n a e k k u m n a r a ; <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3479371095654172347\x26blogName\x3dDream+High+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://purrrhana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://purrrhana.blogspot.com/\x26vt\x3d-5261316761584747142', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
N A V I G A T I O N ↑ ⇧
Twi-Ins-You
leave me a message here
button follow below chatbox :D







Anna's Dreamland.


Bazar.
Posted on Monday 30 June 2014 | 0 comment(s).



Assalamualaikum.

Tengok kucing tu. Ni mesti kes penat puasa la nih. Haha. Kesian kesian kesian~
Korang lak camna? Ada ka yang dah rasa letih? Baru hari kedua kot.. jihad jihad!

Ana hari ni join pergi bazar, tolong parents apa yang patut. Bukannya ana pegi beli belah kat bazar tu ya, ana bukan jenis yang suka pegi bazar. Dulu kat asrama, ada gak bazar. Tapi muka ana la muka yang paling jarang korang akan nampak kat bazar tu. Kalau ana pergi pun, sebab kawan minta teman atau ada orang bermurah hati mau belanja ana. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Hihihi.

Kenapa ana ta suka pergi bazar?
Sebabnya, bagi ana makanan yang dewan makan sediakan kat asrama dah memadai. Bukannya dewan makan tak sediakan kuih dan air manis. Ada la..
Sangat mencukupi bagi ana. Bila ramai pelajar beli makanan kat bazar tu, mula la makcik dewan makan mengadu kat kitorang, katanya banyak kuih yang terbazir. Memang betul pun..

Kembali kepada petang tadi punya cerita, kat kawasan kami tu ta banyak pun gerai. Seriously. Biar la, ta kesah pun. Mula mula na buka gerai tu, belum apa apa lagi ana dah cedera. Alaa~ luka sikit ja pun. Hehe.. kes 'ganas' punya pasal. Tapikan, dah la gerai ta banyak, makanan pun tak berapa na special sangat. Sedap tu takyah tanya la. Pada pendapat ana, menu yang paling akan menarik ramai pelanggan adalah kuih muih dan air yang beraneka jenis. Sebab dari jauh lagi orang dah bole nampak warna warninya. Thats based on my opinion la.

Sepanjang kat bazar tadi, -macam ta layak dipanggil bazar- Ana ok, sebab ta panas. Ada ja angin sepoi sepoi datang. Tapi rasa penat tu ofcoshh le ada. Kan puasa kan.. tapi macam ta rasa sangat puasa. But,
 its okay its alright, dont worry fight fight fight! 
-buat yell sikit-
Ana kan kuat. Hihi xD

Hampir tercedera kali kedua, cuai sangat pegang penyepit. Nasib ta berdarah, cuma sakit jaa. Haha!
Tapi takpa, kita santai..
Apa yang penting, sepanjang berjual beli tu, senyuman mesti ada. Supaya pelanggan senang hati. Dah la senyuman ana ni paling mahal kat dunia. Cewwah~ Bhahahaa.

Kalau ana bagitau lokasi bazar tu pun mesti ramai yang taktau sebab kawan blogger ramai yang semenanjung kan. Kalau ada dari Sabah pun, mesti jauh dari area tu. So, takyah mention la. Kekeke.
 -yakin yakin ja-

P/s; Kalau korang perasan, ana banyak guna perkataan 'tapi' atau 'but' . Itu pun kalau perasan la xD

Enough with story for today, seperti yang di 'janji' kan. Ini yang sempat ana salin hari tu (tahun lepas) . Tazkirah for today c:


Ust. Khairul Fa'izi          11 Julai 2013, Khamis

  • Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak boleh memasuki hati yang gelap
  • Cukuplah kematian itu menjadi sebagai peringatan
  • Cara mati ditentukan dengan cara hidup
  • Tidak ada perkara yang paling baik dari kita dimatikan dalam keadaan kita diredhai Allah
  • Dalam bulan ini (Ramadhan), Allah berikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan
  • Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang  yang sabar
  • Siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, dia akan mendapat ganjaran daripada Allah, terlepas dari api neraka dan mendapat pahala yang sama seperti orang yang diberinya makan.
  • Bulan Ramadhan terbahagi kepada tiga iaitu; bulan kerahmatan, bulan pengampunan, bulan pembebasan daripada api neraka
  • zikir digalakkan pada bulan Ramadhan
  • Siapa yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, In sya Allah dia tidak akan merasa dahaga sehinggalah memasuki syurga
  • Bulan Ramadhan adalah bulan transformasi, bulan di mana kita mengubah sikap kita
  • Hukum korek hidung adalah makruh ketika berpuasa
  • "Asyhadu anlailahailallah, Astaghfirullah, As alukal jannah, a'uzubika minannar..." Amalkan zikir ini selalu.

Wallahualam.






Ahlan wa sahlan ya RAMADHAN.
Posted on Saturday 28 June 2014 | 2 comment(s).



Assalamualaikum.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Salam Ramadhan dari Ana. Pejam celik, pejam celik, Ramadhan dah tiba dan datang berkunjung lagi. macam ta percaya ja kan? Hehe.. mudah mudahan ana masih sempat berpuasa esok hari. Ta sabar sangat rasanya. Ana harap dapat puasa penuh tahun ni. Haha. Jom pakat pakat baca niat puasa untuk sebulan malam ni, jadi kalau terlupa niat pada hari yang seterusnya pun takpa. Lain la kalau puasa tu da terputus.. hihi. Korang paham tidak?


Lafaz niat puasa untuk Sebulan

 Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

 Lafaz niat puasa untuk 1 hari

Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Tengok kucing kat atas tu, mesti dia dah nampak anak bulan kan?

Ana berniat mau kongsi tazkirah pada bulan Ramadhan tahun lepas yang ana sempat salin masa stay kat asrama dulu. Semua ni yang ana sempat salin ja. Sekadar peringatan bersama :D


Ust. Nik Anwar Zakaria          10 Julai 2014, Rabu.

