n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Ramadhan Jangan Pergi.
Posted on Thursday 24 July 2014 | 1 comment(s).



Assalamualaikum.

Kombanwa minna! Akhirnya dapat gak komen komen and blogwalking sikit. Line ni buat hal sejak kebelakangan nih.Maaf korang, ana ta dapat komen komen kat post korang yang lain. Ana cuma dapat melawat kat blog Naalisaa ja. Budak Limited edition tuu. Siapa ta kenal kan? Haha. Jangan marah Saa.

Well well, rindu na menyemak kat ruang komen and lepak lepak kat blog korang.
Ok lepas update post nih, ana mau balas dendam. Kita pegi bom blog orang lain. Hihihi xD

Bloggers! Wait for me!

Ramadhan Jangan Pergi. Sangat sedih, dah lah na penghujung Ramadhan. Situ la jugak kau na buad hal. Aishh. Ana ta dapat teruskan puasa.. i do not expect that this would happen to me.
I thought.. bole puasa penuh tahun ni.. so sad TT .TT
Tapi apa bole buat kan, dah lumrah kehidupan perempuan.
Lailatul Qadar.. na jumpa gak. Tapi orang yang mamnu' pun bole qiamullail kan? Kan antara aktiviti qiam ada zikir, istighfar apa semua, bukan solat sunat dan baca alQuran ja. Hehe.
Nevermind! Everything happened for a reason~

Tapi belum tentu lagi kita akan sempat bertemu Ramadhan yang akan datang kan? Jadi, manfaatkan la Ramadhan yang masih ada ni. In sya Allah. 

Hmm.. Lagu raya pulak dah berlambak kat radio tu. Sekarang nih pun tengah dengar HOT fm. Dari tadi sampai sekarang lagu raya ja yang berkumandang. Korang yang lain pun mesti dah ada feel feel raya kan. Hmm, for me.. rasa biasa ja. Macam selalu.
Happy tu memang la, tapi takda la over excited sangat (:

So, baju raya? Langsir raya? Kuih raya? Duit raya?
Semua dah ada? dah siap?

Eceh! sibuk ja kan. Hehe.

Siapa pulang kampung angkat tangan!
Oh ok, turun tangan semua.
Apa apa pun, korang jaga diri tau. Hati hati di jalan raya. Jangan gelojoh sangat.

Ana na amik kesempatan jugak nak mintak ampun minta maaf kalau ana ada buat salah kat korang, tersalah taip sampai melukakan hati korang kaa. Pardon me okehh?!

Love u guys!

Info lebih, ana banyak dapat maklumat dari twitter. Beshh gak ada twitter ni, bole update berita semasa dan kalau rajin ana update pulak dekat insta facebook or twitter. Follow la ana kat insta dan twitter kalau na tengok my latest update. Just mention me for follow back (:

 @funnyvelove

Kematian tentera israel cecah 50.Ratusan kecederaan di medan perang.
Tahukah anda, rakyat Israel sudah 2 minggu puasa ketawa?



About MH17 pulak.. Malaysia ta akan stop investigate untuk cari KEBENARAN nya.
Pray for them. Pray for MH17. Pray for GAZA.

Pray for ISLAM.

Peace no war~








Sepuluh Malam Terakhir.
Posted on Saturday 19 July 2014 | 1 comment(s).



Assalamualaikum.

Konnichiwa. Erm.. halu~
Baru-baru ni kita mendapat berita sedih mengenai MH17. Sangat menyedihkan berita ini. Ana ucapkan takziah kepada yang telah kehilangan orang yang tersayang di bulan mulia ini. Memang kita, rakyat Malaysia bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman damai dan tiada berlaku bencana bumi seperti tsunami dan gempa bumi, tetapi Allah itu Maha Adil. Dia tetap memberi ujian kepada semua hambaNya. Maka kemalangan MH17 ini adalah ujian yang diberikan Allah kepada rakyat Malaysia. Kita kena ingat, semakin berat ujian yang Allah berikan, itu tandanya Allah sayangkan kita. Dia ingin uji betapa besarnya rasa cinta kita kepadaNya. Adakah kita akan mencariNya semasa susah dan senang kelak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Makin Allah sayang. Makin banyak ujian datang. 

