ke dunia blog nih.
Sham namanya.
Dia banyak tau dalam seni bahagian lagu, muzik camtuu..

Ana ada jugak tanya pasal beza irama, melodi, lagu.

Sebab curious kan.. 

orang selalu sebut sebut perkataan tu .. yang kita taktau ni,
*ya.. ya..
-angguk angguk ja sebab ta paham sangat-

Thats why i decided to ask him right away.

Alhamdulillah, he is willing to answer my question.. 
and now! I do understand what were irama melodi lagu are about.

Kekeke.

Kalau korang curious jugak macam ana, bole tengok jawapannya sinii ...


Banyak jugak panduan pasal yang berkenaan dengan muzik, gitar.. apa apa ja yang berkaitan seni lagu dekat blogger ni ..
ana dah terjah semua setakat nii .. 

korang bila lagi?

*grinned*


Peace no war!