  • Tiga adab bertemu Ramadhan adalah merasa gembira bila bertemu Ramadhan, sabar dengan ujian Ramadhan, dan memuliakan Ramadhan.
  •  Ramadhan bulan yang dimuliai, tetamu agung Allah, satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran
  • Orang yang mati pada hari Jumaat akan terlepas dari azab kubur
  • Apabila masuk bulan Ramadhan, syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, pintu syurga di buka seluas-luasnya
  • Sabda Nabi," Celakalah sesiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi dia tidak mendapat pengampunan pada bulan Ramadhan..."
  • Takwa sesuatu yang amat sukar untuk dicapai
  • Kita kena bersungguh beribadah kepada Allah dalam bulan Ramadhan
  •  Tiga makna asas TAKWA oleh Imam al-Ghazali iaitu takut/gerun/ngeri terhadap Allah, taat kepada Allah, dan menyucikan hati daripada dosa
  • Bila hati suci, kita mudah taat kepada Allah, ibu bapa dan guru
  • Kita perlu bermujahadah di bulan Ramadhan


Itu ja yang ana sempat salin hari tu. Tapi takpa, nanti kalau korang rajin, singgah la blog ana bila bila masa. In sya Allah kalau ana rajin, ana kongsikan tazkirah tazkirah daripada ustaz ustaz ana masa bulan puasa dulu. Apa apa pun, jom perbanyakkan amalan pada bulan puasa ni. Ta rugi pun.. lagi untung adalah. Ganjaran berlipat kali ganda kan.. Sugoiii!

Selamat berpuasa kepada umat muslimin dan muslimat semuanya. Semoga Allah memberi rahmat dan kekuatan kepada kita semua lebih lebih lagi kepada saudara kita di Palestin, Mesir, Syria dan yang lainnya.

Nasihat daripada ana; kalau berbuka tu, mulakan lah dengan makan yang manis macam sunnah Rasulullah iaitu berbuka dengan tamar dan kemudian air mineral. Perkara senang macam tu, jangan sia sia kan, tetap ganjarannya berlipat kali ganda. Pastu, solat maghrib dulu. Lepas solat maghrib baru la hentam semua makanan. Hahaha. Doa jangan lupa tau. Sebagai peringatan untuk ana jugak.






Wallahualam.








Kisah Wanita Cantik Yang Mencari Pemuda Setampan Nabi Yusuf AS.
Posted on Tuesday 24 June 2014 | 4 comment(s).


 Assalamualaikum.

Sobahal khoir jami'an.
Pagi yang indah ya,di Sabah. Hehe. Hari ni ana cuma mau kongsi cerita yang ana terbaca kat laman wechat. Biasalah budaya 'copy paste' sangat berleluasa kat wechat tu berbanding facebook. Itu pada pendapat ana la. Semoga cerita ini dapat dijadikan tauladan.

 Pada Suatu hari ada seorang perempuan Arab yang sangat cantik dan terkenal. Semua pemuda ingin melamarnya. Namun, perempuan cantik itu belum juga memutuskan dengan siapa dia akan menikah. Dia merasa tidak ada satu pe­muda pun yang pantas bersanding dengannya. 
Semakin lama, perempuan cantik itu semakin bangga dengan kecantikannya. Ia semakin menyepelekan setiap pemuda yang datang kepadanya. "Aku hanya ingin menikah dengan pemuda setampan Nabi Yusuf," katanya. Perempuan cantik itu kemudian memutuskan untuk mencari pemuda setampan Nabi Yusuf. 

Suatu hari, dia berjalan ke sebuah kota yang sangat ramai. Di tengah peijalanan, dia bertemu dengan seorang nenek tua. Akhirnya, dia berjalan bersama nenek itu. "Nenek tua, apakah kau bisa membantuku menemukan pemuda setampan Nabi Yusuf yang akan menjadi suamiku?" tanya si perempuan cantik. Si nenek tua menatapnya. "Hai perempuan cantik, apakah kau sudah pernah melihat ketampanan Nabi Yusuf?" Perempuan cantik itu menggeleng. Si nenek tua kembali bertanya, "Jika begitu, bagaimana kau bisa mendapatkan lelaki yang setampan dia, sedangkan kau belum pernah melihatnya?" Perempuan cantik itu diam saja mendengar pertanyaan si nenek.

 Keduanya berjalan beriringan. Mereka melewati sebuah kampung. Kampung itu terlihat sangat subur dan hijau. Perempuan cantik bertanya, "Menurut nenek, apakah di kampung ini ada pemuda setampan Nabi Yusuf yang akan menjadi suamiku?" "Pertanyaanmu aneh sekali. Aku saja baru melewati kampung ini dan aku tidak tahu apakah ada pemuda tampan di sini. Tapi menurutku, semua pemuda itu tampan. Bukankah kau tidak tahu setampan apa Nabi Yusuf?" tanya si nenek. Perempuan cantik itu hanya diam dan tidak menjawab pertanyaan nenek tua. Mereka kembali meneruskan perjalanan. 

Baru setengah perjalanan, mereka bertemu dengan sekumpulan pemuda yang sedang berburu. Si perempuan berbisik, "Apakah di antara pemuda itu ada yang setampan Nabi Yusuf?" Nenek menjawab, ``Aku semakin tidak mengerti dengan keinginanmu, perempuan cantik. Bukankah semua pemuda itu tampan? Aku lihat, mereka banyak yang menyukaimu. Cepatlah memilih dan menikah." Perempuan cantik itu diam dan tidak menjawab sepatah kata pun mengenai komentar si nenek. 

 Lalu mereka terus melanjutkan perjalanan demi perjalanan sampai bertahun-tahun hingga akhirnya sampailah keduanya di sebuah hamparan tanah luas nan gersang. "Nenek, bagaimana mungkin aku dapat menemukan pemuda setampan Nabi Yusuf di hamparan gersang ini?" tanya si perempuan cantik. Nenek memandangnya, "Jikapun ada pemuda tam­pan di sini, mereka tentu takkan menoleh kepadamu. Wajahmu tak lagi cantik dan kau sudah menua," kata si nenek sambil mengeluarkan sebuah cermin. Tanpa disadari, si perempuan cantik itu kini sudah menjadi tua. Perjalanan yang dilakukan dengan si nenek telah memakan waktu puluhan tahun dan menyedot kecantikannya. 