Apa apa pun kita perlu tetap teruskan kehidupan kita. Walau diuji bagaimana sekalipun. Ingat, Allah tidak akan menguji sesuatu yang diluar batas kemampuan hambaNya. Jadi kalau kita diuji dengan suatu dugaan, maknanya kita mampu menempuhinya. Berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menempuhi ujian itu. Yakin kita boleh!

Apa saja yang kita lakukan, kita perlu sentiasa ingat kepada Allah. Ingat, Allah itu sangat dekat dengan kita.

Ana paling ta tahan bila budak budak belum matang kat facebook tu tulis status, dorang senarai semua yang berlaku dekat Malaysia macam kehilangan MH370 la, Kiki la, Kangkung la, lesen mahal, and banyak lagi. Pastu last last dorang tulis, 'lepas ni apa lagi Malaysia? 'Next?'
Ingat semua benda ni main main ka?
So ana tweet kat twitter, luahkan apa yang terpendam.



Mengenai sepuluh malam terakhir tu. Sekarang kita sudah pun berada di antaranya. Dan di antara sepuluh malam terakhir ni terdapat malam Lailatul Qadar. Korang pun tau apa tu kan. Jadi, jom perbanyakkan amalan kita di malam hari. Amat rugi bagi mereka yang pada malam Lailatul Qadar, mereka sedang nyenyak tidur di tilam yang empuk atau berjaga malam tetapi untuk melakukan aktiviti yang lagha.

Ok cukup, sekarang ana mau share tazkirah Ramadhan.

Ustazah Siti Khadijah         25 Julai 2013, Khamis

Iktibar dalam bulan Ramadhan
1. Mengajar erti satu tanggungjawab
-puasa adalah hutang kita dengan Allah
berpuasa adakah cukai kita dengan Allah
 -puasa mengajar kita untuk betanggungjawab seperti menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa
2.Puasa mengajar kita menguatkan fizikal, mental, dan rohani
-fungsi sebenar Ramadhan supaya kita merasa lapar dan dahaga
 -tidak boleh kata kita tidak lapar ketika berpuasa
 -puasa menguatkan hati kita
3.Melatih kita mematuhi peraturan
 -kalau puasa kena niat
 -bulan puasa bukan tempat untuk kita membalas dendam kerana waktu berpuasa kita membeli banyak makanan untuk berbuka
 -setiap kali baca alQuran, anggap seperti ayat itu ditujukan kepada kita agarkita dapat menghayati alQuran itu dan menangis ketika membaca

Kisah mengenai Ramadhan dan penternak keldai. Penternak ini mempunyai banyak keldai yang besar-besar. Pada suatu hari, seekor keldainya jatuh sakit. Maka dia bernazar kepada Allah jika keldainya sembuh semula dia akan bernazar tujuh hari. Tiba-tiba, keldainya sembuh semula dengan izin Allah maka dia pun berpuasa sehinggalah hari yang ketujuh. Tapi, ditakdirkan pula keldainya itu mati. Maka, dia pun berasa amat marah dan membuat keputusan untuk membalas dendam. Oleh kerana dia sudah bepuasa selama tujuh hari, maka Ramadhan nanti dia akan puasa dua puluh tiga hari saja.


 Ish ish, mana bole macam tu kan. Haha.

Wallahualam.








Tiada Negara Seberani Malaysia.
Posted on Thursday 17 July 2014 | 1 comment(s).



 Assalamualaikum.

Salam Jumaat semuaa. Apa khabar? Hehe. Hari ni mau share lagi ngan korang. Kita main copy and paste ja. Agak bangga jugak la dengan artikel ni. malas na cakap banyak. Apa apa pun, Kita perlu sentiasa berfikiran positif yaa.

Baca artikel bawah ni.


"Tiada Negara Seberani Negara Malaysia"

Ayat di atas bukan kata aku tetapi kata-kata dari seorang rakan berasal dari Sepanyol. Mengapa dia kata begitu? Ia bermula selepas dia membelek-belek passport aku dan dia terkejut bila dia terbaca,

"Passport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel"

"Eh, saya tak pernah melihat passport seperti ini. Malaysia benar-benar anti Israel. Saya boleh katakan tiada negara yang seberani Malaysia!" katanya.

Bagi rakan-rakan Palestin, kebanyakan mereka sudah tahu mengenai perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru mengetahui hal ini, berpusu-pusu merakam gambar dan kongsikan di Facebook.

Menurut mereka, di Palestine, mereka tidak boleh menyebut nama Malaysia sesuka hati. Apatah lagi jika ada askar Israel berhampiran kerana mereka sangat-sangat sensitif dengan nama Malaysia. Namun, kebencian Israel terhadap Malaysia membanggakan warga Palestin.

Salah seorang rakanku dari Jordan mengatakan bahawa tiada satu pun dalam mana-mana passport negara Arab yang berani meletakan pengecualian sebegitu dalam passport. Ini kerana mereka takut dengan Israel. Tetapi Malaysia yang bukannya Arab berani dan kuat daripada negara Arab itu sendiri.

Dan yang paling aku tak boleh blah, seorang rakan dari Libya mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan bagi aku iaitu,

"Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tetapi dari Malaysia. Sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Islam dari orang Arab sendiri."

Demi Allah yang memegang urat jantuku, ini semua bukan rekaan semata-mata tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika berada di Turki. Sedangkan orang Turki pun boleh kibarkan bendera Malaysia di kedainya, apatah lagi dengan kenyataan seperti ini?







Pray for GAZA !
Posted on Friday 11 July 2014 | 3 comment(s).

STICKY POST.

Assalamualaikum.



Kaifa halukum jami'an ? 
Alhamdulillah ana masih dikurniakan kesihatan oleh Allah swt. Erm, berapa hari ana ta update eh? Hehehe. Busy busy..

Sekarang ni kecoh pasal bola, fifa apa semua kan? Tapi dalam kesibukan semua tu, ada saudara kita di Palestin yang menjalani Ramadhan dalam keadaan yang ketakutan dan tidak selesa menjalani ibadah dalam bulan mulia ni. Mata kita telah di kaburkan oleh Yahudi dengan menggunakan 'bola' agar kita tidak mengendahkan saudara seislam kita di sana. Astaghfirullah al-Azim!

Ana rasa terpanggil untuk buat entry kali ni. Ini kewajipan ana.

Jom baca artikel dekat bawah ni. I get it from facebook.

Dulu umat Islam semuanya bersatu di bawah pimpinan Rasulullah saw. Maka Yahudi tidak mampu mengalahkan kita. Sehinggalah baginda wafat, Yahudi menjadi gembira. Tetapi Baginda meawasiatkan kepada kita dua perkara iaitu Al-Quran da Sunnahnya. Orang yang berpegang kepada wasiatnya tidak akan sesat selamanya. Jadi untuk siapakah Al-Quran ini? Padahal sahabat baginda adalah orang-orang yang kerohanian belaka.

Jadi, sebenarnya Baginda telah melihat jauh sehingga ke akhir zaman. Wafatnya baginda pada hari itu, maka akan bermulalah perubahan dunia oleh Yahudi supaya kita melupakan segala perjuangan selama ini. Kerana itu, baginda telah berpesan supaya tidak meninggalkan  Al-Quran dan Sunnahnya. Supaya umat islam tidak tertipu dengan kesibukan dunia sekarang.

Sama seperti orang Malaysia pergi berjuang  di Syria. Setiap hari dia menulis ke arah kerohanian  di dalam  facebook. Tiba tiba pada suatu hari, dia mati  di dalam perjuangan. Lalu facebooknya menjadi peransang kepada semua orang  untuk ke arah kerohanian. Tetapi rupanya semangat itu hanya  hangat-hangat goreng pisang. Semangat ini hilang di dalam kesibukan dunia yang semakin dikejar-kejar. Jadi begitulah apa yang Rasulullah saw melihat keadaan kita.

Jadi, Yahudi tahu apakah kekuatan kita sekarang iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kerana apabila kedua-dua ini diamalkan, umat Islam akan menjadi kuat seperti baginda masih bersama kita. Seperti Baginda sedang memimpin kita sebagaimana zaman dahulu. Kerana apa yang ada di dalam Al-Quran adalah diturunkan kepada Baginda dan disampaikan kepada kita.

Tetapi, hari ini Yahudi yang memegang Al-Quran dan Sunnahnya. Mereka Yahudi  mempelajari kelemahan mereka dan mengkaji kekuatan islam di dalam Al-Quran. mereka Yahudi mengamalkan sunnah Nabi dalam diam. Mereka ambil yang baik untuk mereka guna sebagai senjata mereka.