Ternyata, si nenek adalah malaikat yang berusaha menyadarkan perempuan itu. ... "Jika ada yang menunda suatu pernikahan hanya karena ingin mencari sosok impian yang ideal menurutnya sendiri, berhati-hatilah karena bisa jadi dia akan kehilangan semuanya. Allah menciptakan manusia dengan kelebihan dan kekurangan." 

 Semoga ALLAH memberikan jodoh bagi siapa yang belum mempunyai jodoh, yang soleh dan solehah, yang mencintai ALLAH dan Rasul-Nya, dan paham terhadap al-Qur'an, sehingga bisa membimbing anak-anaknya menuju kepada ALLAH. Aamiin.
Sila Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

#kopidanpasta .


 
 Betul kah?

Photo: :) betul ka ? :)

Jom (y) page --->  Allah segala galanya Bagiku



Wallahualam.







Pengalaman mengurangkan berat badan.
Posted on Sunday 22 June 2014 | 9 comment(s).



Assalamualaikum.

 
Minna! Konnichiwaaa~
Actually i want to share my experience for those who interested to know.  Macam ni ceritanya, waktu ana tingkatan tiga, ada satu.. lupa lak, pertubuhan ka.. apa benda tu. Erm, yang pentingkan waktu tu mereka ada sediakan 'perkhidmatan khas' kat sekolah ana sempena program; something untuk kesihatan ta silap ana. 'Khas' la sangat~
Semua orang bole cuba masa tu. Lagipun, FREE tu! Siapa takmau? Jadi apa lagi, panjang la orang beratur kat dalam dewan sekolah. Ana pun ta mau rugi, so ana ikut kawan beratur sama. Firstly, kitorang cek darah. Ok, cekpoint pertama ana lepas sebab darah ana normal. Tak darah tinggi. Biasalah, kan santai kan ? hehe.

  Second, ana pegi ukur ketinggian pastu timbang berat. Then ana gitau la kat orang tu my height and my weight supaya dia bole kira la BMI ana. Lepas siap kira tu, dia kata ana ni pre-obes. Oh no! Zon Bahaya! Then dia bagi la nasihat sikit kat ana. Katanya, kalau takmau pre-obes tu.. dia suh ana turunkan berat ana pergi 55 kg sebab waktu tu berat ana 63kg. Jangan  over terkejut korang. Ana takda kat sana na bertanggungjawab kalau korang shock and faint. Haha melebih.

   Tu laa.. makan lagi makan lagi. Ana memang kuat makan. Especially nasi. Kalau dalam piring tu kan, nasi ta bole kurang dari lauk. Mesti lebih. Pastu, kat hostel selalu minum susu full cream. Tapi itu dulu.

Bila da dengar macam tu, pre-obes? Apatah lagi OBES. No way! I must find the solution. Yeahh. SOLUTION.
Dan ana mendapat inspirasi daripada watak dalam drama Dream High iaitu Kim Pil Suk. Kalau mau tau lebih lanjut pasal Pil Suk dan drama tu, klik sini.


 Ana lukis babak dan dialog PilSuk ngan Miss Maeng dalam diari.

Ana mulakan eksperimen ni masa form four. Ta silap ana bulan February sampai dua ratus hari. Korang agak agak la sendiri sampai bila tu ya. Hihi. Sepanjang ana menjalankan misi tu, banyak jugak halangan yang ana tempuhi. Bukan sekadar dengan penat exercise setiap hari. Tapi itu ok, sebab ana kuat!
Masalahnya orang sekeliling. Some friends yang ta rapat ngan ana, ada yang kata cara ana ni ta betul. Tapi dia cakap ngan kawan ana. Not face to face with me. But who cares? Haha. Selagi ajal tak datang menyahut, akan kutempuhi segala halangan dan rintangan. Cewwahh!
 Pastu parents pula, ummi laa.. sengaja masak sedap sedap supaya ana kalah ngan nafsu. But! For me, once ana cakap ana mau buat benda tu betul betul, ana akan tekad berusaha dan tak kan mengalah. That's me actually. Teguh pada pendirian. -Sometimes la-

Ini gambar memori lepas pmr.


Ana kat tengah tu. Masih bam bam :D

Sepanjang duaratus hari tu, ana langsung ta sentuh nasi dan ais batu. Ha! Korang bole?
Memang kiranya cara ana ni memang untuk orang yang berani mati. Ok merepek.
Meh la ana share tips ana sepanjang 200 days itu.

  • Mula mula, ana sediakan buku nota kecil untuk catat setiap pemakanan yang ana ambil pada setiap hari dan catat berapa berat badan ana setiap hari tu. Means ana setiap hari timbang berat ana. So, sediakan penimbang berat badan. Bukannya penimbang tepung kat dapur tu.
  • Ana langsung ta makan makanan yang berat seperti nasi dan mi. Apa pun jenis nasi dan mi, nasi goreng, mi goreng, mi sup, nasi sup, eh! resepi tu ta penah jumpa lagi.
  • Pagi, ana akan makan biskut; oat krunch atau biskut lain yang ada kat locker ngan air milo or teh kat dewan makan. Memang blur la budak lain tengok ana masa tu. Ana buat derk jaa. 
  • Tengahari, ana makan buah kat dewan makan. Beli bun kat coop atau buat bekal roti sendiri.  -mesti korang ta paham pasal bekal tu kan-
  • Petang, ana makan buah atau biskut atau susu low fat dutch lady. Milk is oishiii !
  • Jangan sesekali sentuh makanan yang berminyak. I mean, makan.
  • Dah tu, jangan minum air sejuk. Lebih lebih lagi yang ada ais ketul ketul dalam gelas tu. Say No to ais batu!
  • Amalkan minum air suam. Seperti yang kita tau, mesti minum air banyak setiap hari.
  • Setiap hari ana akan minum susu low fat. Bole bagi tenaga sikit and kuat kan segala tulang yang ada dalam badan ni. Sekali back up tulang untuk exercise.
  • Ana tidak makan lepas jam tujuh petang. Even minum sekali pun.
  • Lastly, never escape exercise. Cara ana, SKIPPING. Fifteen minutes a day. Rajin? Buat lah setengah jam. Tapi mula mula, takyah lama sangat. Takut tak biasa kan, nanti merungut sebab kejang pula kaki tu. Make sure warm up before do exercise. 


  •  Sebenarnya ini tips kalau mau pantas dan cepat kurang berat badan. Jadi bila korang dah berenti exercise lepas berjaya kurangkan berat tu, then korang start makan makanan berat berat balik, berat badan korang tu akan laju laju naik balik. Berat badan akan bertambah dengan cepat. So, keep always exercise. Gaya hidup sihat tu. Hehe.
     Korang bole ja makan nasi sebenarnya kalau na kurangkan berat, tapi perlu la dengan kadar yang betul dan pengambilan makanan yang seimbang.

    Memang sepanjang ana menjalankan projek tu, ana perlu Tabah. My chingu always ask me,

    'Kau tidak lapar kaa?'

    dalam loghat Sabahnya, and i answered,

    'Nope. Itulah perlunya Bismillah sebelum makan.'

    Tips ana supaya ta cepat lapar adalah baca bismillah sebelum makan dan makan pelan pelan macam sunnah Rasulullah.
    Tapi kalau dah malam tu, dan ana masih stay up. Memang lapar la jawabnya geng. Hahaha.

    Even my ustazah, perasan ana makin kurus. When she ask me about it. I just said that it was nothing actually. But she really eager to know, so she asked my friend and my friend told her about my plan to reduce my weight. Habis pecah rahsia. Aigoo~ kawan ana ni laa. Masa tu ana ada sekali kat situ. Lepas ustazah tau, she looks at me with a shock face. Hehe. But she's okay

    Dan akhirnya ana berjaya kurangkan berat daripada kepala enam kepada empat.
    Tapi sekarang usah tanya le. Memang bam bam duduk kat rumah ja. Tapi tak lah bam bam sangat macam dulu.. cuma berisi sikit jaa xD

    Ini lepas ana habis 'projek' tu. Masa form four. Tengok baju rumah sukan pun longgar. Haha.


    Maaf. gambar kecil. Hihi. At least korang nampak saiz ana.

    Breakfast like a Queen
    Lunch like a Commoner
    Dinner like a Bum

    ini formula untuk diet.

    Korang pun cuba la. Walaupun bukan pakai cara ana. Terpulang kat korang.
    Mungkin mula mula korang akan rasa sangat bersemangat, tapi dekat pertengahan.. korang mula rasa malas untuk berusaha. Jadi tolong ingat petikan ni,

    'When you feel like giving up... REMEMBER the reason why you held on for so long in the first place...'

    Aja aja fighting!





Dream High.
Posted on Friday 20 June 2014 | 6 comment(s).



Assalamualaikum.

  Yeorobun! Annyeong .
Selamat pagi DUNIA ! dalam kurungan, 'blog'. Hee~
Yalah. Cuma kat dunia blog ni ja ana bole berdrama drama sikit. In real? Hehe.
Shy shy cat gituu.
Awal tidak ana bangun? Ha! Jangan tidur balik suda. kekeke. Lepas tolong ummi tadi, ana mau update entry ni. Selagi ada mood jari ni mau menari nari di atas papan kekunci, baik ana on lappy cepat cepat.
Korang dah celik belum? Oh, yang masih sekolah and kerja tu mesti la dah bangunkan. Atau.. ada yang masih terlelap? Omo! Wake up!!

   Dah bangun? Oh okie okie. Sebelum naik kereta, bas sekolah, singgah dulu baca entry ana ni.
   -Ok gurau-

Kembali kepada tujuan sebenar ya.

Pagi ni ana mau cerita sikit pasal drama yang ana minat sangat tengok ni.
Drama yang diterditkan pada tahun 2011 rasanya.


Drama ni sangat sangat interesting sebab semua jenis dia ada lawak, dendam, cinta, semua ada. Lagu ost dia pun beshh gak. Tapi yang paling penting, banyak juga terselit nilai pengajaran dalam cerita ni seperti;
  • kita perlu berusaha untuk mencapai matlamat kita.
  • jangan mudah putus asa.
  • perlu mengenal pasti cita cita kita.
  • pentingkan persahabatan.
  • jangan silap mendidik pelajar.
dan banyak lagi la. Memang ta bosan ana tengok berulang-ulang kali. Hehe.




Antara pelakon dalam drama ni.


Drama ni juga yang membantu ana dalam menjalankan 'projek besar' ana iaitu projek kurangkan berat badan. Nanti ana share pengalaman ana kurangkan berat dekat entry yang akan datang. Sabo ye.

Kebetulan tahun 2011 tu, drama Dream High dah ditayangkan. Ana tak tau pun sebenarnya sampai la ana 'terserempak' ngan drama tu kat Youtube. So ana tekan dan tonton sikit. Bila tengok tu, macam beshh pulak jalan cerita dia. Apa lagi, download terus la! Hehe.
Dan melalui drama ini lah ana mendapat inspirasi untuk kurangkan berat ana. Sebenarnya, dalam banyak banyak watak tu, ada satu watak pelakon sampingan yang bernama Kim Pil Suk dilakonkan oleh IU. Pil Suk ni adalah seorang pelajar yang berbadan besar tetapi oleh kerana dia suka ngan sorang laki hensem ni, dia buat perjanjian ngan laki tu dan tekad untuk kuruskan badan. Lagipula dia sering diejek oleh kawan kat sekolah.

 Kim Pil Suk bersama sama Jason; lelaki yang diminatinya.



Pilsuk dengan Miss Maeng; yang membantu dia untuk kurus.


Kata Miss Maeng kepada Pilsuk,

'There is no ugly woman in the world. Only lazy woman.'



Dan akhirnya matlamat Kim Pil Suk tercapai.

Tapi drama ni tidak la fokus kepada pilsuk jaa. hahaha.
Ending dia.. tengok la sendiri. 
Perhaps ni ja yang ana mau kongsi setakat ni. Yang belum tengok drama ni, silakan ditengok pat pat! Gerenti ta rugi punya.

Ana khattam banyak kali dah drama ni. Tapi bukan tengok dari awal sampai habis banyak kali. Ana just suka ulang part yang interesting ja. Macam babak dorang menyanyi. Sebab tu agak hafal sikit. Baik pegi khattam alQuran kan. But dont worry, ana dah khattam quran beberapa kali.. tapi still ta hafal semua surah tu. Hehe. Bukan senang kan .. Hohoho~

Pastu, ada lagi Dream High 2. Tapi ana lebih prefer yang first ni. Nanti la tunggu ana rajin, ana update yang kedua nih.