Oleh kerana Al-Quran dan Sunnahnya adalah kekuatan umat islam, yahudi perlu pisahkan kita daripadanya. Lalu mereka membuatkan hiburan mereka dikenali di dunia. Mereka boleh jadikan sesiapa sahaja artis  paling popular pada hari ini. Maka anak-anak muda kita lalai dengan hiburan mereka.  Yahudi juga mencipta sistem politik yang menyebabkan umat islam bergaduh. Di sebalik janji manis politik terselit agenda-agenda yang busuk. Termasuklah dengan agenda murtad dan macam-macam lagi cara mereka memisahkan kita daripada wasiat Rasulullah saw.

Jadi, sahabat. Kita perlu berpegang  semula kepada Al-Quran dan Sunnah Baginda. Kembalikan diri kita kepada Allah. Buanglah rasa kita hebat, rasa kita kuat, rasa kita pangkat tinggi, rasa kita berkuasa. Yahudi membuatkan kita berlari  di dalam bulatan selama ini.  Bukalah al-Quran,  In sya Allah, kita akan menjadi satu jemaah yang akan digeruni mereka. Di saat itu, mereka akan kembali merasa seperti Rasulullah berada bersama kita.

credit to www.kakimedia.my .

 Masa taip artikel kat atas ni, asal ja ana taip nama Rasulullah, tersentuh hati ana. Air mata pun mau mengalir. Allah ...


Yang ini ana tweet dekat twitter. Saja mau share dengan semua. Korang mula baca dari bawah sekali ya.
Credit to MrTheAllShared.






Rajin rajinkanlah diri tu membaca ya para sahabat sekalian. Sedangkan pada awal Rasulullah dilantik menjadi Nabi, baginda disuruh membaca oleh Malaikat Jibril sebanyak tiga kali.

Iqra' Iqra' Iqra'

Manusia. Tidak akan pernah rasa puas. Lepas satu satu. Tolong rantai NAFSU kalian.
Tidakkah KITA rasa tercabar dengan yahudi ?

KAMI tidak akan tunduk wahai Yahudi Laknatullah !







Cuti Sekejap.
Posted on Saturday 5 July 2014 | 1 comment(s).



Assalamualaikum.

Good afternoon everyone! Haha. Bila sebut tengahari, mesti semua rasa apa yang ana rasa kan? Eleh, buat taktau pulak.. cuaca ni laa. Ta paham lagi kaa? Ohh, mungkin korang tengah duduk dalam aircond tu la ta rasa apa yang ana rasa sekarang. Cobaan~

Hari ni hari Ahad kan. Ana ta pergi bazar berniaga, sebab mau cuti jap hari ni. Apa, korang ingat ana kata cuti tu, ingat ana mau cuti puasa? Hahaha. Actually, Ana na urus harta benda ana. Cuci dan kemas apa yang patut. Sejak ana tolong parents berniaga kat pasar tu, ana sibuk sangat. Takda masa untuk diri sendiri. Cehh! Hahaha. Tapi betul la, na update entry pun susa. Selalu balik balik dari bazar, ana dah kepenatan. Jadi hari ni, ana mau manfaatkan sebaik mungkin peluang cuti ni. Esok dah kena tolong semula kat bazar tu.

Oh ya! 3 Julai bersamaan 5 Ramadhan hari tu, Felixia Yeap dah masuk Islam kan. Tahniah la untuk hari kelahiran semula beliau. Kalau ana ta silap nama Islam dia, Rania Felixia Yeap. Apa apa pun semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk menempuh kehidupan yang baru. Amiinn~
 
Yoshh! sebelum ana sambung kerja ana. Ana mau share tazkirah untuk hari ni :D


Ustazah Armah Aru          12 Julai 2013, Jumaat

  • Adab dengan alQuran adalah meletakkannya di tempat yang tinggi 
  • Sabda Rasuulullah, " Barang siapa yang hadir dalam majlis zikir dalam bulan Ramadhan, ditulis langkahnya ibarat satu tahun, dan pada hari kiamat bersamaku di Arasy-Nya..."
  • Siapa yang memuji Allah dan membaca al-Fatihah sebanyak tujuh kali kerana bertemu Ramadhan, Allah akan menjaga matanya sepanjang Ramadhan
  • Lima kelebihan orang yang berpuasa adalah; Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi  dari kasturi, Diberi balasan syurga, Diampunkan  dosa pada malam Lailatul Qadar, Amalan digandakan berlipat kali ganda, Dikurniakan keseronokan ketika berbuka puasa\
  • Menunaikan yang sunat, dibalas pahala fardhu
  • Amalan fardhu, balasannya 70 kali ganda
  • Sesiapa yang memberi makan kepada orang puasa, pahalanya seperti memerdekakan hamba, dan dosanya diampunkan
  • Orang mukmin yang sebelum tidur dalam bulan puasa menyebut nama Allah, malaikat akan mendoakan rahmat buatnya
  • Keadaan ketika melalui di titian sirat adalah merangkak, berlari lari kuda, seperti kilat, seperti cahaya
  • Apabila mengambil air wudhuk ketika berpuasa, air itu berdoa agar dosa kita di sucikan oleh Allah