Ok, na sambung tidur. Eh! tershashul lak. Mau blogwalking jap xD
I want to wish selamat pagi kat bloggers satu satu. Sweet tidak?

Salam yaumul khatimah.







REZEKI belum ada.
Posted on Wednesday 18 June 2014 | 7 comment(s).



Assalamualaikum.

  Penganggur Tersohor. Yupp! That was me. Haha.. bosannya duk rumah jaa. Nampaknya rezeki ana untuk sambung belajar belum ada lagi. Aduh! Jap jap ..
habis berair mata ni, jari tercucuk mata. -careless sangat- Haaa .. ok ok dont worry, still bole melihat. Belum buta lagi. Just a second, lap air mata sat.

   Ok dah. Mau taip pasal apa tadi? Atoyaii .. lupa pulak.
-tengok tajuk entry-

Ohh .. rezeki. Sebenarnya takda mood mau update entry sejak beberapa hari yang lalu. Ini pun ana gagahkan jugak jari untuk menaip di atas keyboard lappy biru ni. Entah kenapa. Idea dah ada. Mungkin malas mau taip kot. Kalau ana la kan, perlu ada mood, perlu ada feel ~ cehh! Haha.
Sambil mendengar music box, ana menaip.

   Actually, yesterday result ipg suda keluar but unfortunately, i was not the lucky one to be accepted at there. That is why i have said before. Bukan REZEKI ana la tuu. To be honest, memang ana ta yakin diterima kat situ. Hehe. Tapi lain pulak orang di sekeliling ni.. mereka lebih over confident padahal bukan dorang yang amik pun. Hahaha. -takyah tanya siapa-
Ana ta kesah sangat. yang ana kesahkan, orang yang kesah pasal ana. Paham ka tidak?
-saya budak santai-

Maaf berhenti kejap. baca cerita seram tadi xD
Ok sambung.

 Sebelum terlupa, ana mau ucap tahniah kepada calon yang diterima masuk kat ipg termasuk kawan kawan ana tu. Korang memang layak. I am happy for u guys! Chukae xD

Rasa penat juga sebab dah buat ujian bertulis, ujian fizikal, temuduga, then .. tetiba keputusannya, tak diterima. But that's okay. Ada juga pengalaman sekurang-kurangnya kan ?  Santai laa ~

 But one thing is, macam mana kalau orang yang tak berkemampuan? Disuruh ke sana ke sini. Segala galanya ditanggung sendiri; etc. tambang apa semua. Agak kesian juga walaupun memanglah orang kata, 'tiada alasan untuk berjaya'. Tapi, dah habis keluar duit apa semua, alih alih tak dapat.
Kesian mereka.

  Balik ke cerita ana,
Walaupun ana okay, tapi.. ana kesian dekat parents, they really want me to be accepted there. I am sorry. But next time, i am promise i wont let u down.
In sya Allah.

Sekarang. Masih stay di rumah. Bangun awal pagi, solat subuh, tolong ummi masak kuih apa semua. Dah siap semua, layan diri. Buat kerja sendiri i mean.

Unisza melepas, ipg ta dapat. Ana ta berniat untuk salahkan sesiapa. Sebab memang tiada siapa yang bersalah dalam hal ni. Dan ana tau, sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling hebat. Mungkin itu bukan la yang terbaik untuk ana. So, I am okay with it.

Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta. Kadang-kadang  Allah tak bagi kerana Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan  Allah tak bagi terus. Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita.

Semua perkara yang berlaku dulu ada hikmahnya, tak kira la ia berkenaan apa sekalipun. Yakin lah bahawa Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan dulu.

Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungki kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Kita tidak tahu.
Allah lebih tau.

Kata kata kat atas tu ana amik dari kawan ana. I have got no idea where did she get it from, but i have heard it before. Dia post kat wechat dalam bentuk gambar. Kami berkongsi nasib yang sama, sebenarnya. I felt sorry for u chingu. Kesian dia, mau sangat masuk ipg nih. Tapi sekarang dia kat USIM. Apa apa pun ana doakan yang terbaik untuk dia. Aja aja !

 Jadi sekarang, masa untuk on plan B. Apa dia?
Tunggu Lee Chan Hee datang meminang. Hihihi. -gurau-


 Hensom kannnn xD

WARNING! Jangan tengok lama lama, nanti jatuh cinta.

Ok lari tajuk.
Plan B nyaa ... ana minta tolong dengan kawan ana yang sorang nih. Harap dia boleh bantu la, sebab dia pun belum mula study lagi.. sibuk cari duit. Mau meminang anak orang la tu. Haha.. dia pompuan actually.

Ana buat entry nih bukan mau minta kesian dekat korang. I just want to share my experience even it was not great like yours. Just, take moral from the story if it does have. May be one or two? Anyway, I hope u will pray for my success and i will pray for yours as well.

'kerana aku yakin dengan ketentuan Allah, aku redha.'
Ana suka quote kat atas nih. I made it. But it looks pretty Dramatic. Hehe.

No need to comfort me. Because i know. I am a strong girl.
Fight for the FUTURE!







Kongsi kisah seram?
Posted on Friday 13 June 2014 | 10 comment(s).



Assalamualaikum.

  Paro chigeum, i mean. Right now, i am in the car waiting for my sis who was at the post office. Lambat sangat.. haha. Ta sabar dah na bersiar 'cuci mata' ni. Hihi. Korang apa khabar? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat, syafakillah. Jaga diri baik baik tau korang. Hmm, hari nih. Takda apa sangat, ana cuma mau kongsi cerita sementara tunggu ka long yang lama sangat tuu. Cerita apa? Hehe, mesti la cerita yang best sikit iaitu berkaitan 'hantu'. Mungkin ada tokok tambah sikit.
Ta kesah la. kalau ta beshh, jangan marah tau! Wuuu~


Kisah pertama.

Malam itu, A dan B bercadang untuk sambung stay up di bilik study selepas kelas prep (preparation) habis memandangkan keesokan harinya, mereka akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Sedang leka si A menulis di buku notanya, tiba- tiba dia tidak sengaja terlanggar pen di sisi dengan sikunya. Lalu pen itu jatuh ke bawah. A pun terpaksa tunduk ke bawah meja untuk mengambil pen itu. Semasa dia mencapai pen tersebut, A sempat mengerling ke arah kaki Si B. Apa yang dilihat oleh A adalah, kain si B berterbangan ditiup angin tetapi langsung tiada kaki yang dilihatnya. Si A yang terkejut, segera bangun semula dan duduk di tempatnya. Dia kemudian kelam kabut menyusun semua buku bukunya sambil berkata kepada Si B,
" Erm, awak, saya naik dulu lah. Saya dah mengantuk sangat ni."
  "Mengantuk ke ... atau awak dah tau?" balas si B.
Saat itu juga si A jatuh pengsan. Keesokan harinya, dia disedarkan oleh kawan kawannya di bilik study itu.


Kisah kedua.

C sedang mengulang kaji di meja belajarnya kerana dia tidak dapat melelapkan mata malam itu. Dia duduk menghadap ke arah tingkap. Jam menunjukkan tepat pukul tiga pagi. Pelajar puteri lain sedang lena dibuai mimpi. Sedang khusyuk C mengulang kaji pelajarannya, tiba tiba warden lelaki yang menaiki motosikal berhenti di luar tingkap. Dia berpesan kepada si C supaya jangan tidur lewat sangat dan menyuruhnya agar tidur. Saat itu, si C hanya kaku memandang warden lelaki itu. Kemudian, warden itu pun pergi dengan motosikalnya. Si C berasa sangat hairan bercampur rasa takut yang amat sangat segera pergi ke katilnya dan menutup dirinya dengan selimut. Dia terfikir. Bagaimana warden lelaki itu boleh lalu di luar sedangkan bilik yang dihuninya sekarang berada di tingkat tiga. Lagipun di luar tidak ada beranda untuk dijadikan laluan. Ini bererti warden itu tadi ???




Kisah ketiga.

Si D terbangun dari tidurnya kerana dia berasa ingin ke tandas. Dia tidak berani untuk pergi seorang diri lalu dia mengambil keputusan untuk membangunkan si E. Setelah berhasil membangunkan si E, mereka berdua pun pergi ke tandas. Semasa sedang buang air, Si D berkata kepada si E yang berada di luar.
   "E! Awak kat mana?"
   "Saya ada di depan pintu awak ni."
Si D berasa hairan. Dia berfikir bahawa si E menipunya kerana jika benar si E di depan pintu tandasnya, sudah pasti dia boleh nampak kaki si E di lubang bawah pintunya. Si D yang berasa tidak puas hati kemudian bertanya lagi.
   "Awak cakap la betul betul. Jangan la tipu. Tunggulah depan pintu ni!"
   "Ya, saya depan pintu la ni."
   "Ishh jangan la bohong saya!"
Tiba tiba suara si E berubah menjadi agak garau, "Awak dah tau ke?" 
Si D mula berasa ketakutan. Dia segera bersiap setelah itu dia tolak pintu tandas dan kelam kabut berlari ke biliknya. Setibanya di bilik, dia segera ke katilnya dan menutup mukanya dengan bantal peluk kerana ketakutan. Beberapa saat kemudian dia terdengar suara berkata,
  "Katil satu? Dah tidur .. katil dua? dah tidur.. Katil tiga? Pun dah tidur.. Katil empat?"
Jantung si D berdegup kencang. Dia lah katil yang keempat. Dia merasa 'benda' itu semakin dekat dengannya. Dia pun mengambil keputusan untuk membuka mukanya yang ditutup dengan bantal peluk. Lalu dia menggunakan bantal peluk itu untuk memukul 'benda' itu. Tetapi tiada apa yang berlaku malahan dia dicakar di muka oleh 'benda' itu.

*ini kisah benar, sewaktu mak cik kepada kawan ana masih duduk kat asrama.


  Semua cerita kat atas tu kejadiannya kat sekolah asrama ya. Kalau ada yang korang ta paham, tanya lah ana. Sebab ana memang ta pandai bercerita. Mungkin semua cerita ni korang pernah dengar dan mungkin agak tidak masuk akal. But, who cares? Hahaha.. layan ja laa. Santai~

This one is my sis experience. Waktu tu dia masih kecil dan of course ana lagi kecik dari dia. Haha. Masa tu jugak gigi dia baru patah, biasa lah budak budak kan. Masa dia tengok cermin, dia ternampak sesuatu kat cermin tu jadi dia pun ketakutan la. Ana dah lupa da camna jalan cerita. Ini ja yang ana ingat. The second one, ka long sedang sisir rambut depan cermin.
 -kalau taktau apa tu sisir, sikat tau?-
Then dia ternampak lagi benda yang sama. Cepat cepat dia alihkan pandangan dia kepada ummi di sebelah yang sedang lipat kain waktu tu. Sebab takut sangat, dia gitau la ummi apa yang dia nampak . She saw, seorang nenek tua yang hodoh hodoh hodoh sangat rupanya. Ana pun ta tau mau describe camna. Macam nenek lampir kot atau mungkin lagi buruk. I have no idea. Tapi lepas tu ana lupa pula apa respon ummi dekat ka long.
Apa apa pun, kalau korang ta mau terserempak 'benda' tu kat cermin, baca la doa sebelum tengok cermin.


 

Macam ni kaa?

Untung dia penah nampak kan. Ana pun mau jugak~
Kekeke.







Dear 'my future'.
Posted on Sunday 8 June 2014 | 7 comment(s).




Assalamualaikum.


Salam asar dari Sabah. Hehe. Ni baru lepas solat asar pastu doa bagi panjang sikit, eh tak. bagi panjang banyak banyak. Yolah, ana ni kan manusia, manusia lak tak lari dari pelbagai kesilapan dan kekhilafan. So, doa banyak banyak, mintak ampun kat Tuhan. Pastu, minta maaf ngan korang semua lak, takut takut ana pernah buat salah sampai menyakitkan hati sesiapa. Jadi tanggungjawab ana minta maaf kat manusia dah lepas. Tanggungjawab korang untuk maafkan? Wallahualam.