Wallahualam.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran ya korang!







Sunnah yang ditinggalkan?
Posted on Thursday 3 July 2014 | 4 comment(s).



 Petikan di bawah ini ana salin dan pes saja.
Selama ni saya ingat lambang A sopan. Rupanya bukan.
SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang . Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah.

Photo: Selama ni sy igt lambang A sopan. rupanya bukan.
SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang . Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah <3

Jom Support->  Dato' Siti Nurhaliza (y)



Wallahualam.




3 Ramadhan 1435.
Posted on Tuesday 1 July 2014 | 0 comment(s).



Assalamualaikum.

Note; Ta perlu baca. Sekadar diari c:

   Untuk yang kesekian kalinya, ana di duga lagi. Lepas satu satu ujian datang. Mau tau ujian pasal apa? Ianya berkenaan topik yang memang ana ta suka iaitu ujian CINTA.

Bukannya ana mau cakap yang ana ni seorang yang cantik, tidak sama sekali. Bahkan mereka yang tertarik dengan ana ni, etc; crush, friend. Mereka sendiri dah mengaku. Mereka inginkan ana bukan sebab rupa tapi sebab apa? Sebab... AGAMA. Dari sudut agama la mereka tertarik dekat ana. Bukan kecantikan yang dorang tengok.Tapi kebenarannya, ana masih lemah dalam sudut agama ni jika di bandingkan dengan orang lain. Sebab ana bukannya warak sangat. Alim pun tidak. Tapi itu lah, memang setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Macam lagu 2PM tu, 'Everything's happen for reason.'
Mungkin Allah mau uji ana.

   Ana mau story sikit pasal dugaan yang terbaru ni. Memang ana sendiri ta menjangkakan perkara ni berlaku. Sebab ana anggap semuanya gurauan selama ni.
Ceritanya macam ni.. Ana start dari sini.

Petang semalam, iaitu Ramadhan ketiga. Ana kan tolong parent ana berniaga kat bazar. So, macam biasa la kan kita jual makanan apa semua tu. Then tetiba my uncle sapa seseorang kat belakang ana. Jadi ana pun toleh la kebelakang.
'Oh, dia rupanya.'
 Tapi ana ta cam sangat sebenarnya itu siapa.  Maksud perkataan 'dia' tu just merujuk kepada orang orang yang sewa bilik bawah kolong rumah kitorang. Sebab ana ta cam.. hihi sebab ana ta suka amik tau pasal orang lain. Kalau ana tau pun, tu sebab orang lain yang heboh heboh la tu.
Kembali kepada perbualan my uncle and orang tu. Sebenarnya orang tu cari kuih but my uncle said, kitorang ta jual kuih masa tu. So my uncle cadangkan dia try cari kat rumah. Perhaps ummi ada jual kuih. Then orang tu pun blah tanpa ana sedar.

Lepas tu, my uncle and ana pun menjual kat bazar tu seperti biasa. Sampai lah waktu kitorang pulang kat rumah tu. Lepas dah solat maghrib apa semua, Ana pun turun la pegi 'memburu' makanan. Hehe.
Kebetulan ummi ngan my uncle dok cerita pasal orang tu. My uncle ada gitau ummi masa on the phone yang orang tu pi tempat kitorang cari kuih. Jadi tadi pula, ummi ceritakan kejadian masa orang tu pulang pi rumah lepas dari tempat kitorang. Lepas dengar cerita ummi ni, baru ana dapat kenal pasti orang tu siapa. Sebab ana keliru dia ngan adik beradik dia.

Masa orang tu sampai ja, ummi tanya kat dia camni lebih kurang.
"E, tadi pacik kau kata kau pi tempat dorang cari kuih?"