Erm, kalau dalam doa kita mesti akan selitkan doa untuk parents kita kan. i know, mesti korang cakap 'mesti la, wajib tu'  Ha! yepp that's right. Antara doa dalam arabnya ana mau kongsi jugak. Mungkin korang dah lama tau. But perhaps korang LUPA ? Sekali lagi ana kata, kita manusia, dan manusia sering dikaitkan dengan sifat 'pelupa' nya. Macam ana, i am the forgetful one. Hee~
 Jadi.. meh ana kongsi :D

Bismillah.

'Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro'

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa keci.

Okie dokie! Korang memang anak mithali. Yeahh! Haha.
Oh ya! -tukar mood sedih jap- Hari tu ana dapat tau dari kak long ana, entah dari mana dia dapat berita ana pun lupa. Dia kata kat ana yang Si Hero dah mati. Oh no! sedihnyaa.. sebab ada penyakit leukimia? -kalau tak silap- Tuan Si Hero sedih sangat. Ana pun turut berdukacita TT .TT
Takpa la, daripada Si Hero menderita, .. mungkin itu yang terbaik untuk dia.

Ehem ehem.. kembali kepada topik sebenar. Future? Dalam melayu 'masa depan'. Hek eleh, macam korang tak tau pulak kan. Ok ok, ana pun ta terer mana pun bahasa inggeris ni. Jadi, siapa yang sudi mau ajar tu. Ohh, ana sungguh berbesar hati lagi bersyukur jika anda sudi memberi tuisyen percuma. Kekeke.

Dah dah dah, suka sangat ana ni 'memesongkan' tujuan sebenar entry. Tentang masa depan tu, ia merujuk kepada ana; my future. Kenapa? Sebab ana ta pasti lagi arah tuju ana yang sebenar. Erm i mean, my study. Sebelum ni ana dalam dilemma -cewwah! dilema gitu- sebab.. ana perlu buat pilihan antara UniSZA atau IPG. Of course ana pilih ipg sebab ana minat bidang dia iaitu bahasa inggeris, sementara unisza lak teknologi maklumat (multimedia). 
Terus terang ana cakap, that was not my first choice. But rezeki ana dapat di situ. Ok fine, ana redha. Tapi! ana menghadapi masalah sebab pendaftaran unisza diadakan pada lapan jun; it is today. But i am still in Sabah and not Terengganu. Oh, i am pretty sure u are asking me 'why' right now.

Sebabnya camni, -ok yang takmau sambung baca tu takpa. its ok c: -
ok sambung. Because, ummi said, lebih kurang camnihh 

"Kalau mau pergi unisza, even ana dapat ipg, ana tak bole patah balik"

Ummi ta cakap slang semenanjung ok. 'Kite' asal sabah tau! Hehe. Korang anggap ja la seakan akan ummi ana cakap ayat tu.
So that's mean ana mesti stay dekat unisza, padahal ana ta minat bidang tu. Jadi ana ambil keputusan untuk tinggalkan unisza and wait for ipg. Actually, that is my dilemma. Terpaksa pilih antara dua, sedangkan ipg tak pasti akan diterima atau tidak.

Sekarang ni, apa yang perlu ana buat adalah terus berdoa dan berdoa supaya ana dapat masuk ipg. Sebenarnya ana ta kesah sangat dapat ka tidak -sebab ana jenis santai- sedang santai tu, banyak ikhtiar ana bole dapat. in sya Allah.
Sebab utama kenapa ana mau sangat dapat ipg sebab niat pertama kerana Allah
-itu wajib-
Kedua, sebab parents mau sangat ana masuk ipg.
Bagi ana, belajar memang ana minat. Tapi tak suka exam. Dua perkara ni la (Allah dan ibu bapa) yang memberi inspirasi kepada ana untuk terus menimba ilmu Allah yang tidak terjangkau ni. Memandangkan ana  ni kira macam 'ayam tambatan' dalam keluarga even i was the second daughter. So, bukan niat ana untuk menghampakan keluarga ana. Even kawan ana pun letakkan harapan pada ana dan risau juga pasal ana. Padahal dorang tau ana ni 'budak santai', senyum dalam apa apa keadaan pun. ok itu tak betul. Erm, tapi macam betul juga.. kadang nangis kesakitan, tapi masih mampu untuk tersenyum. Aneh? Hahaha.

Sempat lagi ana buat drama hindustan kat wechat tu. Hehe.


 Takda maksud apa apa pun statement tu. Cuma ana suka merepek. Saja mau buat kecoh. Dah takda keja la tu. Baik amik wudhu baca quran. Kan kan kan..

Jadi, ana tinggal TAWAKAL ja laa. Berusaha sudah, doa sentiasa 'update' dan berserah kepada Allah. Bukan pula 'tawakul' iaitu berserah kepada Allah tanpa berusaha. Lihat besar sangat perbezaan antara tawakal dan tawakul.

Masa depan ana ni, ofcourse i dont have any idea how it will be since it was 'qadak dan qadar' yang Allah dah tetapkan kepada setiap hambanya. Walaupun 'mungkin' ana ta dapat ipg. Korang, do not worry and just be happy. Mungkin rezeki ana kat tempat lain. Allah itu Maha Adil. I will never stop struggling in my life and i will forever have a faith in Allah. Never ever leave Him behind since i really love Him badly.

Kepada korang semua alias 'sahabat', jangan lupa doakan ana, nama penuh nur farhana binti ommar sidik dan calon calon lain agar diterima masuk institut pendidikan guru (IPG) dan sudah tentu ana pun akan doakan kejayaan untuk korang semua di dunia dan akhirat. Amiinn~

Wallahualam.







G.A by farahdeena fisal
Posted on Saturday 7 June 2014 | 10 comment(s).


salam and hye people :),
farahdeenafisal.blogspot.com sedang bermurah hati ingin memberi hadiah kepada blogger-blogger yang sedang bergiat aktif pada masa sekarang.
Oleh yang demikian,terhasil lah giveaway by farahdeena fisal.
Penyertaan semua blogger amatlah dinanti-nantikan. !!

klik pada banner untuk join ;)

Nak menang hadiah ???
ikut langkah-langkah dibawah ini :

buat post tajuk : G.A by farahdeena fisal
copy code di box bawah ini dan paste kan di bahagian HTML post @ klik pada banner
follow SINI & SINI
senaraikan link url blog blogger-blogger yang lain (seramai yang boleh ) dan tag kan kepada mereka.