Ana taktau pula apa respon orang tu. Tapi kebetulan masa ummi tanya dia, ada pula abang kepada orang tu dan kawan dorang tengah duduk 'bertenggek' kat situ. Jadi dorang pun menyampuk sekali la. Ana ta pasti dialog dua orang tu camna tapi lebih kurang gini la.
" Apa macik?"
"Ohhhh... kami paham tu macik kenapa dia pegi sana."

Dua orang tu tergelak gelak. Manakala yang sorang ni pulak habis malu masa tu kata ummi. Ana masih ta pick up masa tu, sama gak ngan my uncle. So ummi pun terus terang dalam gaya dan ayat berselindung sikit takut orang tu dengar kot. Katanya orang tu pi tempat kitorang tadi bukan sebab na cari kuih, tapi sebab na jumpa ana.

Dalam hati masa tu dah tergelak habis dah. Tapi kat zahirnya ana hanya mampu control ketawa tu dengan senyuman ja. Hahahahaha! Bagi ana lucu sangat.
Oh ya! Even ana rasa lawak benda tu, tapi ana masih anggap semua tu hanya gurauan semata-mata. Mungkin dorang cuma bergurau ja kan. Who knows? Ana pun ta amik kisah sangat. Ana kan santai~

   Sehinggalah malam tu, ana ta ingat pukul berapa. Bila ana bukak wechat ana, Ana nampak ada orang request mau jadi kawan. Then ana tengok gambar dia. Ana ta cam sangat. Orang tu kaa?
Jadi, ana pun teragak-agak mau approve. Tapi sebab ana fikir mungkin dia cuma mau berkawan so then i approved the request. Pastu dia bagi salam. Tapi ana ta balas terus, lepas setengah jam lebih baru ana balas. Kekeke~ memang kejam. Ngam la ngan nama wechat ana 'heartless.'

Malas mau cerita panjang-panjang. Terus kepada 'kemuncak' nya. Haha!
Ni ayat dia dalam wechat.

"Sa cma tkt jak ko mra dn tkt ko xble trma tpi sbnrnya sa tda bhrap pn ko ble trma sbb sa sedr sa siapa d bndingkn ko..yg pnting bgi sa ko dpt tw yg sa sukakn ko.. sa lma da sukakn ko tpi sa xble bt apa2x melainkn bdoa pda allah dn mnta ptnjuk dri nya..sa gtw bkn sa nk kpel dgn ko..sa cma nk ko tw jak apa dlm hti sa..skli lgi sa mnta mf sgt2x.."

Ana yakin korang pun ta paham apa dia taip tu. Entah bahasa mana dia pakai ana pun taktau. Hihi, Gurau.. tu sebab dia terlalu pakai shortform and gabungan dengan perkataan Sabahan. Tapi ana masih dapat baca dan faham apa yang dia cuba sampaikan.

Ana balas, "Hahaha. Sejak bila?"

Masa tu ana rasa lucu sangat. Takyah tanya keadaan ana macam mana waktu tu.
Ana malas mau taip balik apa dia balas lepas tu. Yang penting dia kata lebih kurang camnihh, dia kata sejak waktu ana belum stay kat rumah tebobon ni. Dia penah dengar ummi cakap yang ana ni solat lima waktu. Itu sebabnya dia suka kat ana. Logik tidak? Actually, masa tu ana stay kat kuarters. Tapi dia memang dah kenal ana lama. Masalahnya, ana ta pernah kenal dia pun. Sedih kan?

Hari ni pulak, tanpa ana tanya dia sendiri ngaku pasal semalam niat sebenar dia mau jumpa ana dan bukannya mau membeli. Ish ish ish~ ta paham ana.

Tapi dia tu ok jugak. Budak masjid. Setiap waktu pergi masjid.

Tapi itulah, ana malas fikir bab bab 'cinta' nihh. Kalau boleh, ana takmau kahwin -.-
Bole kahh?
Ana pun dah terus terang kat dia dan ana ta bagi harapan kat dia. Ana bagitau banyak kali tapi dia tetap na tunggu hati ana ni berubah. Erm, ana maksudkan nanti.. tahun tahun yang akan datang. Dia ni ada hajat kat ana. Atoyaii~ ana dah tolak dah. Lantak la. Ana doakan supaya dia suka orang lain. Hahaha. Korang, amin cepattt!

I do not want to get MARRIED anyone.