Hadiah akan diberikan berdasarkan senarai link url blog paling banyak dan ikut semua syarat- syarat.


Assalamualaikum.

Oyasumi! wuu~ malam dah. Hmm, tadi kan.. ada kakak 'kirei' ajak ana join giveaway. Ana, sejak kebelakangan ni banyak juga kena tag, tapi ana malas mau join. Hihi. But, entah kenapa ana tertarik lagi menarik untuk menyertai GA yang ni. Apa apa pun, motif ana join adalah untuk menyokong blogger ' akak farahdeena' untuk terus bergiat aktif dalam dunia BLOG. Yeahh!

Majulah akak demi blog!
-ok merepek-

Do not worry, be happy! Everything in progress. Hohoho.
So so so! Ini dia mangsa mangsa tag ana~


 kekeke. In sya Allah, ada la rezeki. All the beshh for all xD






Kucing itu Comel!
Posted on Friday 6 June 2014 | 7 comment(s).



 Assalamualaikum.

Nomnomnom~ eh eh, maaf maaf. Syok sangat makan ni. Tapi jangan risau, bismillah ana ta lupa punya. Hmm, tengok ana dah semakin bam bam. Suda la duduk kat rumah ja. atoyai~
Aduh! sakit pula gigi ni. Dah la gigi dah kurang satu, nanti kalau gigi kat depan ni patah. Hah! Jangan jeloshh ana pakai gigi emas. hik hik hik.

Erm, lepas ni.. ta pasti lagi bila ana dapat update entry baru untuk blog ni. So so, malam ni ana mau tulis pasal kucing! My favourite one. Dalam english kita panggil cat, jepun lak 'neko' dan korea; koyangi. Wuu~ kucing comel kot. Siapa tak setuju kena tembak pakai M16! Ada berani? Haha.

Ana pun tak tau la kenapa ana sangat sayang kat makhluk Allah yang satu ni berbanding binatang lain. Tapi pada pendapat ana, kalau kucing ni kan; dia macam paham perasaan kita. Kadang kita cakap dorang menyahut. Bukan la ana na kata bila kita panggil, contoh; "Gemul~" takda lah pula kucing ana sahut "apa?" Mesti la dia jawab pakai bahasa turun temurun dia tu. "Miau~" katanya. Kekeke.

Ana suka tenung mata dorang lama lama. Kesian pulak kadang tu ana rasa.
Dulu kan, dulu la dulu~ waktu zaman bebudak, ana selalu nangis bila kucing ana mati. TT .TT Sedih sangat. Macam ditinggalkan sang kekasih gitu.-eceh. boifie pun ta penah ada- Tapi ana takda la sampai meraung semua tu. Just.. air mata  ni keluar jaa. Memang ta bole tahan la. Dah mau keluar, takkan ana na letak papan tanda 'BERHENTI' pulak.

But now dah tak 'cengeng' dah. But still, i felt sad whenever my cats gone.
Apa apa pun, sayang kucing semua walaupun cuma kucing terbiar kat siring jalan tu. Selalu, ana teringin sangat mau kutip semua kucing tu then pelihara kat rumah. Tapi ana mana lah mampu kan. So sad bila mengenangkan nasib ini. -drama jap- Sabar korang sabar! Tunggu ana jadi JUTAWAN. Hahaha. Ok itu angan angan. But nothing impossible when He said, 'Kun fayakun'.
Right right right?

Back to the point, apa pointnya? Entahh~

Hihi. Kan ana tengah cerita  pasal kucing ni, dan baru ja tadi ana dapat tau yang Rasulullah pun ada bela kucing gak dan baginda sayang sangat kat kucing yang bernama Mueeza tu. Ana ingatkan, Abu Hurairah ja yang minat ngan kucing ni. Apa apa pun terima kasih sangat ngan Hafiz; kawan blogger baru, sebab share ilmu dengan ana. Tahniah! Hahaha.
Jadi lepas tau tu, ana cuba la minta tolong ngan pakcik google dan alhamdulillah dia sudi tolong ana. Kredit kepada Mr. Google, ana jumpa blog yang menceritakan tentang sedikit sebanyak kisah Mueeza kesayangan Rasulullah ni. Antara kisahnya,

Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.


Itulah ceritanya. Ada satu hal lagi. Sebagai penggemar kucing ni, mesti la ana akan selalu main dengan kucing kan, peluk peluk kucing dan kadang tu tidur ngan kucing. Dulu bila nampak ana main kucing parents ok ja. Tapi sekarang lain pula katanya. 

"Kucing tu kotor! Kita mana tau apa dia buat dekat luar."

Yaa.. itu antara dialognya ya. Takyah banyak banyak. Satu cukup. Ok? 
Sebenarnya ana tau kucing ni tak najis. Lain la, kalau dah terang terangan ada lumpur kat badan dia. Kalau gitu, rajin rajin kan la diri mandi kan kucing tu. Bagi dia pakai sabun carrie junior, gerenti dia suka mandi. Hahaha~
Tapi agak susa jugak mau jelas kat parents. Entah terima entah tidak penjelasan ana tu. Meh ana share yang lebih mendalam sebab dulu kat asrama tak detail sangat.



Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.


Mesti korang ada dengar cerita pasal Si Hero. Alaa.. kucing yang kena potong kaki depan tu, sebab mencuri kat satu restoran ni. Kisah dia baru baru ni ada masuk tv. Hebat jugak si Hero ni, sebab umur dia masih panjang. Kalau na tau lagi lanjut kisah dia, korang try la google. Hihi. Apa apa pun, Hero comel!
-ok takda kaitan-

Apa yang penting, kita tak bole aniaya binatang.


Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

 والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Credit to; Syafiqolbu

Jadi, INGAT!

http://media.tumblr.com/65eada011c2c29ddc20f3c26f1bab571/tumblr_inline_mq6dpkq51N1qz4rgp.gif